Assalamualaikum.. salam sejahtera, salam Jumaat. ni entry tertunda.. Huhu. Disebabkan banyak iklan kat tv pasal Legoland ni, maka kami pun berbondong-bondong la pergi sane. huhu. Akak aku ni dapat tiket diskaun 10% kalo tak silap la.. 5 tiket, sekali tu.. Aku haruslah bayar sendiri. Normal price RM140, tapi sebab aku ni warganegara Malaysia kot (masa tu dia mintak tunjuk MyKad) dapat la diskaun RM30. So kira ok lah daripada takde diskaun langsung kan.. huhu.. Kami sampai kat parking tu (free parking lagi) dalam pukul 12 tengah hari.. Tu pun dah ramai orang beratur kat kaunter tiket tu.. nasib baik ade banyak kaunter buka.
Masa cuti sekolah, haruslah ramai yang berpusu-pusu. Hahaha.. Diorang ade jual annual pass gak, dalam RM200 lebih la.. Tapi, malas la pergi. Bukan nak pergi sane tiap bulan pun kan.. Tu pun ade gak la orang beli annual pass. Tengok macam orang Singapore je. *andaian aku jer.* Huhu.. dalam tu ade banyak la bangunan yang dibuat sendiri macam KLCC, KLIA, KL Tower, Tajmahal, Bangunan kat Singapura, Vietnam, China, dan tempat2 menarik kat Asia.. Kreatif betul diorang, siap ade bunyi. Kalo kat Tajmahal tu, ade 'lego' menari hindustan, dengan soundtrack hindustran..
Banyak jugak yang boleh main kat situ, macam roller coaster, Tower, main tarik tali sampai atas (ape namanya tah), ade naik boat then turun ke bawah siap air tersimbah kat baju (ni pun tak ingat ape namanya). Untuk budak2 belajar bawak kereta pun ade.. Memang bestt..
Cuma tk best bila kena beratur 1/2 jam, tapi main tak sampi 3 minit pun.. Huhu.. Makanan kat dalam tu memang lebih mahal dari kat luar. Ade ke patut burger saiz biasa tu, RM20 ! Pastu popcorn lak RM10. Wafel pun dekat RM10 gak.. huhu.. Kalo sape nak pergi, elok la bawak bekal siap2.. Masuk dalam beg. Kalau rasa nak jimat la, kalo rasa memang nak abis duit kat situ dan tak kesah pasal harga makanan situ, belasah jer beli ape asalkan kenyang. Huhu.
Untuk info lebih lanjut pasal legoland, layarilah laman sesawang berikut:
Salam. Mari menginap di Sufie Homestay Johor yg harga sgt berpatutan dan hnya 20min shj ke Legoland. Layari blog untuk maklumat lbh lanjut http://sufiebiz.blogspot.com
ReplyDelete