Showing posts with label jalan kaki. Show all posts
Showing posts with label jalan kaki. Show all posts

Monday, January 2, 2012

Trip to Kuala Terengganu (25-28Disember 2011)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah lama rasanya tak update blog ni. Busy dengan kerja dan sebab takde menda nak update. huhu. Seronok juga dapat berjalan2 ke negeri orang sebab lepas cuti raya, baru la ni dapat pergi bercuti kat hotel. Tepi laut lagi tu.. ahaha. sponsor by parent.. ape lagi memang enjoy la. Cuma masa tu tak dibenarkan dekat dengan laut sebab ade ombak besar, dan air pasang. Bukan Ombak Rindu ya.. No no no.. kebetulan lak masa tu tengah hot dgn movie "Ombak Rindu". Berbalik pada citer trip ke sana, perjalanan ke sana memang rasa macam lama betul nak sampai. Puas la tido masa kat highway.. hahaha.. mmg habit la kalo duk kereta lama2 mesti nk tido. Kalo membaca takut pening kepala. Nak dgr radio, takleh dapat frekuensi. huhu..

Makanan kat sane memang murah2 la.. kat KT Waterfront, macam western food masa malam pertama (eh.. lain macam lak). heehe. Kira2 ingatkan dalam 60 hinggit,tapi rupanya baru 40 je.. hahaha.. pastu malam berikutnya makan lauk macam "Siakap 3 rasa, sup ekor, sayur kangkung belacan, telur dadar" baru je 40 ringgit gak.. hahahha

Pastu siang lak pergi jalan2 kat Pasar Kedai Payang, macam macam ade dijual dari makanan, baju, periuk belanga, pinggan mangkuk, rempah.. semua ada... hehehe.. Pokok pangkalnya, bawak je duit ke sana.. Huhu. harga bole tahan murah la. Beli gak la sepasang kain utk buat baju, 2 baju kaftan. Emas pun murah gak kat sane, RM170/gram. nasib baik la belum gaji. kalo tak memang abis la kot duit bawak gi sane.. huhu
Oklah dah ngantuk la pulak.. nati sambung balik ar. ye.. daaa

Tuesday, December 28, 2010

Bercinta Ibarat Menunggu Bas?

Erm, ini aku copy paste dari cerita yg di forward dari email kawan aku.. Betul ke? Bercinta ibarat menuggu bas..


This is funny but may be true....... Pas ni kita naik LRT jer la k...hehe
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila
bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,
"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk."
Jadik, awak katakan pada diri awak,
"Saya akan tunggu bas yg lain."
Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.
Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Awak nengok bas tu dan awak akan
cakap,
"Eee... bas ni buruk sgt...  mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan
rosak kat tengah jalan."
Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak
bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah
beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak
penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,
"Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu
bas yg lain."
Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk
menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin
mendung dan
baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik
dan terus naik bas yg datang ketika itu,  walaupun bas itu tak sebegitu
sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg
salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk
menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang
tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu
tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk
untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah
mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga
kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya
awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan
hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak
semua tentu ada pengalaman  yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang
(tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu >>tapi pemandu
bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus
berlalu tinggalkan awak! Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi
saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! 
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan
terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah
ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas
tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak
sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!
Moral: marilah kite tunggu bas... tak payah naik kereta... ;>
hAvE A NiCe dAy