Thursday, December 27, 2012

Slimming oh slimming

Salam,

Hari tu Sabtu lepas aku pergi Dorra Slimming kt Garden, sebelah Mid Valley Megamall tu.. Ni aku dapat voucher groupun (www.groupon.com) yang dibeli kakakku tersayang. Rega dia RM28 je pun.. hehe. Dia kata dia sangat sayang adiknya, dan nak suruh adiknya kurus, maka sebab tu la dia sanggup belikan voucher untuk adiknya ini. heheheh. Best tak ade akak yang sporting macam ni? Bab suruh belanja n kikis duit orang memang aku menang la. terutamanya orang tua n kakak ku.. heheh.. So, aku pun call la Dorra centre yang terdekat iaitu di cawangan Mid Valley dan wat la appointment dengan diorang, Sabtu 2 petang.
Maka pada hari kejadian tu, aku naik komuter kul 12 lepas cuci baju kerja yang berlambak seminggu tak basuh.. hahah.. biasalah hari2 keja kan, bila lagi nk basuh baju ye tak? Then lepas dah sidai baju n kemas2 bilik. Aku pun dihantar ke komuter oleh ayah ku.. (apsal skema sangat ayat aku ni?) hehe.. Then, sampai kat stesen komuter Bangi tu, komuter pun sampai. Berkejar gak la sebab takut tertinggal komuter, kalo nk tunggu next komuter memang lama kot. (based on experience aku tahun lepas la.. dah setahun rupanya tak naik komuter sejak resign kampeni lama). So sampai kat Mid Valley stesen tu dalam kul 1 ptg. Ramai gak la orang kt dalam komuter. Komuter baru sekarang ni canggih tau, siap ade cctv, ade skrin lcd, koc pun makin besar n byk, koc wanita pun ade (pink coach), then kat stesen komuter ade lif dari tmpt keluar komuter tu (untuk kemudahan orang yg tak larat nk naik tangga la kan, or orang yang disabled / yg pakai wheelchair/ tongkat la)..
Sampai kat dorra slimming, aku disuruh isi form.
1) Then tunggu dalam 5 minit, then dia suruh timbang, n ukur tinggi.. Dia tengok aku nya fat percentage gak.. Pastu dia terangkan la ape yang diorang wat kat situ. Katanya diorang target kurangkan lilitan badan, bukan berat badan. Aku diam je. Huhu (tapi mcm pelik gak la takkan sekali satu session bole kecikkan lilitan badan kan? aku musykil di situ)
Dia suruh jawab questionaire, pasal penyakit, ade tak penyakit yang berjangkit, penyakit kulit, penyakit berbahaya macam asma, kencing manis, darah tinggi ke, ape2 yang sewaktu dengannya la.
2) Then consultant tu suruh ukur la lilitan badan terutamanya pinggang ke bawah, peha, betis dan atas pinggang..  Huhu.. memang agak besar la katanya. hadui ai. Dia tanya gak sejarah pemakanan aku, adakah sebab pemakanan or kurang exercise or sebab faktor keturunan. Aku rasa faktor keturunan kot. Sebab kebanyakan pakcik makcik aku pun agak obes gak.. hahah (tak mo ngaku tu, aku mmg dah gemuk start lps abis SPM lama dah). Dia nak offer aku pakej, mula2 rega 7k 10 session.. Giler ke ape? dia tanya aku ade kad kredit ke tak. aku cakap takde. Then dia turun ke 2k, aku cakap tak mampu n gaji tak dpt lagi. Then lepas tu dia offer 500 untuk 5 session. Aku pun teramik gak pakej tu. huhu.. bayar deposit 100. huhu..
3) Aku disuruh pergi ke satu bilik khas untuk start sessi 'bye bye fat'..dia bubuh cecair booster tu, then tonyoh dengan satu alat ni.. then dia suruh aku rasa la kat bahagian peha belakang, dah lembik skit katanya.. sebelum tu macam keras skit.. OK ye la kot.
4) Then lepas tu, dia balut aku dengan plastik yang selalu bungkus makanan tu (transparent tu.) dah macam mumia lak aku masa tu. Haha.. Lepas tu kena pulak g satu bilik lain, ade satu benda macam capsule ke ape. kita kena baring kat dalam tu. Lps tu, dia tutup benda tu nampak kepala je tinggal. Dia set 15 minit timing, n suruh aku tido. Aku rasa panas gk la kat tempat yg dah bubuh cecair booster tu.. huhu.
5) lepas 15 minit, diorang suruh pegi lagi satu bilik lain, then dia buang plastik yang membalut badan aku. huhu.. Aku pun disuruh pakai baju balik. hhuhu.. Malu seh.. dah macam ape je..
6) Then dia pun ukur lilitan badan aku lepas session, kira ade yg kurang 0.1, ade part yang kurang 0.9.. Total cm yang kurang ade la lebih kurang 6.4cm. huhu. tak banyak sangat pun dalam masa satu session lebih kurang sejam lebih..
Huhu.. Next session on 1 Jan ni.. Harap bole la kurus lagi. Aduh.. stress la nk kurus..


chow chin chow....







5 comments:

  1. Salams...sy ade bad experience dgn Dorra...hopefully akak tak terjebak...cuba google review kat Internet pasal diorg ni...plus...latest case bace kat cni....http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121110/ma_04/Pakej-pelangsingan-jejas-kesihatan

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Terima kasih atas peringatan.. Saya dah tak pergi slimming treatment ni. Bazir duit je.. Huhuhu.. Takut pulak tengok kat utusan pasal kes orang tu.. Method diorang same je kan? Suruh labur sampai 7k.. haduiiiii

    ReplyDelete
  3. Sis..so yg cuma byar rm28 tu tipu lh?klau tk bli pakej tu mcmna??sbb kwn ni,pkerja dorra sliming tu ckp cuma byr rm28 sj..

    ReplyDelete
  4. Lepas wat 1st treatment y byr deposit rm100 tu ada balance lg rm400...pastu g lg x treatment tu....kalo x g cmne ngan byran balance tu?

    ReplyDelete
  5. Pas byr deposit rm100 tu wat 1st treatment...pastu ada balance rm400....pastu continue x wat treatment?balamce deposit tu diorg minx x lg?

    ReplyDelete