Sekarang kat Malaysia ada krisis pasal minyak. Hanya boleh beli 2 botol untuk setiap pelanggan. Semalam aku pergi Giant kat Nilai, mak aku awal2 lagi pegi rak di mana minyak2 masak diletakkan. Tengok2 minyak masak Cap Pisau dah takde. FYI, minyak ni kami guna untuk goreng2 ikan, ayam dan lain2.. Satu lagi kami akan beli minyak sayur khas untuk goreng sayur. Biasa kami beli minyak cap pisau 5kg, tp semalam tengok dah kosong rak tu, tinggal yg 2kg je.. Minyak2 jenama lain banyak pulak.. Hairan betul. Rupanya sebab minyak masak cap pisau lebih murah. So cepat abis.. entahla.. Kepada yg tak tau, di bawah ni la rupa minyak masak cap pisau. Terbaik dari ladang.. (ape yg aku merepek.. huhu)
Monday, January 17, 2011
Siaran Luar Hot FM
Hari Jumaat lepas, masa turun dr LRT, terus nampak Hot FM buat siaran luar kat ruang tengah. Ada Kiran, Suraya n Ikhwan.. Hehe. Baru la tau camne diorang bercakap dalam konti. Pastu ada kuiz gak, tapi aku x volunteer utk jawap soalan diorg.
Pesakit berhak pilih doktor?
Baru terbaca satu artikel di Harian Metro online tadi.. Skrg ni mmg banyak doktor yg berat mulut bila ditanya. Padahal kita bayar utk consultation dan ubat2 tu. Doktor kena terangkan betul2 ape kesan ubat, ape fungsi ubat2 tu dan juga macam mana nak bagi cepat sembuh.. baru la ada komunikasi dua hala.. For more info, sila klik link di bawah: http://www.hmetro.com.my/articles/Pesakitberhakpilihdoktor/Article
Subscribe to:
Posts (Atom)