Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Monday, October 1, 2012

Sini sana kawin

Salam,
 
Sabtu - pergi kenduri kahwin Dila kat Bukit Jalil. Datang dengan mak ayah.. Masa sampai dalam pukul 12, tak ramai orang lagi. Naik bilik pengantin, rupanya pengantin tengah make up, baru selesai nikah rupanya dalam pukul 10 pagi tu... Huhu.. Then makan-makan, amik gambar. Still jam belum pukul 1.30 sebab katanya bersanding pukul 1.30.. Disebabkan panas, sebab maybe kawasan perumahan tu baru lagi.. So, kami balik sebelum sempat tengok pengantin bersalin.. huhu.. Sorry ye dilla. Tapi aku dah bagi hadiah kat kamu.. hahahaha
 
Ahad - pergi kenduri kahwin Fara ofismate.. Kat Kampung Olak Lempit, banting. Jauh gak la.. Lalu kebun kelapa sawit, ikut Salak Tinggi, Sebelum tu putrajaya.. Huhuhu.. Nak konvoi dengan ofismate dah x sempat.. So pergi sendiri dengan berpandukan GPS. Sempat sampai dalam pukul 1 ptg.. Lepas makan-makan, amik gambar dgn ofismate yg dtg n pengantin.. Kami balik .. macam pacat la, lepas kenyang je balik larrrhhh...





















 

Thursday, September 29, 2011

Trip to Kampung Gajah & Teluk Intan

Lepas pergi kenduri kahwin Sidah, terus pergi Teluk Intan..
Driver merangkap ketua rombongan (Kak Mar) berhajat nak cari kopi Che Nah. Merata jugak cari.. tanya kat kedai makan.
Diorang tak jual, katanya.. Yang kelakarnya, makcik kedai makan tu boleh pulak kata "Saudara Che Nah ke?" hahahahha.. Lawak betul..
Lepas puas cari, akhirnya jumpa jugak kedai runcit yang jual kopi Che Nah ni.. kopi ni katanya jual kat area Perak je.. tak tahu la nape kat negeri lain kopi ni tak dijual..
Sempat gak la melawat Menara Condong Teluk Intan siap daki tangga sampai tingkat 3. Berpeluh jugak la.. dah la pakai baju kurung. Yelah baru balik kenduri... Tak bawa la baju untuk salin. Ikut orang je..
Senang naik kereta ramai2 ni.. seronok gak.. asyik borak je dalam kereta. Lagipun semua single-mingle lagi.. hehehehe. Tengokla gambar yang sempat disnap guna camera phone. *(Blackberry torch 2- 5mp jer). Jadilah kan, daripada takde langsung. hehehhee


Tuesday, July 5, 2011

Kahwin Paksa??

Charlene kahwin paksa


PUTERA Albert kelihatan tenang manakala Puteri Charlene menitiskan air mata di hari perkahwinan mereka di Monaco, kelmarin. MONACO: Puteri Monaco yang baru, Puteri Charlene, dikatakan tiga kali cuba melarikan diri kembali ke negaranya di Afrika Selatan kerana menolak ‘perkahwinan yang diatur’ dengan Putera Albert.

Kali pertama Puteri Charlene (atau nama sebenarnya Chalene Wittstock) 33, cuba melarikan diri ketika berada di Paris pada Mei lalu untuk mencuba baju pengantinnya.


Menurut sumber, beliau melarikan diri dan bersembunyi di kedutaan negaranya yang terletak Paris. Dakwaan terbabit disiarkan akhbar Perancis, Le Journal du Dimanche, ternyata agak mengejutkan kerana Charlene tetap meneruskan perkahwinannya pada Ahad lalu.


Akhbar itu turut melaporkan, cubaan kedua Charlene dibuat pada bulan sama ketika Grand Prix Formula Satu Monaco berlangsung.


Menurut akhbar itu lagi, pihak berkuasa istana merampas pasport Charlene ketika beliau dalam perjalanan ke lapangan terbang Nice untuk menggunakan perkhidmatan helikopter ke Paris.


Dia kemudian dipujuk untuk meneruskan perkahwinannya.



Akhbar Le Journal du Dimanche melaporkan, beberapa sumber mengesahkan bahawa persetujuan dicapai di antara bakal suami dan isteri itu. Namun begitu, Charlene dikatakan menangis teresak-esak sambil diperhatikan dengan tenang oleh suaminyanya yang berusia 53 tahun itu.


Sumber berkata, istana Monaco berharap, perkahwinan yang gilang gemilang itu - dihadiri oleh ramai orang terkenal dan kerabat diraja Eropah - akan menenggelamkan laporan mengenai anak luar nikah Albert.


Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan diraja itu menjadi bahan ketawa kerana menggunakan ciri-ciri yang keterlaluan, seperti kek perkahwinan terlalu tinggi sehingga lebih tinggi daripada pengantin, serta lantai tarian yang dilengkapi cermin. - DM