Showing posts with label alamanda. Show all posts
Showing posts with label alamanda. Show all posts

Friday, September 28, 2012

Bila dapat gaji.. hahahaha

 
Beginilah kami, bila baru dapat gaji.. hahahaha.. kalo hari biasa makan nasi campur kat cafe JIM tingkat 2 je. Tu pun tak sampai RM10. Ni bila gaji, terus rasa macam kaya.. Rasa nak makan la mewah skit kat Manhattan Fish Market @ Alamanda Putrajaya.. sebab hari biasa pun makan kat area JIM, either bangunan sebelah iaitu Ani Sup Utara francise (Perdagangan & Hal Ehwal) atau Menara Usahawan..
 
Sue dgn Louis Prawn, kuah diperbuat dr tomato & cheese. Rasa masam masin.

Sue bermanja2 dgn Akma...

QA team, dari kiri Aimi, Azreen & Yusni (aku ler)

Sue dgn Akmar aka Kema (gmbr amik sendiri)

Sementara tunggu makanan sampai.. lama betul, orang dah lapar ni.. hahaha

Gambar orang dh x betul sbb lapar sangat tunggu makanan.. hehehe

Akhirnya sampai air "Sweet Alabama.. milkshake chocolate & vanila

Azreen minum lemon tea

Aimi pun minum ais lemon tea..

Sue minum "Cala-cala" (jgn tny air ape.. aku pun taktau)


Clam Chowder.. byk seafood.. ni sue order.

Mushroom soup - akma order.

Fish & Chip Dory

Makan Small Flame... Dia bakar udang masa nk hidang kt kita.. Free show la kira. haha

Akma pun order sama.. kalo share pun takpe. bole dpt murah

Azreen pulak order "Small Grill" ade udang, ikan, nasi dan fries

List of Order..

Louis Prawn - Sue order. Udang ni pun dibakar dpn kita masa nk hidang..

Monday, October 31, 2011

Tiga perkara yang buat aku tersenyum

Salam..

tiga perkara yang buat aku tersenyum yg berlaku minggu lepas:
1) (Jumaat)dapat surat panggilan peperiksaan untuk Pegawai Anti Dadah S41, kena pergi 17 November 2011 (khamis) di masjid negara. Padahal dah lama tak renew pendaftaran kat SPA ~bukan spa mengurut tapi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. huhuhu
2) (Sabtu)Pergi ke restoran agak mewah, belanja famili. Sekali sekala apa salahnya.. Restoran tu dekorasi english style, memang cantik pemandangan, banyak bunga, ada buaian, ada piano. Kebetulan masa tu ada guest lain main piano kat situ.
3) Negeri Sembilan jadi juara Piala Malaysia, walaupun aku tak minat dan tak tengok kat tv. Sebab pergi dinner kat Alamanda macam dalam item 2 atas.. hehehe. Sebelum tu ada cakap "Mesti Negeri Sembilan menang punya!" kebetulan atau memang nasib baik ke.. taktahu la.. huhuhu.

Tapi dalam pada tu ada banyak gak benda nak setel.. macam lesen memandu kena renew sebab dah expired 16/9 bulan lepas lagi.. aduh, camne bole tak perasan ni. Itu pun teringat sebab tengok ada member fb cakap psl lesen memandu dia.
Pastu kereta lak nak kena servis dah lebih 3 bulan, actually masuk 4 bulan tak servis. huhuhu. dengan check brake disc sebab masa last service sebelum bulan posa dulu bulan 7, dia kata leh pakai lagi sampai lepas raya. Masa tu tanya workshop tu pun sebab ade dengar bunyi masa tekan brake. huhu. Hujung tahun ni nak kena sediakan duit untuk renew roadtax dan insuran lagi.. kopak lah duit beribu gak dekat kereta. takpelah facial pun dah buat bulan lepas. Tahun depan la baru buat lagi.. *cuba pujuk diri sendiri.. hehehe
Apa yang penting, KERJASAMA. (huh! tetiba lak.. lari tema.. hahaha)

Friday, October 14, 2011

Makan2 di The Garden, Alamanda Putrajaya

Seronok makan dengan ofismate. Kak Nisa (ofismate) yang introduce tempat ni.. Interior dia mmg cantik (english style), ada piano putih kat tengah2, ada kerusi buaian, ada kerusi bulat (taktau nama dia), makanan tempatan dan western pun ada.. service pun okay. Barang2 interior macam bunga hiasan boleh dibeli di situ jugak. Pendek kata memang best la.. hehehe. Harga makanan kira standard macam Secret Recipe, Kenny Rodgers, Starbucks la.. Yg bezanya decoration dia la.. hehe.. Kalau free, leh cuba try pergi restoran tu.. kat alamanda, dari pusat bowling, dan panggung terus ke luar, restoran ini menghadap luar.. dekat depan ada taman.