Monday, June 20, 2011

Si cantik berceloreng hijau

FUHHH...tak sabar rasanya Joyah nak tengok kelibat penyanyi nombor satu negara yang seorang ini memakai baju hijau siap berceloreng sambil berkawat. Joyah pasti mesti ramai yang ternanti-nantikan kemunculan pertama kali Siti Nurhaliza lengkap beruniform sebagai askar wataniah.

Tapi bukan Siti sahaja yang menyertai pasukan tersebut kerana Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Ana Rafali dan Aizat pun ada sekali untuk menyertai sayap penting pertahan negara itu.

Joyah memang cukup kagum dengan minat dan usaha yang dijalankan oleh orang kuat Kementerian Pertahanan yang mahu menarik lebih ramai golongan artis. Setidak-tidaknya kita tahu masih ramai lagi orang popular macam mereka yang cukup cintakan pada negara.

Semoga usaha yang murni ini dapat membuatkan hasil yang baik pada masa hadapan. Rasanya sikit lagi mesti ramai yang nak berkawad bersama-sama artis pujaan mereka.


Komen aku: erm, ape motif diorg masuk askar? Nak dapat nama? ke nk sama2 masuk hutan macam askar? hehehe.. tak pasti la ape motif diorg ni... hehehe. fanatik artis2 jgn marah ha... cheers.....!

Hazama.. cinta teragung



Lirik Lagu Cinta Teragung – Hazama AF9

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ulang Chorus

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku