Wednesday, May 16, 2012

Kenduri Aqiqah (06/May/2012)

Hari Ahad lepas pergi kenduri aqiqah plus cukur jambul jiran kat Bandar Bukit Mahkota, seksyen 6. Memang cantik la pelamin aka buaian yang ditempah khas, makanan catering pun sedap juga.. laksa, kuih muih dan nasi campur. Huhu.. Memang zaman sekarang, kecik2 dah buat majlis mewah macam tu.. Siap ada decorate bunga, teddy bear, buaian dan macam2 la.. Tengoklah sendiri gambar kat bawah tu






Double celebration - Hari Ibu & Hari Guru

Salam....
Hari ni 16 Mei 2012 adalah hari guru.. 
eh nape skema lak bahasa aku ni??? hahahha.. 
Teringat masa sekolah dulu, aku ni kira student yang baik juga dengan cikgu. hehhe
terutamanya cikgu laki. nakal juga aku.. 
kadang2 ada masa aku tak siap kerja sekolah yang cikgu bagi..
 ada masa ponteng prep sebab alasan nak jaga budak sakit, (dulu aku ajk kebajikan, jaga ubat2 ye). 
tapi tu la.. banyak2 kesalahan, dulu pernah juga kena denda ramai2 satu kelas sebab buat bising masa prep.. 
ingat lagi warden masa tu ustaz suhaimi (dah arwah.. alfatihah buat arwah) huhu..
semua tu masih segar dalam ingatan.. 
nama cikgu kat MRSM terendak, melaka: cikgu ariffin (mengajar BM), cikgu kamil (mengajar KH), cikgu jidin (cikgu homeroom), cikgu zalila (mengajar pendidikan seni).. dan ramai lagi la cikgu since aku masuk form 1.
Terima kasih buat semua cikgu-cikgu yang pernah mengajarku dari sekolah rendah dari sekolah rendah jalan pasar (KL), sekolah rendah methodist (P) kuantan, sekolah rendah kebangsaan port dickson, MRSM terendak, melaka, Matriks ITTAR Langkawi, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, dan last sekali Universiti Kebangsaan Malaysia.. Huhuhu. sekolah rendah paling banyak sebab pindah randah ikut ayah, sebab dia pegawai tentera kan.. 2 tahun sekali pindah je.. huhu. Ni ada aku copy dari facebook since aku tak reti nak bermadah2 ni.
  • "Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
    Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
    Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
    Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia,
    Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,
    ... Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah,
    Jika hari ini seorang Penulis terkemuka,
    Jika hari ini seorang Doktor pakar segala,
    Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira,
    Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama,
    Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
    Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
    Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca!"

    Mode:TERIMA KASIH BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK (CIKGU, PENSYARAH, MENTOR, PENASIHAT AKADEMIK) YANG BANYAK MENCURAHKAN BAKTI DAN JASA SELAMA INI...MOGA KALIAN SENTIASA ISTIQOMAH DAN SABAR DENGAN SETIAP CABARAN DAN KERENAH ANAK DIDIKMU...TERIMA KASIH WAHAI GOLONGAN PENDIDIK YANG SUDI MENDIDIK DIRI INI SEHINGGA BERJAYA SEHINGGA KE TAHAP INI...MAAF SEADANYA SELAMA DIRI INI MENJADI ANAK DIDIKMU...SELAMAT HARI GURU

Buat ibu jugak. Selamat menyambut hari ibu.. Mama, I love u.. Terima kasih sebab dah melahirkan, mendidik, membesarkan aku, menjaga makan minum pakai aku, membelikan semua barang masa kecil (dan sampai sekarang, sebab aku duk dgn parent lagi... hehehe..). Maafkan segala ketelanjuran ku terhadapmu sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.. 
Ibu, jururawat dan guru.
Disempenakan harinya sebagai tema.
Kewajaran kukuh juga hujahnya kerana..
di zaman ini ada anak sudah melupai ibunya,
pesakit tidak mengenang jururawat kerana sakit sudah tersisih,
murid sudah terlupa guru kerana mereka bukan pelajar lagi
Apa yang boleh disimpulkan ialah,
IBU adalah insan yang sentiasa menggalas segala tugas.
IBU seorang jururawat yang hebat ketika anaknya tidak sihat
IBU seorang guru seawal anaknya muncul ke dunia.
IBU tidak akan bersara sebagai jururawat atau guru kepada anaknya selagi ia berdaya dan berusia.

Sayangilah ibumu sementara mereka masih bernyawa, nanti jangan menyesal bila dia sudah tiada. 
Tidak guna diratapi, dicium sebab dah tak bernyawa lagi..

Gambar masa nak pergi umrah.. dengan mak