Hari ni 16 Mei 2012 adalah hari guru..
eh nape skema lak bahasa aku ni??? hahahha..
Teringat masa sekolah dulu, aku ni kira student yang baik juga dengan cikgu. hehhe
terutamanya cikgu laki. nakal juga aku..
kadang2 ada masa aku tak siap kerja sekolah yang cikgu bagi..
ada masa ponteng prep sebab alasan nak jaga budak sakit, (dulu aku ajk kebajikan, jaga ubat2 ye).
tapi tu la.. banyak2 kesalahan, dulu pernah juga kena denda ramai2 satu kelas sebab buat bising masa prep..
ingat lagi warden masa tu ustaz suhaimi (dah arwah.. alfatihah buat arwah) huhu..
semua tu masih segar dalam ingatan..
nama cikgu kat MRSM terendak, melaka: cikgu ariffin (mengajar BM), cikgu kamil (mengajar KH), cikgu jidin (cikgu homeroom), cikgu zalila (mengajar pendidikan seni).. dan ramai lagi la cikgu since aku masuk form 1.
Terima kasih buat semua cikgu-cikgu yang pernah mengajarku dari sekolah rendah dari sekolah rendah jalan pasar (KL), sekolah rendah methodist (P) kuantan, sekolah rendah kebangsaan port dickson, MRSM terendak, melaka, Matriks ITTAR Langkawi, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, dan last sekali Universiti Kebangsaan Malaysia.. Huhuhu. sekolah rendah paling banyak sebab pindah randah ikut ayah, sebab dia pegawai tentera kan.. 2 tahun sekali pindah je.. huhu. Ni ada aku copy dari facebook since aku tak reti nak bermadah2 ni.
- "Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Buat ibu jugak. Selamat menyambut hari ibu.. Mama, I love u.. Terima kasih sebab dah melahirkan, mendidik, membesarkan aku, menjaga makan minum pakai aku, membelikan semua barang masa kecil (dan sampai sekarang, sebab aku duk dgn parent lagi... hehehe..). Maafkan segala ketelanjuran ku terhadapmu sama ada secara sengaja atau tidak sengaja..
Ibu,
jururawat dan guru.
Disempenakan harinya sebagai tema.
Kewajaran kukuh
juga hujahnya kerana..
di zaman ini ada anak sudah melupai ibunya,
pesakit
tidak mengenang jururawat kerana sakit sudah tersisih,
murid sudah
terlupa guru kerana mereka bukan pelajar lagi
Apa yang boleh disimpulkan
ialah,
IBU adalah insan yang sentiasa menggalas segala tugas.
IBU seorang
jururawat yang hebat ketika anaknya tidak sihat
IBU seorang guru seawal
anaknya muncul ke dunia.
IBU tidak akan bersara sebagai jururawat atau guru
kepada anaknya selagi ia berdaya dan berusia.
Sayangilah ibumu sementara mereka masih bernyawa, nanti jangan menyesal bila dia sudah tiada.
Tidak guna diratapi, dicium sebab dah tak bernyawa lagi..
salam yusni, tulis la pula kisah masa kat mekah...
ReplyDeletekisah? kisah ape ye.. huhu.
ReplyDelete