Showing posts with label cantik. Show all posts
Showing posts with label cantik. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Bunga & Buah

Salam..
Bunga & buah ni dah lama patutnya nak post dalam blog ni. Masa bulan lepas ayahku kena operate (gall bladder) So ramai gak la orang bagi hadiah, ex-officemate dia kat Rohde & Schwarz bhd dulu, dia baru berenti tahun lepas..
Sebelum ni dia pencen army officer.. Pastu kakak aku pun bagi gak bunga & buah yang cantik.. Then satu lagi dari Chairman (ke chairwoman ek?) KPJ: Datin Paduka sape tah.. lupa nama.. dia ni duk satu taman dgn kitorang kat Bandar Bukit Mahkota.. ramai datuk datin duk area rumah aku tu.. kebanyakannya dah pencen gak la..
Ade orang singapura pun beli kat situ gak.. hahaha.. Ezani masterchef pun duk area tu.. Satu jalan lagi dengan umah aku. Tapi dia memang bz, takpernah duk lekat kat umah.. Memanjang je ade program. Kena wat appointment dulu kot kalo nak jumpa,even duk satu taman.. hahaha.
Melalut dah aku ni.. Geng surau taman kami pun ade gak datang melawat.. Diorang prihatin gak la.. Ayah aku aktif, main tenis pun yer, pastu AJK Keselamatan kat taman aku.. Kalau ade ape2 kes psl aduan pasal guard kt taman tu, mesti sampai kat bapak aku dulu..
 Kutip duit yuran untuk bagi kat security company, memang kena tebal muka la nak pergi kat semua rumah.. huhuhu.. Tugas kena buatlah, walaupun takde gaji, suka & rela la katakan.. huhu. Nak wat camne.. Demi keselamatan taman.. huhu

Sebelah kiri, datuk Mat Jin, tengah tu taktau sape.. yang belah kanan tu wife dia Datin Sal, geng taichi mak aku, pakai seluar putih

Belah kiri, geng ayah aku..

Belah kiri: inilah ayah Doktor Ezani Masterchef (musim 1); cikgu Monoto, panggil Haji Mono jer.. ceria je orangnya..


Nurse yang sporting dan sabar melayan ayahku.. hehe


Bunga cantik.. semerbak jer bau kat rumah tu..







Thursday, August 11, 2011

Tips bersolek (untuk yg berkulit cerah sahaja)

credit to harian metro (http://www.hmetro.com.my/articles/Sikulitcerahtakbolehterlaluyakin/Article). Tips berguna untuk aku gak. hehehehe

RAMAI beranggapan memiliki kulit putih dan mulus satu kelebihan apatah lagi jika kulit itu tidak dinodai sebarang cela. Namun, harus diingat wanita yang memiliki kulit cerah mempunyai beberapa pantang larang dalam merias wajah. Ini kerana kesalahan dalam memilih rona bedak asas, pembayang mata dan gincu akan membuatkan penampilan kurang menyerlah apatah lagi jika digayakan dengan busana anggun menjelang lebaran nanti.

BEDAK ASAS...pastikan warna bedak asas sewarna kulit atau lebih gelap daripada kulit.

MATA...untuk kulit cerah, warna pastel membuatkan seseorang itu lembut, manis dan segar.

GINCU...lakarkan bibir menggunakan pensel bibir supaya gincu tidak comot dan bibir terbentuk cantik.

PIPI...sapuan pemerah pipi daripada bawah ke atas memberikan kesan sempurna pada solekan.

MALAM...gaya malam lebih elegan menerusi pakaian rona coklat dan solekan lebih gelap. Rambut disanggul bagi menyerlah penampilan.
Solekan untuk musim perayaan seharusnya nampak berbeza, namun semula jadi. Ini kerana selain padanan busana wanita tentunya ingin menjadi tumpuan terutama ketika menghadiri majlis rumah terbuka.

Anda boleh memilih pelbagai tema misalnya warna pembayang mata sedondon rona baju atau menggunakan warna kontras. Namun, harus diingat pemilihan warna solekan mestilah berpadanan dengan warna kulit sama ada cerah, sawo matang atau gelap.



Untuk wanita berkulit cerah, terdapat beberapa panduan dalam memilih warna solekan. Antaranya jika ingin tampil moden dan ceria, penggunaan warna terang dapat membantu menaikkan seri wajah. Warna pastel akan membuatkan seseorang itu kelihatan lembut, manis dan segar manakala warna gelap untuk tampil elegan dan sesuai digunakan untuk solekan malam.


Menurut jurusolek profesional Clinique, David Ooi, wanita berkulit cerah tidak mempunyai masalah dalam memilih alat solek, namun mereka tidak boleh terlalu yakin ‘bermain’ dengan warna sehingga solekan bertukar menjadi pelakon opera Cina.

Apa yang perlu dilakukan ialah mengetahui bahagian wajah yang ingin ditonjolkan kerana tumpuan solekan akan diberikan di situ, namun pada masa sama mengurangkan solekan pada bahagian lain.

“Sebagai contoh jika anda gemar bermain dengan warna gincu misalnya merah
terang atau merah gelap, anda seharusnya mengurang�kan solekan pada bahagian mata dan pemerah pipi dengan menggunakan rona lembut dan semula jadi. Begitulah sebaliknya jika anda ingin menonjolkan bahagian mata, seharusnya anda mengurang�kan bahagian solekan yang lain,” katanya.

Kata Ooi, pemilihan bedak asas juga sangat penting. Oleh itu, pilih bedak asas yang sewarna kulit atau lebih gelap daripada kulit agar tidak nampak seperti bertopeng. Ini kerana tujuan memakai bedak asas adalah untuk menyamar noda agar kulit tampak lebih sempurna dan solekan kekal sepanjang hari.

“Kebiasaannya wanita akan kekal bersolek sehing�ga majlis berakhir. Justeru, pastikan bedak asas dipilih tidak berminyak dan kekal walaupun anda sibuk melayan tetamu,” katanya.

Untuk penampilan siang, gunakan warna cerah untuk pembayang mata manakala solekan malam lebih gelap seperti coklat, ungu dan biru bagi menyerlahkan keanggunan anda.

Jika penampilan solekan sudah sempurna, tentukan jenis dandanan diinginkan. Jika berkebaya pastikan rambut disisir rapi atau dibuat sanggul.

Ini bagi menonjolkan gaya solekan dan padanan perhiasan digunakan. Namun, pastikan perhiasan tidak keterlaluan kerana ia boleh mencacatkan penampilan anggun anda.