Salam 1Malaysia,
Baru dapat idea nak tulis pasal nickname sbb ada blogger ni tulis pasal nick name dia (http://saatakukaupilih.blogspot.com/) So, ini lah ceritanya.. cewah
Masa kecik, sebelum sekolah dulu famili panggil Nana / Diana.. Takde ape yg special la. Tp menurut kata mak aku, nama Diana diambil sempena nama Puteri Diana yang famous kat London masa tu dia pun baru deliver Prince William cuma awal 2 minggu dari aku lahir..
Pastu, masa sekolah, dari darjah 1 sampai Form 5, schoolmate panggil Yus or Yusni.. kadang-kadang ada yang agak nakal panggil Yusni Jaafar.. ada gak orang panggil Yusni Hamid, tapi takde pulak yang panggil dengan nama Deanna Yusof.. hehe..biasala budak-budak masa tu ikut sedap mulut je kan... huhu.
Bila masuk matrix lak. kat ITTAR langkawi, kawan-kawan pakat panggil D (Dee).. ada gak yang panggil Mek D (or Mc D?) hehe.. terima je orang panggil. Entah camne diorang dpt idea nk panggil dgn name tu..
So, lps tu kat UKM masa amik degree lak.. orang panggil Yus la pulak, tapi ada gak yang panggil Seni.. tak paham la nape depa panggil 'Seni' nak kata aku pandai Pendidikan Seni takde pulak.. So, lastly paling banyak orang panggil Yus @ Yusni la.. sampai la sekarang kat ofis @ tempat keja..