Friday, October 19, 2012

Family Treat

 
Salam,
Malam tadi kami bertiga (aku dan mak ayah) berhajat sangat nak makan kat Secret Recipe, Bdr Seri Putra since mak aku teringin nak makan kat situ. Dan juga sempena meraikan kejayaan aku kerana lulus ISTQB exam akhirnya. (ISTQB - International Software Testing Qualification Board). Kira sekarang aku certified tester larhhh..
Mak aku nak order Mee Kari, ayah aku order Grill Chicken with rice (kalau tak silap), aku pulak order menu baru iaitu Crisp Chicken.. Interior kat sini cantik gak la.. ade wallpaper muka-muka yang sungguh ceria sebab dapat makan Secret Recipe kot? Agak lama gak tunggu makanan tu sampai, aku sempat lagi duk update status kat facebook cakap aku kat 'secret recipe' padahal orang pun tak heran kot.. haahhaha.. bosan punya pasal. taktau nak wat ape lagi.. malam tadi ramai gak la famili yang makan situ, termasuk famili aku. tapi kebanyakannya yang ade anak kecik.. rasa macam kat playground pun ade.. semua budak2 tak bole duduk diam, pastu dengan suara bising, dan lari sana-sini.. padahal kedai tu takdelah besar mane pun.. huhu.
Komen aku pasal menu baru tu, crisp chicken.. agak garing di tepi, tapi bahagian tengah tu so-so jer la.. Ade letak mayonise atasnya. pastu budak waitress tu bagi chilli sauce maybe sebab dia tengok aku macam tak caya jer ape yang ade depan mataku.. Kira nak bagi sedap la ayam tu kot.. hahaha
Sekian bebelan ku pagi Jumaat ni. Semoga diberkati
 
Wallpaper & kerusi merah

Ice lemon tea

Gambar lagi cantik dari rupa sebenar..

menu salad

menu baru, chicken crisp

curry mee.. gambar tak clear, sebab mak aku dah lapar dah.hehe

chicken grilled