Wednesday, October 20, 2010

Kenangan di client ofis

build 2 group, without lini.. huhu

almost all tester in our project, (not in the photo: zul, lini, ekin)

syida n  me

Tip kurus tanpa ubat

Ini ambil dari blog di bawah:
http://www.mymesra.com.my/index.php?ch=blog&pg=blog_main&ac=4127&blogid=sofie759

1) Jangan berlapar
2) Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
3) Minum 8 gelas air sehari
4) elakkan minum minuman bergas
5) kurangkan pengambilan garam
6) ambil sarapan pagi
7) makanlah dengan perlahan-lahan
8) kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil
9) biar kerap makan dgn kuantiti sedikit, daripada makan hanya sekali dua, tetapi kuantiti byk
10) Jika terasa ingin mkn snek, beruslah gigi atau cuba tukar kepada gula2 getah
11) Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan. Kalau boleh, jgn simpan dalam peti ais anda
12) Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau atau jus oren kerana minuman masam menggalakkan pembakaran lemak.
13) Makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana kedua-dua ini adalah sumber terbaik utk vitamin, mineral dan serat serta kandungan lemak yg rendah.
14) Jgn timbang berat badan setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang pasti berat badan juga meningkat. Dan mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.
15) Ambil makanan berempah.Sesetgh rempah seperti cili, biji sawi, bole membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan saja meningkatkan penghadaman, juga meningkatkan pembakaran lemak.
16) Pilih lebih byk bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijiran penuh adalah sumber utama tenaga.Bijirin dan hasil bijirin byk mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17) Simpan satu diari. Catat apa yang anda makan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa byk. Selepas itu, perhatikan corak pemakanan dan perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat.
18) Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus.
19) Cara memasak paling baik untuk mengurankan jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus utk sayuran, anda bole menumisnya dgn sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak) Hindari minyak atau lemak haiwan.
20) Ketika memilih piring makanan, ambillah piring yg rata, bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu utk memenuhi piring, kemudian nasi dan akhirnya, lauk dagingnya.
Jika ingin tambah, hanya sayuran yg bole anda ambil. Jgn lupa, makanlah di meja makan dan jgn di sembarangan tempat apa lagi sambil menonton tv.
21) Selain memberi peluang mknn untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih2 lagi anda menaiki tangga.
22) Khusus bg kaum wanita,iaitu tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya,tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai mknn segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika benar-benar memerlukannya.
23) Utk mengempiskan perut, gerakan punggung yg ringan tp lama lebih effective spt hulla hoop.

Aktiviti fizikal yg mudah untuk langsing:

-Jalan cepat. Gunakan kasut yg cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat.
- Gunakan tangga utk naik ke tingkat atas.
- Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dgn laju dan nafas yg dalam
- Bersenam atau peregangan, sgt baik utk otot-otot dan sendi2 yg kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.
- Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Tips untuk kurus..

Macam2 kaedah aku dah cuba, antaranya mcm di bawah:
1) Jus diet Mate 5 - dah jadi ahli, beli berkotak2. dah la strict diet, kena puasa la. takleh mkn nasik sblm n slps minumla.. hmm.. susahnya.
2) Bersenam - bab ni susah sikit. Pertama, sbb takde masa, kerja (mcm la org lain tak keja). Kedua, sebab malas.. Ketiga, semangat kadang tinggi, kadang2 rendah.. Masa ambik PT (personal trainer) adalah turun sikit je berat, dalam 2-3 kg je. Pastu naik lagi byk dr turun.. Huhu...
3) Teh diet - ini hanya tolong bg senang buang air besar. Tapi  berat badan & bentuk badan tetap sama jugak. Huhu...
4) Minuman diet di farmasi / pil kurus - yg ni pun tak jalan.
5) Foot Detox Patch - Kaedah terkini yang aku amalkan.. setakat ni dh lebih kurang 10 kali pakai.. takde pulak 100g pun turun.. :((

So, lps surf kat tenet, aku jumpa satu petua dr sorang blogger ni. Korang2 tgkla link kat bawah, lps tu bole komen.

http://honeykoyuki.blogspot.com/2010/08/tips-nak-jadi-kurus.html