Friday, November 30, 2012

Pengalaman menggunakan produk Tabita Skincare.. :)

Salam... hai semua.. Pe kabar? Waras? (bahasa jawa la pulak)

Actually dah lama tak update blog.. Takde benda nak cite. Hari-hari rutin sama jer. Pergi keja, pagi lepas subuh, balik malam.. Kadang tak sempat tengok matahari *nampak beno nipunya* hahaha..

Nak citer la konon busy sangat la. Huhu.. Ni nak citer pasal produk skincare yang aku baru lebih kurang sebulan la aku dah guna. Start 18/10 hari tu. Ade ofismate rekemen.. Ni aku dh update kt facebook. Bole dikatakan ramai gak la komen. Hahaha..
Yang aku tau, dari kwn ofis gak... Rupanya ex-wife Chef Riz yg namanya Ana dahlia pun sekarang dah start guna produk ni. Dengarnya muka dia dh mengelupas.. Produk ni asal dari Indonesia.. Set biasa tu, lebih kurang RM350. Ade facial cleanser, smooth lotion (macam toner), day cream dgn night cream..

Tak pandai nak citer sebenarnya bab pengalaman-pengalaman ni. Huhu.. Mula-mula pedih sikit la pakai. Even kalo muka banyak jerawat macam aku, memang lambat sikit nak nampak kesan. Tapi sekarang ni parut lama semua dah ilang la. Cuma parut jerawat baru ni je tengah nak surut. Then ade ramai gak kawan tegur, muka dah cerah sikit.. Hehehe.. *gedik biasa la pompuan kan jaga muka, kulit dan badan... auwwww*

Cuma, tu la.. kena tahan la takleh pakai mekap, especially bedak/compact powder... Eye liner, lipgloss n mascara tu semua bole.. Yela, dia nak pulihkan muka kita. So kena tahan la skit.. Eventho i know i takleh keluar tanpa pakai mekap.. Haha.. Setakat pegi pasar malam pun nak pakai mekap, agak melampau la kan.. I mean, kalo g shopping lar.. hahaha. So kalo bole pas ni takmo tukar2 produk dah. Stay dengan satu produk.. Insya Allah. ( aku dulu tak penah stick dgn satu produk. Cakap la produk ape.. Garnier, Clean n Clear, Dermalogica, Clinique, Safie Balqis, Safi Rania, BML, produk Sosilawati tu pun aku penah pakai... huhu).


 
 
Kalau nak penjelasan lebih lanjut, rajin-rajin lah baca sampai abis yer entry di bawah... hehhe

FUNGSI:-

 
TABITA skincare adalah produk kecantikan yang dapat mengatasi berbagai problem kulit yang anda alami, seperti:

•               Menghilangkan Jerawat
•               Menyamarkan dan menghilangkan flek-flek di wajah
•               Pigmentasi atau warna kulit tidak rata
•               Menghilangkan Noda bekas jerawat
•               Memutihkan Kulit
•               Memberbaiki Kulit Kusam

•               Mencerahkan warna kulit
•               Meremajakan Kulit
•               Mengencangkan kulit, sehingga anda terlihat lebih muda.
 Facial  Soap
 Sabun Tabita ini mengandung Ekstrak Pepaya yang dikenal dapat memutihkan warna kulit secara alami. Keluarkan sedikit saja dan gunakan sehari 2 kali untuk mecuci wajah maupun leher.

Smooth Lotion (toner)
 Toner ini berfungsi untuk menghaluskan kulit. Cara menggunakannya adalah dengan diusapkan pada wajah yang telah dibersihkan menggunakan Facial Papaya Soap. Sekali pemakaian cukup 3 tetes saja dan diaplikasikan pada wajah yang masih dalam keadaan basah (setelah cuci muka, bilas, langsung aplikasikan toner.)

Daily Cream
 Daily Cream berfungsi sebagai pelindung UV yang dapat menjaga kulit anda dari pancaran matahari dan UV yang dapat merosak kulit wajah Anda. Warna tabita daily cream menyerupai warna kuning mustard. Daily cream tersedia dalam 2 ukuran, iaitu ukuran regular (25 gram) dan ukuran eksklusif (40 gram).

Night  Cream
 Night  Cream mengandung Ekstrak Pepaya, Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E serta Benzoyl. Ektrak pepaya merupakan bahan untuk peeling secara alami, Vitamin A sangat baik untuk memperbaikin kulit dari lapisan dalam kulit, Vitamin C dapat mencerahkan kulit dan membuat kulit putih merona, Vitamin E dapat menghaluskan kulit dan meremajakan kulit, dan Benzoyl dapat membantu mengeringkan jerawat. Warna tabita nightly cream menyerupai warna mutiara putih (white pearl). Nightly cream tersedia dalam 2 ukuran, iaitu ukuran regular (25 gram) dan ukuran eksklusif (40 gram).

Specification:
Tabita Skin Care, Cosmetic Products specifically for facial care.
 Formulated using natural ingredients such as collagen, POWDER pearls, Japanese Tea, Japanese Papaya, Vitamin C and Vitamin E.

Not use hazardous materials such as MERCURY and hydroquinon which can cause skin cancer and addiction.

Please note that the characteristics of drug use MERCURY / hydroquinon usually on the use of the face will become red and are prohibited from direct sunlight. But Tabitha is not the case, with natural ingredients are formulated in a professional manner.
 All Tabita Skin Care Products are very safe with no side effects and is suitable for all skin types ( Neutral) .

Your face will be shining, white, non-greasy and become tight as a baby' s skin.

With reasonable prices, efficient use, namely a package for the use of 2-3 months, but the results started to show in 3 weeks. This is the solution for natural beauty! .

____________________________________________________
 Memperkenalkan produk Tabita Skin Care,khusus untuk perawatan wajah.

Diadun dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti Collagen, Pearl Powder,Japanese Tea,Japanese Papaya,Vitamin C dan Vitamin E.

Tidak menggunakan bahan-bahan yang berbahaya seperti MERCURY dan HYDROQUINON yang boleh menyebabkan cancer kulit dan kerengsaan jika penggunaan berpanjangan.

Kegunaan produk kecantikan yang mengandungi MERCURY/HYDROQUINON biasanya menyebabkan wajah akan menjadi merah dan dilarang untuk terkena sinar matahari langsung. Tetapi Tabita tidak demikian, dengan bahan adunan semulajadi secara profesional.
 semua produk Tabita Skin Care sangat selamat digunakan tanpa kesan sampingan dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Wajah anda akan menjadi tampak bersinar,putih, tidak berminyak dan menjadi lebih tegang serta lembut seperti kulit bayi.

Tabita : MIRACLE Skin Care berupaya merawat masalah kulit berikut:
 * masalah kulit BERJERAWAT
 * masalah kulit BERMINYAK serta cenderung BERJERAWAT
 * masalah kulit TIDAK SEKATA
 * masalah kulit BERPORI BESAR
 * masalah kulit KUSAM dan TIDAK BERSERI
 * masalah JERAGAT
 * garisan KEDUTAN dan kesan PENUAAN di wajah
 * parut jerawat serta ketidakrataan kulit wajah
 * BLACKHEADS serta WHITEHEADS
 *SUNBURN : mengembalikan warna kulit asal lebih pantas dari biasa

Tabita: MIRACLE Skin Care akan menjadikan kulit wajah anda :
 * Bersih berseri tanpa noda-noda parut jerawat
 *warna sekata
 *Cerah putih berseri serta bersinar semulajadi walaupun tanpa secolet mekap
 * mengembalikan keanjalan kulit
 *  meremajakan kulit
 * menghilangkan kesan-kesan pigmentasi serta jeragat
 * mengatasi masalah jerawat serta menghalangnya muncul kembali

Dengan harga yang berpatutan,pemakaian yang jimat,1 set ekonomi boleh untuk pemakaian 3 minggu- 1 1/2 bulan, manakala 1 set regular dan exclusive boleh dipakai sehingga selama 5 bulan. walau bagaimanapun   hasilnya dapat dilihat dalam masa 3 minggu. Inilah rahsia untuk cantik semulajadi!

 

Mutu dan Kualitas dijamin.. Statification Costumer Is Number 1
 
 
 
 
 

 

 

Friday, November 23, 2012

Trip to Legoland (11/11/2012)

Assalamualaikum.. salam sejahtera, salam Jumaat. ni entry tertunda.. Huhu. Disebabkan banyak iklan kat tv pasal Legoland ni, maka kami pun berbondong-bondong la pergi sane. huhu. Akak aku ni dapat tiket diskaun 10% kalo tak silap la.. 5 tiket, sekali tu.. Aku haruslah bayar sendiri. Normal price RM140, tapi sebab aku ni warganegara Malaysia kot (masa tu dia mintak tunjuk MyKad) dapat la diskaun RM30. So kira ok lah daripada takde diskaun langsung kan.. huhu.. Kami sampai kat parking tu (free parking lagi) dalam pukul 12 tengah hari.. Tu pun dah ramai orang beratur kat kaunter tiket tu.. nasib baik ade banyak kaunter buka.
 
Masa cuti sekolah, haruslah ramai yang berpusu-pusu. Hahaha.. Diorang ade jual annual pass gak, dalam RM200 lebih la.. Tapi, malas la pergi. Bukan nak pergi sane tiap bulan pun kan.. Tu pun ade gak la orang beli annual pass. Tengok macam orang Singapore je. *andaian aku jer.* Huhu.. dalam tu ade banyak la bangunan yang dibuat sendiri macam KLCC, KLIA, KL Tower, Tajmahal, Bangunan kat Singapura, Vietnam, China, dan tempat2 menarik kat Asia.. Kreatif betul diorang, siap ade bunyi. Kalo kat Tajmahal tu, ade 'lego' menari hindustan, dengan soundtrack hindustran.. 
 
Banyak jugak yang boleh main kat situ, macam roller coaster, Tower, main tarik tali sampai atas (ape namanya tah), ade naik boat then turun ke bawah siap air tersimbah kat baju (ni pun tak ingat ape namanya). Untuk budak2 belajar bawak kereta pun ade.. Memang bestt..
 
Cuma tk best bila kena beratur 1/2 jam, tapi main tak sampi 3 minit pun.. Huhu.. Makanan kat dalam tu memang lebih mahal dari kat luar. Ade ke patut burger saiz biasa tu, RM20 ! Pastu popcorn lak RM10. Wafel pun dekat RM10 gak.. huhu.. Kalo sape nak pergi, elok la bawak bekal siap2.. Masuk dalam beg. Kalau rasa nak jimat la, kalo rasa memang nak abis duit kat situ dan tak kesah pasal harga makanan situ, belasah jer beli ape asalkan kenyang. Huhu.
 Untuk info lebih lanjut pasal legoland, layarilah laman sesawang berikut:
 




 
 
 







Coach bag..


Assalamualaikum.. Salam jumaat. Penghulu segala hari.. Hari yang mulia.. esok cuti.. yeahoo,dah boleh rehat. Syoknyaaa... bole pegi jogging esok. Erm, ye la tu. Aku ni bab exercise memang pemalas yang amat. Hahahaha.. Tapi nak kurus, camno tu?? Huhu.. Ni nak citer pasal beg Coach yang beli kat JPO (JPO- Johor Premium Outlet). Harga asal berapa entah.. Lepas dapat diskaun 30% + 10%, dapat harga RM800.. Erm, pikir2 gak 10 kali nak beli ke tak. Tapi sebab tak pernah / first time pegi JPO, so aku beranikan diri n buat muka kesian kat ayah aku.. Kira dia belikan guna kad kredit dia, since aku dah pokai n dah takde kad kredit.. Kad kredit ku sudah ditutup, lepas abis bayar.. huhu.. Nasib baik takde kad kredit.. kalo tak, entah ape jadi la kat aku hari tu.. huhu.. Mak n kakak aku pun capai gak sorang satu.. huhu.. Oklah, nak pergi lunch.. Tata titi tutu..

Wednesday, November 14, 2012

03-Nov-2012: Trip to Universal studio singapore

Assalamualaikum.. Dah lama perap cerita trip ke USS ni.. huhu.. Kepada yang taktahu, USS ni memang menjadi tempat impian kepada ramai orang terutamanya yang ade anak kecik, yang anak dah besar sikit (remaja) or budak terlebih umur macam kami.. ahhaha.. Yelah, kebanyakan ofismate aku dah pergi tempat tu. Kat pulau Sentosa, Singapore, pulau tu kecik je.. tapi cukup semua ade, siap Hotel dengan kasino (untuk orang bkn Islam, bole la berabis kat judi tu. hehehe).. Kitorang plan naik flight Air Asia je. Murah.. lagi pun takyah pikir nak naik kereta siapa kan.. Masalah minyak dengan tol lagi nak pikir.. Pastu nak seberang Selat Tebrau lagi.. hish.. tak kosa mak...
 
Sebelum naik flight, breakfast dulu kt LCCT

Tak ready lagi.. dh kena snap. hehe

Ngantuk pun nak jugak makan..

dengan sue.. lawa tudung dia..
Motif ade org gantung diri??

Pemandangan Sentosa Resort dari jauh.

Eh.. ni kat dalam airport lagi

abaikan perutku itu.. huhu
Naik MRT dari airport ke Sentosa resort

Byk betul beg aku.. padahal sehari je pun.

Ni baru turun dari MRT, ade signboard ke Universal Studio

Peta ke Resort World

Depan Universal Studio globe

Kereta siapa la pulak tinggal kat sini?

 
Depan bangunan Transformer

Ramai tul beratur depan ni nak naik Roller Coaster Transformers


Ni watak ape tah. tapi memang tinggi la..

Nak bergambar dgn dua orang ni pun beratur.. Tinggi nya diorg, ke aku yg pendek?
 
Eee.. ngeri tengok roller coaster ni..
 
Euwwwwww...

Ade mummy kat dalam tu.. hahahahha


Bersambung lagi di entry lain. stay tuned....... :)


 
 
 
 
 

Friday, November 9, 2012

Stress??? OMG...

Salam.. Dah lama tak update blog.. Busy la katakan.. huhu.. 2,3 minggu ni kerja menimbun gak la.. rasa macam stress pun ade.. huhu.. Biasalah tu, dah dipertanggungjawabkan untuk buat kerja yang bos suruh.. Blur gak nak tulis kadang.. Ni hari ni taktau ape pasal.. Macam terkejar-kejar je.. kejap kat damansara, pastu kena pegi client ofis kat Putrajaya.
 
Semuanya urgent, sampai lupa nak makan.. Singgah drive-thru Mc Donald kat Tol Sungai Besi, beli hotcakes set siap dgn hash brown.. (tapi bole tak org Mc Donald tu, lupa nk letak hash brown kat dlm plastik tu.. aku pulak tak perasan, terus jalan je)..
 
Tadi pun masa kat tengah jalan, tempat park tu, air sirap yang aku tapau bole pulak terjatuh.. Tak sempat diselamatkan.. Ni gara-gara sindrom tangan ketar-ketar.. Tah ape2.. Sindrom ni macam dah lama terjadi.. Kalo tersangat lapar atau stress je mula la rasa semua serba tak kena.. jantung pun berdebar-debar je.. huhu..
 
Pastu search kat uncle google, keyword "tangan ketar".. dapat la result camni.. dari website seorang doktor namanya Dr Danial.. eh, ade seorang ofismate aku namanya Daniel gak.. tapi chinese la.. bole tahan la muka dia.. menjadi sebutan ramai.. hahahaha.. sabar je la..  Oklah.. dah membebel tak tentu pasal.. baik g buat kerja.. nanti bos marah pulak.
 
 
Apa Itu Stress?


Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success)







Apakah Yang Berlaku Ketika Stress?


Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline’ kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan); pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya, ia akan bertukar menjadi ‘distress’ yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.



Apakah Tanda-Tanda / Gejala Umum Stress ?


Manifestasinya adalah berbagai-bagai dan ia boleh dikategorikan kepada empat bahagian :


Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.


Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.


Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.


Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.


Masalah Kesihatan Dan Penyakit-penyakit Yang Berpunca Dari Stress


Sakit jantung dan angin ahmar (stroke). Stress akan menambahkan asid lemak (fatty acids) di dalam darah dan bahan-bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dan kolesterol yang akan menutupi saluran pembuluh darah. Stress juga akan meninggikan tekanan darah di samping memudahkan proses pembekuan darah. Semua ini merupakan perubahan-perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan angin ahmar berlaku. (Health Education Associates, 1996; Stress and Heart Disease)


Insomnia atau susah tidur. Stress boleh menyebabkan masalah susah tidur dan susah tidur boleh menyebabkan stress, satu pusingan yang amat membinasakan. Di Amerika saja, jumlah mereka yang diserangi masalah ini menghampiri jumlah 36 hingga ke-62 juta orang. (Jeff Davidson, 1977; The Complete Idiot’s Guide To Managing Stress)


Kencing manis. Kesugulan dan tekanan hasil dari stress akan menambahkan kadar gula di dalam darah dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau menerukkan keadaan pesakit yang telahpun mengidapnya. (Carol E. Watkins; Northern County Psychiatric Associates; 1998)


Gastrik dan ulser. Penyakit-penyakit pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulser juga mudah berlaku keatas seorang yang mengidap stress disebabkan oleh peningkatan pengeluaran asid ketika diserangi stress, terutamanya, jika ia menyebabkan kemurungan dan kemarahan yang bersangatan. (Ballieux, R.E., 1984; Breakdown in human adaptation to stress)


Infeksi atau jangkitan kuman. Tekanan atau stress juga akan menyebabkan pengeluaran bahan-bahan ‘catecholamines’ seperti ‘epinephrine’ dan ‘norepinephrine’ ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit. (Stress and the Immune System by Hannah Koenker, 1994) Kajian juga telah menunjukkan bahawa keadaan stress akan meningkatkan peratus kemungkinan seseorang itu dijangkiti kuman di sekitar 74 ke-90% dan dijangkiti virus selsema di sekitar 27 ke-47%. Stress juga akan memudahkan virus yang tidak aktif menjadi aktif semula. (Brosschot, J.F., Benschop, R.J., Godaert, G.L.R., Olff, M., De Smet, M., Heijnen, C.J., Ballieux, R.E., 1994; Influence of life stress on immunological reactivity to mild psychological stress: Psychosomatic Medicine)


Asthma. Ketika menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah akan mudah diserangi oleh penyakit ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menurun ketika itu, yang akan memudahkan reaksi-reaksi tertentu berlaku di dalam darah yang akhirnya menyebabkan lelah. (Elliott G.R., Eisdorfer C., 1982; Stress and Human Health)


Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colitis), mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing; Advanced Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9)


Allah berfirman:


"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: 'Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali.' Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-Baqarah 2:155-157)

Friday, November 2, 2012

Sepupu Bertunang (27/10/2012)

Salam,
Hai semua.. Ape cerita? Raya haji kedua lepas, 27/10/2012, aku ikut rombongan sepupu belah ayah aku iaitu Nazri Zoheri dan juga sedara semua ke Parit Kasim kat Batu Pahat.
Kitorang bertolak dalam pukul 12, janji dengan Pak Itam (adik ayah aku) untuk jumpa kat R&R Tangkak dalam pukul 2.
 
So lebih kurang pukul 2, Pak Itam aku pun sampai dengan adik2 ipar dan sedara belah wife dia, iaitu Mak Itam aku. Ade lebih kurang 5 buah kereta semuanya. Termasuk kereta ayah aku, ade 6 kereta la. Pastu sampai kat tol Batu Pahat pukul 3. Then cari jalan nak ke rumah bakal tunang sepupu aku adelah lebih kurang 1/2 jam. Sesat la pulak.
 
Sampai kena u-turn kat dpn Mc D, lepas Universiti Tun Hussein Onn. Rupanya rumah bakal tunang sepupu aku tu kat tengah-tengah ladang kelapa sawit. Owh, jalan masuk tu, one way je. Maksudnya kalo berselisih dengan kereta dari arah tentangan, kena main sep sep tom la sape nak lalu dulu. hahahaha.. Ok, tipu jer pun.
 
Sampai kat rumah tu, kami disambut dengan meriah gak. Then masing-masing amik tempat. Aku kebetulan duduk betul-betul depan pelamin. Kira tempat strategik untuk amik gambar la.. Aku memang suka nak amik gambar orang. Yelah, belom turn aku lagi. Takpela, doa-doakan moga aku akan mengikut jejak langkah sepupu aku tu.. huhu. Sape takmo kan? huhu.. Eh, lari tajuk la pulak. Kejar balik la hahaha. ape lagi kan...
 
Lepas dah bincang dan bagitahu tujuan kedatangan, then bincang pasal hantaran kawin. Then acara menyarung cincin pun bermula (alamak, skema la pulak ayat aku ni kan??) hahaha..
So di bawah adelah gambar-gambar yang ditangkap oleh aku.. (eh.. ditangkap? motifff betull la ko senah!!). Harap maklum, takde gambar aku, sebab aku masa tu mood takmo amik gambar sendiri. huhu. Aku tengok bakal tunang aku ni siap menitiskan air mata wo.. Air mata gembira la kan.. Aku pun jadi sebak gak.. hahaha. tiba-tiba.. motif betul la sebak tak tentu pasal aku ni..
 
 





 

Thursday, November 1, 2012

Tips cepatkan jodoh (menurut Ustazah Siti Nor Bahyah



1. Berdoa selepas solat lima waktu.
Berdoalah dengan bahasa apa sekalipun setiap kali selepas solat 5 waktu supaya diringankan jodoh. Katanya berdoalah dari sekarang kerana doa memerlukan masa untuk dikabulkan.

"Ketika sy di tingkatan satu, ibu saya sudah pun menyuruh saya berdoa supaya diringankan jodoh di samping berdoa untuk lulus dalam peperiksaan. Saya mengamalkan doa Akashah kerana banyak khasiat dan kelebihan terkandung di dalamnya", beliau berkongsi amalannya.

2.Berdoa pada waktu tengah malam.
Menurutnya Rasulullah SAW ada menyebut dalam satu hadith bahawa berdoa pada waktu tengah malam (qiamullail) yang mana Allah mustajabkan doa samada hajat di dunia mahupun akhirat. Di samping melakukan solat sunat pada tengah malam, berdoalah supaya apa yang kita hajati terutamanya dalam soal jodoh dimustajabkan.


3.Doa ibu bapa.
Ibu bapa perlu berdoa supaya anak-anak mereka dipermudahkan urusan jodoh. Doa ibu bapa boleh membantu mempercepatkan jodoh anak-anak terutama anak-anak yang masih belum bertemu jodoh akibat halangan yang tertentu.

4.Puasa pada hari jadi
Puasa ini dipanggil puasa hajat. Ujarnya pada hari tersebut kita dilahirkan dalam keadaan bersih tanpa sebarang dosa. Jadi, berpuasalah pada hari kita dilahirkan supaya hajat kita dipermudahkan dan dikabulkan ALlah.

5. Solat sunat taubat.
Beliau menyarankan agar melakukan solat taubat terlebih dahulu pada waktu tengah malam sebelum berdoa diringankan jodoh yang terhalang.

"Kita mahu Allah tunaikan hajat kita tetapi dengan Allah belum selesai dan bersih. Jadi mintalah ampun terlebih dahulu sebelum berdoa memohon sesuatu hajat", katanya.

6.Pohon restu ibu bapa.
Tanyalah ibubapa terlebih dahulu apabila kita sudah berkenan pada seseorang. Mungkin getaran hati ibu memberi isyarat jodoh terbaik kepada kita seperti yang berlaku kepada ustazah Siti Nor Bahyah sendiri. Beliau mengaku menerima kiriman surat daripada beberapa lelaki termasuk suaminya sndiri, Ustaz Wan Akashah dan semua surat tersebut ditunjukkan kepada ibunya sebelum mengambil apa-apa tindakan.

"Apabila ibu saya membaca surat yang dikirimkan oleh suami ketika itu, dia memberitahu saya bahawa ada getaran di dalam hatinya dan membenarkan saya membalas surat tersebut", imbaunya.

Sebelum berkahwin, Ustaz Wan Akashah juga pernah mengitimkan surat kepada keluarganya di Malaysia untuk meyakinkan mereka bahawa beliau mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami di samping tidak mengabaikan pelajarannya di Mesir. Ternyata surat yang dikirimkan itu berjaya menyakinkan keluarganya bahawa beliau mampu untuk berkahwin.

Jika ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat sedangkan dia sudah baik untuk kita, saran beliau supaya pujuk ibu bapa dengan baik, berdoalah supaya Allah melembutkan hati mereka agar menerima pilihan kita seadanya.

7. Amalkan doa-doa pilihan.
Antara doa-doa yang boleh dijadikan amalan ialah daripada Surah Yusuf, ayat 4 untuk memudahkan dan mendapatkan jodoh yang baik. Ujarnya lagi, doa Nabi Musa dalam surah al-Qasas ayat 24 patut diamalkan kerana doa ini adalah untuk sesuatu hajat yang dirasakan amat mendesak. Jelas beliau lagi, doa ini menjadi amalannya hingga kini.

"Dalam doa, kita tidak boleh meminta dengan cepat tetapi doa ini membolehkan kita mencapai sesuatu hajat dengan cepat", katanya.

8.Solat hajat.
Jika semuanya sudah diamalkan maka langkah terakhir ialah melakukan solat hajat memohon agar dipermudahkan dan dipertemukan dengan pasangan yang baik, dunia dan akhiratnya.

Kita sebagai umat manusia hanya mampu merancang, berusaha dan bertawakal tetapi Allah yang akan menentukan segalanya. Menurut beliau lagi, 'black magic' antara faktor yang menyebabkan jodoh terhalang. Oleh itu, saran beliau supaya membaca suarah Yunus ayat 81 untuk membatalkn sihir dan ilmu hitam.


**InshaAllah, moga apa yang saya sampaikan ini dapat diamalkan oleh semua tanpa mengira samada bercita-cita untuk berkahwin atau tidak. Saya yang cetek ilmu ini, tidak pernah mendengar tentang item ke 4 iaitu Puasa pada hari jadi. Mungkin jika ada sahabat yang pernah mengamalkan, mohon berkongsi di sini untuk lebih jelas atau bertanyakan mereka yang lebih arif tentangnya.
Wallahu 'alam