Wednesday, May 23, 2012

Iskey besday celebration on 20/05/2012

Salam.. Hari Ahad lepas, ada buat birthday celebration untuk anak saudara, Arrezqy yang berumur 4 tahun pada 22 Mei (semalam). Dalam pukul 7 malam baru start celebrate..
Kira advance celebrate la jugak.. Hehe.. Ada la tiup cake satu slice je. 
Jadi la, daripada takde kan? Budak-budak bila dapat tengok lilin bernyala, dan-dan terus tiup. 
Seronok jugak.. erm.. celebrate kat The Gardens, Alamanda Putrajaya.. 
masa tu siap ada orang main piano. 
Actually piano memang ada disediakan kat kedai tu, mana2 pengunjung yang terasa terror boleh main lagu, dialu-alukan untuk main piano tu. macam-macam lagu dia mainkan.. mostly lagu lama and evergreen la..
 banyak juga amik gambar, tapi camera kat rumah la pulak.. nanti upload lagi la gambar..


besday boy.. comel kan? mcm makcik dia.(perasan kejap.. hahaha)
Sekian, terima kasih.. (poyo jap)

New gadjet in the house..

Salam.
Actually nak beli lama dah tab ni.. duk search kt internet (website ipad, samsung dan seangkatan dengannya). 
Then ade la pegi survey kt kedai terutamanya kt Alamanda, Tropicana City.. 
compare harga semua.. 
last2 pada hari Isnin baru la beli Samsung Galaxy Tab 7.0 gak la kat kedai Digi, Alamanda Shopping Centre.. 
Hehehe.. Puas ati la juga walaupun kecik. 
Amoi tu kata: untuk gegirl macam u, sesuai tab kecik. 
Kalau besar, nati kena rompak lak kan??
 Erm.. pikir2, betul gak cakap amoi tu.. Huuhu.. 
So sekarang masih dalam proses menyesuaikan diri. 
Tengah nak install GPS, game dan macam2 aplikasi. 
Lepas ni dijamin tak sesat lagi la. Kalau nak pergi ofis ikut jalan selain dari jalan biasa.. (ikut Jalan Istana) kira tak sesat la.. huhu.. Weeeeeeeee.. sangat seronok.. 
Ini semua pengaruh officemate kt HQ la ni.. 
Semua ada Ipad, Samsung Galaxy dan macam2 lagi handphone tercanggih di pasaran.. hehehe. Sanggup berhutang dan keluarkan duit simpanan untuk beli gajet idaman.. 
padahal bukan takleh beli GPS je kan.. hehehe. Gambar lebih kurang la macam bawah ni.. warna putih.. Tapi ade casing la.. casing pun RM190, protector screen pun RM100 campur tab RM1380. Semuanya RM1695..

Sunday, May 20, 2012

Manjakan diri di salon.

Semalam aku pergi salon.. asalnya nak potong rambut je.. 
serabut sangat sebab rambut dah panjang sikit.. hehehe. 
 memanglah perempuan boleh simpan rambut, tapi i kan pakai tudung.
 hampir tiap hari dari pagi sampai ke malam baru balik rumah sebab kerja.. 
so, biasa syampu rambut pun cincai je.. hehe.. 
lagipun last potong rambut pun masa tahun baru 01/Jan/2012.. 
See, lama sangat kannnnnnn????  So, pergi la salon dekat dengan rumah.. 
masa mula2 sampai tu, tengok tak la ramai orang lagi. 
Kira orang pertama masuk la hari tu.. salon ni orang ca ya nun alif punya.. 
tapi tukang gunting tu budak melayu perempuan.. 
Ingat memang perempuan je ar yang pergi pun kan.. 
lepas tu, tau2 ade lak orang laki masuk bawak anak la, bawak famili pulak. 
Masa potong tu, budak tu borak la tanya.. tinggal mane, umur berapa, dah kawin ke belom.. 
Yang I rasa bangga tu, bila i cakap umur nak masuk 30, budak tu kata..
 "eh, ingatkan umur baru 27/28 ke.. sebaya saya.. rupanya akak la ni".. 
hehehehe.. kembang kempis hidung i tau cik nah oi..
then dia cakap la.. nak cuba tak 'spa treatment' untuk rambut? 
sebab rambut akak ni macam kasar skit.. 
erm.. potong baru je RM15.. spa rambut RM120 kira murah juga la.. dalam sejam macam tu..
So, aku pun angguk la.. lepas potong, cuci rambut, pastu letak krim, then letak topeng UFO (steamer).. pastu biar dalam 10 minit kot. 
Then letak tonik n vitamin.. dekat 2 jam baru siap.. 
Huhu. rasa ringan je. 
Then i pun beli barang2 set syampu, conditioner, tonik (sebab rambut dah gugur kt bahagian atas) and vitamin (sembur kat hujung rambut)..
 Lepas ni, tak payah buat kat salon.. buat je kat rumah.. 
harga pun RM128 je.. kalau beli satu2 mahal.. 
syampu n conditioner je dah RM28 tiap satu. tonik RM70, vitamin tu RM50.. hehehe.. boleh la feeling macam artis sikt kannnnn...
Ini gambar celup dari google.. i tak amik la gambar kat salon masa tu. hehehe
Erm.. bulan 3 hari tu, dah pergi spa.. wat facial, urut badan, mandi susu, pakai skrub badan (hilangkan daki).. so ade dekat RM300 gak habis.. hehe.. 
sekali sekala manjakan badan. itu pun setahun sekali je kot.. 
susah gak jadi perempuan ni.. macam2 nak kena jaga.. 
Awal bulan hari tu, ade la beli kolagen yang minum tu dari farmasi.. hehe.. 
setakat ni belom nampak effect la.. tapi rasa macam kulit tak kering dan kasar lagi.. 
maklumlah hari-hari keja bawah air-cond.. 
takkan asyik nak sapu lotion je kan..... kang kerja pun tak siap.. nanti la dalam post lain, citer pasal kolagen tu.. ;)

dahhh.. see ya..

Mushroom soup recipe


As-salam.. Di atas permintaan rakan-rakan di facebook ku yang juga ex-classmate masa matrix ITTAR Langkawi, maka di sini saya sertakan resepi mushroom soup aka sup cendawan (style mat saleh).. Okay, sila fahamkan resepi di bawah ye.. Kalau tak paham boleh tanya.. hehehe



Recipe name: creamy of wild mushroom & herbs potato soup
--------------------------------------------------------------------------
Ingredients:
Holland onion         - diced 2 no's (potong dadu - satu biji)
Garlic                - whole         (150g)
shitake mushrooom     - sliced (1.5kg)
white button mushroom - sliced (500g)
swiss brown mushroom  - sliced (500g)
potato                 - roughly chopped (1kg)
celery                - sliced (1 stick)
thyme herbs/origano/parsley - 2 tbsp
water              - 5 liter
anchor culinary cream - chilled (as require)
salt              - to taste
course black pepper   - to taste

Method
------

1) Heat a olive oil in a pan then place in Holland onion & garlic, cook until it's a bit brown & aromatic.
2) Next add in shitake mushroom, button mushroom, swiss brown mushroom, potato, celery & thyme & cook again till all soften.
3) Pour in water & let it boil. (2-3 hours)
4) Blend all till it's fine & smooth, pour back into the pot and then add in Anchor Culinary Cream, salt & course black pepper. serve.

Wednesday, May 16, 2012

Kenduri Aqiqah (06/May/2012)

Hari Ahad lepas pergi kenduri aqiqah plus cukur jambul jiran kat Bandar Bukit Mahkota, seksyen 6. Memang cantik la pelamin aka buaian yang ditempah khas, makanan catering pun sedap juga.. laksa, kuih muih dan nasi campur. Huhu.. Memang zaman sekarang, kecik2 dah buat majlis mewah macam tu.. Siap ada decorate bunga, teddy bear, buaian dan macam2 la.. Tengoklah sendiri gambar kat bawah tu






Double celebration - Hari Ibu & Hari Guru

Salam....
Hari ni 16 Mei 2012 adalah hari guru.. 
eh nape skema lak bahasa aku ni??? hahahha.. 
Teringat masa sekolah dulu, aku ni kira student yang baik juga dengan cikgu. hehhe
terutamanya cikgu laki. nakal juga aku.. 
kadang2 ada masa aku tak siap kerja sekolah yang cikgu bagi..
 ada masa ponteng prep sebab alasan nak jaga budak sakit, (dulu aku ajk kebajikan, jaga ubat2 ye). 
tapi tu la.. banyak2 kesalahan, dulu pernah juga kena denda ramai2 satu kelas sebab buat bising masa prep.. 
ingat lagi warden masa tu ustaz suhaimi (dah arwah.. alfatihah buat arwah) huhu..
semua tu masih segar dalam ingatan.. 
nama cikgu kat MRSM terendak, melaka: cikgu ariffin (mengajar BM), cikgu kamil (mengajar KH), cikgu jidin (cikgu homeroom), cikgu zalila (mengajar pendidikan seni).. dan ramai lagi la cikgu since aku masuk form 1.
Terima kasih buat semua cikgu-cikgu yang pernah mengajarku dari sekolah rendah dari sekolah rendah jalan pasar (KL), sekolah rendah methodist (P) kuantan, sekolah rendah kebangsaan port dickson, MRSM terendak, melaka, Matriks ITTAR Langkawi, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, dan last sekali Universiti Kebangsaan Malaysia.. Huhuhu. sekolah rendah paling banyak sebab pindah randah ikut ayah, sebab dia pegawai tentera kan.. 2 tahun sekali pindah je.. huhu. Ni ada aku copy dari facebook since aku tak reti nak bermadah2 ni.
  • "Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
    Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
    Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
    Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia,
    Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,
    ... Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah,
    Jika hari ini seorang Penulis terkemuka,
    Jika hari ini seorang Doktor pakar segala,
    Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira,
    Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama,
    Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
    Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
    Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca!"

    Mode:TERIMA KASIH BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK (CIKGU, PENSYARAH, MENTOR, PENASIHAT AKADEMIK) YANG BANYAK MENCURAHKAN BAKTI DAN JASA SELAMA INI...MOGA KALIAN SENTIASA ISTIQOMAH DAN SABAR DENGAN SETIAP CABARAN DAN KERENAH ANAK DIDIKMU...TERIMA KASIH WAHAI GOLONGAN PENDIDIK YANG SUDI MENDIDIK DIRI INI SEHINGGA BERJAYA SEHINGGA KE TAHAP INI...MAAF SEADANYA SELAMA DIRI INI MENJADI ANAK DIDIKMU...SELAMAT HARI GURU

Buat ibu jugak. Selamat menyambut hari ibu.. Mama, I love u.. Terima kasih sebab dah melahirkan, mendidik, membesarkan aku, menjaga makan minum pakai aku, membelikan semua barang masa kecil (dan sampai sekarang, sebab aku duk dgn parent lagi... hehehe..). Maafkan segala ketelanjuran ku terhadapmu sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.. 
Ibu, jururawat dan guru.
Disempenakan harinya sebagai tema.
Kewajaran kukuh juga hujahnya kerana..
di zaman ini ada anak sudah melupai ibunya,
pesakit tidak mengenang jururawat kerana sakit sudah tersisih,
murid sudah terlupa guru kerana mereka bukan pelajar lagi
Apa yang boleh disimpulkan ialah,
IBU adalah insan yang sentiasa menggalas segala tugas.
IBU seorang jururawat yang hebat ketika anaknya tidak sihat
IBU seorang guru seawal anaknya muncul ke dunia.
IBU tidak akan bersara sebagai jururawat atau guru kepada anaknya selagi ia berdaya dan berusia.

Sayangilah ibumu sementara mereka masih bernyawa, nanti jangan menyesal bila dia sudah tiada. 
Tidak guna diratapi, dicium sebab dah tak bernyawa lagi..

Gambar masa nak pergi umrah.. dengan mak