Monday, October 10, 2011

Nada Cinta (Astro Ria)




Sinopsis Nada Cinta dalam BM
Faris adalah anak orang kaya; menjalinkan hubungan cinta dengan Rina (lakonan Dewi Sandra) seorang guru muzik dari sebuah keluarga yang sederhana. Hubungan cinta mereka ditentang oleh Tirta ayah Faris. Faris dan Rina dipisahkan, Faris dipaksa berkahwin dengan Nia.

Rina rupanya hamil (hubungan dengan Faris) dan melahirkan anak perempuan, yang kemudiannya diculik oleh Nia dan dihantar ke rumah anak yatim.

Selepas 17 tahun Nada ( anak perempuan Rina) yang dibuang Nia kini sudah dewasa dan menjadi remaja yang sangat cantik dan sukakan muzik. Nada menyimpan hasrat nak bertemu ibu dan bapanya yang tak pernah dia ketahui berada di mana, dia kemudian lari ke Jakarta.

Di Jakarta dia telah terlibat dalam kemalangan dan nyaris dilanggar keretapi, tapi diselamatkan oleh Rina. Pertemuan itu tidak berjaya membuatkan mereka bersatu kembali. Nada membawa haluan sendiri hingga bertemu dengan 3 orang jalanan, mereka membuka warung di depan sebuah sekolah mewah tempat anak anak orang kaya. Kebetulan Rina mengajar muzik di sekolah tu.

Rina dan Nada kembali rapat dan masing masing sukakan muzik. Nada mempunyai suara yang merdu. Di sekolah tu ada Ricky (lakonan Randy Pangalila) seorang pelajar yang kacak dan menjadi tumpuan di sekolah. Ricky terpesona dengan suara merdu Nada.

Rasty kekasih Ricky mulai cemburu melihat Ricky memberi tumpuan kepada Nada, Rasty cuba sedaya upaya nak menyingkirkan Nada dari sisi Ricky.

Rasty rupanya anak Faris dan Nia. Adakah Rasty dan Nada merebutkan cinta Ricky seperti kedua ibu bapa mereka dulu? Atau akankah ini membuat Faris kembali kepada Rina? nantikan kesudahan dan episod akhir Nada Cinta di Astro.


Lagu tema/ost Nada Cinta : Nada Cinta dinyanyikan oleh Randy Pangalila feat Mikha Tembayung, Dewi Sandra dan Michella Puteri.

Lagu lagu lain : Hipnotis, Terbakar, Jangan Sedih, Semakin Lama Semakin Aku, Baru Aku Tahu Cinta Itu Apa, Cintamu adalah Takdir ku, Gejolak Cinta, Sabtu Malam Sendiri, Terlalu sakit, Buntu, Cinta Setengah Mati.

No comments:

Post a Comment