Thursday, December 22, 2011

Sikap wanita yang lelaki suka..

Kredit kepada kawan facebook. Peringatan dan pedoman utk diri sendiri juga. :)

Sikap wanita yang disukai Lelaki :-

1. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
...
2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai

Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna..

Wednesday, December 21, 2011

PESAN IBU PADA ANAK PEREMPUANNYA.

PESAN IBU PADA ANAK PEREMPUANNYA.

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim As...haibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

1st & 2nd : berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

3rd & 4th : memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

5th & 6th : memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

7th & 8th : menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

9th & 10th : jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

1.Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

2.Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.


Dedikasi khas pada Syahirah Mohd Ariff

Tuesday, December 13, 2011

Panduan Elak Diri dari Sihir

Just sharing from other blog/website.. tak ingat URL ape.
Panduan Elak Diri dari Sihir
( petikan dari jawapan soal jawab majalah I keluaran Oktober 2006)
Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman
Soalan : -
Ustaz, saya telah memulakan perniagaan kira-kira enam bulan yang lalu dengan membuka sebuah warung makanan. Pada mulanya perniagaan berjalan lancar tetapi setelah dua bulan, perniagaan mula merosot. Adakalanya saya hanya mendapat sebanyak RM20 sehari. Lauk-pauk yang banyak terpaksa dibuang begitu sahaja.
Saya ada memanggil dukun untuk menengokkan perniagaan saya. Kata dukun tersebut, ada orang yang telah menyihir saya. Kemudian baru saya teringat saya pernah terjumpa sebuah bungkusan yang mengandungi tanah dan beberapa barangan lain ditinggalkan di kedai saya dan saya terus membuangnya ke dalam tong sampah.
Saya ingin meminta nasihat daripada ustaz, apakah amalan-amalan yang patut saya buat bagi menghindari perbuatan sihir seperti ini.
- Siti Hawa, Kajang.
Jawapan :
Pertamanya, perlu lebih berhati-hati dalam berjumpa, mendapatkan dan percaya dengan dukun-dukun. Ini kerana Nabi SAW pernah mengingatkan : "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW " ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)
Kedua : Bagi melindungi diri dari sihir, yang terbaik adalah anda sentiasa menjaga solat lima waktu serta meningkatkan kualiti solat. Membaca al-Quran dan zikir secara berterusan dan komited. Ini ternyata dari firman Allah ertinya :
" Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa) ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat" ( Al-Hijr: 42)
Juga satu lagi firman Allah SWT ertinya : "Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya" ( An-Nahl : 99)
Sebelum saya menyebut beberapa ayat yang boleh di amalkan bagi mengelak sihir, sesorang itu perlulah jelas beberapa fakta terlebih dahulu :-
1) Kewujudan sihir telah diiktiraf oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan boleh datang dalam pelbagai bentuk.

2) Sihir boleh termasuk dalam perkara yang membawa sesuatu manfaat atau kejahatan . Ia berdasar firman Allah : " ... Mereka mengamalkan apa yang diajarkan oleh syaitan pada masa kerajaan Sulayman. Padahal Sulayman itu bukanlah dari golongan orang yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu sihir, yang diturunkan kepada kedua malaikat di negeri Babel, iaitu Harut dan Marut. Sedang keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang pun sebelum mengatakan "sesungguhnya kami hanya cubaan dan janganlah kamu kufur dan menyalah gunakan ". Tetapi manusia mempelajari dari keduanya dan digunakan (mengikut ajaran syaitan) untuk mencerai beraikan suami isteri.... Bahkan mereka yang ingkar akan merasakan yang amalannya itu semata mata menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka pun" ( Al-Baqarah : 102)
3) Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang kesan kecuali dengan izin Allah SWT , ia dari firman Allah SWT : "..Sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah. " ( Al-Baqarah : 102 )
4) Amaran Allah dan RasulNya bagi pengamal ilmu sihir :-
Ertin firman Allah : " Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan mendapatkan bahagian yang baik di hari Akhirat kelak. ( Al-BAqarah : 102)
Sabda Nabi SAW tentang dosa besar sihir :

Ia berdasarkan hadith nabi SAW : Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih
3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)
Dalilnya :
من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النسائي )
Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)
4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".
Dalilnya :-
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : " بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم ", ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)
5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam
من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )
Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)
6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh kali )
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)
7) Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"
أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك (رواه مسلم وأبو داود )
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )

Monday, October 31, 2011

Tiga perkara yang buat aku tersenyum

Salam..

tiga perkara yang buat aku tersenyum yg berlaku minggu lepas:
1) (Jumaat)dapat surat panggilan peperiksaan untuk Pegawai Anti Dadah S41, kena pergi 17 November 2011 (khamis) di masjid negara. Padahal dah lama tak renew pendaftaran kat SPA ~bukan spa mengurut tapi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. huhuhu
2) (Sabtu)Pergi ke restoran agak mewah, belanja famili. Sekali sekala apa salahnya.. Restoran tu dekorasi english style, memang cantik pemandangan, banyak bunga, ada buaian, ada piano. Kebetulan masa tu ada guest lain main piano kat situ.
3) Negeri Sembilan jadi juara Piala Malaysia, walaupun aku tak minat dan tak tengok kat tv. Sebab pergi dinner kat Alamanda macam dalam item 2 atas.. hehehe. Sebelum tu ada cakap "Mesti Negeri Sembilan menang punya!" kebetulan atau memang nasib baik ke.. taktahu la.. huhuhu.

Tapi dalam pada tu ada banyak gak benda nak setel.. macam lesen memandu kena renew sebab dah expired 16/9 bulan lepas lagi.. aduh, camne bole tak perasan ni. Itu pun teringat sebab tengok ada member fb cakap psl lesen memandu dia.
Pastu kereta lak nak kena servis dah lebih 3 bulan, actually masuk 4 bulan tak servis. huhuhu. dengan check brake disc sebab masa last service sebelum bulan posa dulu bulan 7, dia kata leh pakai lagi sampai lepas raya. Masa tu tanya workshop tu pun sebab ade dengar bunyi masa tekan brake. huhu. Hujung tahun ni nak kena sediakan duit untuk renew roadtax dan insuran lagi.. kopak lah duit beribu gak dekat kereta. takpelah facial pun dah buat bulan lepas. Tahun depan la baru buat lagi.. *cuba pujuk diri sendiri.. hehehe
Apa yang penting, KERJASAMA. (huh! tetiba lak.. lari tema.. hahaha)

Thursday, October 27, 2011

BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….

BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….


(share from facebook)
Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..walaupun dibalas..ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikirkan dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupn berlengan pendek...

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..

Tips elak kecurian/dirompak dalam rumah sendiri..

ELAK KECURIAN, DI ROMPAK DAN DI ROGOL DALAM RUMAH SENDIRI.


Kongsi info dari : http://www.NurulAmir.com/

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).

Monday, October 17, 2011

Jodoh..

credit to informasi.my (http://www.informasi.my/10-petanda-yang-menunjukkan-dia-adalah-jodoh-kita/)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi.hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

Friday, October 14, 2011

Makan2 di The Garden, Alamanda Putrajaya

Seronok makan dengan ofismate. Kak Nisa (ofismate) yang introduce tempat ni.. Interior dia mmg cantik (english style), ada piano putih kat tengah2, ada kerusi buaian, ada kerusi bulat (taktau nama dia), makanan tempatan dan western pun ada.. service pun okay. Barang2 interior macam bunga hiasan boleh dibeli di situ jugak. Pendek kata memang best la.. hehehe. Harga makanan kira standard macam Secret Recipe, Kenny Rodgers, Starbucks la.. Yg bezanya decoration dia la.. hehe.. Kalau free, leh cuba try pergi restoran tu.. kat alamanda, dari pusat bowling, dan panggung terus ke luar, restoran ini menghadap luar.. dekat depan ada taman.

Lipas (fakta yg selama ini kita tak tahu)

‎20 Fakta Menarik Tentang Lipas-

Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroac...h berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha

Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow

Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus

Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup

Lipas mempunyai darah berwarna putih

Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.

Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram

Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia

Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina

Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho

Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.

Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani

Lipas ada gigi di dalam perutnya

Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu

Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat

Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula

Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung

Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho

Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam

Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa

**Banyak rupanya yang kita tak tau pasal lipas.. lepas ni kalau jumpa lipas kat rumah jangan la bunuh ye.. tangkap untuk buat ujikaji betul ke fakta-fakta ni semua :P

Pashmina..













Wednesday, October 12, 2011

Kesan Kopi untuk kesihatan wanita (peringatan untuk diri sendiri juga)

Kopi adalah minuman yg diperbuat dari biji kopi. Ia adalah minuman kegemaran masa kini dan kopi adalah kedua barangan yg luas diperdagangkan selain minyak. Bagaimanapun, kopi mempunyai bahan perangsang semulajadi yg dipanggil kafein, selain lain-lain bahan yg datang dgn beberapa resiko dan kesan sampingan. Kajian menunjukan resiko dan kesan sampingan lebih kepada wanita.

.

♥ Kesederhanaan

Doktor mengakui kopi adalah selamat bila diambil secara sederhana. Ini bermakna, tidak lebih dari satu atau dua cawan sehari. Bagaimanapun, menurut informasi yg terkumpul, kita meminum secara purata 3.56 cawan kopi sehari.Sesetengah kajian pula telh mengenalpasti peminum kopi yg meminum sebanyak 10 atau 15 cawan setiap hari.

.

♥ Barah Hati

Dalam sebuah buku oleh pengarang Marina Kushner telah menyatakan kopi mengandungi bahan yg ada kaitannya dgn barah hati. Kopi mengandungi polycyclic aromatic hydrocarbons, aldehydes, sulfides dan asid tannic dan kesemua agen ini telah menunjukkan reaksi sebagai carcinogens dlm hati.

.

♥ Kesuburan

Kajian yg melibatkan 3000 wanita di 4 buah negara europa mengaitkan pengambilan kopi dgn masalah kesuburan. Dlm kajian ini, wanita yg mengambil kafein secara berlebihan 500mg sehari mengambil 11% lebih lama utk mengandung. Sebuah kajian lain mengenalpasti wanita yg minum kopi secawan sehari, separuh lebih mudah utk mengandung. Atas kajian inilah, wanita yg ingin mengandung dinasihatkan mengurangkan pengambilan kafein.

.

♥ Keguguran

pengambilan kopi dikait rapat dgn tinggi resiko secara spontan keguguran kepada wanita yg mengandung. Kajian 1996 melaporkan 3000 wanita hamil yg mengambil 3 atau lebih kopi punya resiko lebih tinggi, keguguran. Kajian ini telah mengenalpasti resiko keguguran yg dikaitkan dgn kafein adalah lebih tinggi jika dibandingkan dgn bahan lain seperti alkohol atau nikotin.

.

♥ Ketumbuhan Fibrocystic Payudara

Ada kajian yg mengaitkan kafein dgn ketumbuhan fibrocystic payudara. Biarpun ketumbuhan ini bukan barah, ia tetap menyakitkan. Ia juga boleh melindungi atau menyembunyikan ketumbuhan barah. Maka dari itu, ia tetap resiko kepada kesihatan.

.

♥ Kafein dan Pil

Kajian telah menyarankan, wanita yg mengambil pil perancang kehamilan tidak akan begitu berkesan apabila mereka juga peminum kopi jika dibandingkan mereka yg tidak meminum kopi. Atas sebab ini juga, kesan sampingan yg sedia ada pada pil perancang dikaitkan dgn wanita yg meminum kopi adalah lebih ketara.

Monday, October 10, 2011

Nada Cinta (Astro Ria)




Sinopsis Nada Cinta dalam BM
Faris adalah anak orang kaya; menjalinkan hubungan cinta dengan Rina (lakonan Dewi Sandra) seorang guru muzik dari sebuah keluarga yang sederhana. Hubungan cinta mereka ditentang oleh Tirta ayah Faris. Faris dan Rina dipisahkan, Faris dipaksa berkahwin dengan Nia.

Rina rupanya hamil (hubungan dengan Faris) dan melahirkan anak perempuan, yang kemudiannya diculik oleh Nia dan dihantar ke rumah anak yatim.

Selepas 17 tahun Nada ( anak perempuan Rina) yang dibuang Nia kini sudah dewasa dan menjadi remaja yang sangat cantik dan sukakan muzik. Nada menyimpan hasrat nak bertemu ibu dan bapanya yang tak pernah dia ketahui berada di mana, dia kemudian lari ke Jakarta.

Di Jakarta dia telah terlibat dalam kemalangan dan nyaris dilanggar keretapi, tapi diselamatkan oleh Rina. Pertemuan itu tidak berjaya membuatkan mereka bersatu kembali. Nada membawa haluan sendiri hingga bertemu dengan 3 orang jalanan, mereka membuka warung di depan sebuah sekolah mewah tempat anak anak orang kaya. Kebetulan Rina mengajar muzik di sekolah tu.

Rina dan Nada kembali rapat dan masing masing sukakan muzik. Nada mempunyai suara yang merdu. Di sekolah tu ada Ricky (lakonan Randy Pangalila) seorang pelajar yang kacak dan menjadi tumpuan di sekolah. Ricky terpesona dengan suara merdu Nada.

Rasty kekasih Ricky mulai cemburu melihat Ricky memberi tumpuan kepada Nada, Rasty cuba sedaya upaya nak menyingkirkan Nada dari sisi Ricky.

Rasty rupanya anak Faris dan Nia. Adakah Rasty dan Nada merebutkan cinta Ricky seperti kedua ibu bapa mereka dulu? Atau akankah ini membuat Faris kembali kepada Rina? nantikan kesudahan dan episod akhir Nada Cinta di Astro.


Lagu tema/ost Nada Cinta : Nada Cinta dinyanyikan oleh Randy Pangalila feat Mikha Tembayung, Dewi Sandra dan Michella Puteri.

Lagu lagu lain : Hipnotis, Terbakar, Jangan Sedih, Semakin Lama Semakin Aku, Baru Aku Tahu Cinta Itu Apa, Cintamu adalah Takdir ku, Gejolak Cinta, Sabtu Malam Sendiri, Terlalu sakit, Buntu, Cinta Setengah Mati.

Monday, October 3, 2011

Aktiviti hujung minggu

Sabtu - pergi resepsi sidah n imran (belah imran) kat bangunan Tabung Haji.. petang lak, pergi birthday party anak sepupu (firdaus) tapi tak ada gambar.. huhu
Ahad - pergi Mini Concert (Little Caliph, Bandar Seri Putra) anak saudara; Aqriff kat Institut Pertanian Serdang.. dekat area UPM. best gak tengok budak2 comel pandai hafal surah2 pendek, pandai berlakon dan menyanyi.. hehehe.. Aqriff dipakaikan costume lembu, tp yang spoil nya dia takde bahagian kepala, pakai manila kad je kt kepala, lukis gambar lembu.. erm, oklah tu..











Thursday, September 29, 2011

Trip to Kampung Gajah & Teluk Intan

Lepas pergi kenduri kahwin Sidah, terus pergi Teluk Intan..
Driver merangkap ketua rombongan (Kak Mar) berhajat nak cari kopi Che Nah. Merata jugak cari.. tanya kat kedai makan.
Diorang tak jual, katanya.. Yang kelakarnya, makcik kedai makan tu boleh pulak kata "Saudara Che Nah ke?" hahahahha.. Lawak betul..
Lepas puas cari, akhirnya jumpa jugak kedai runcit yang jual kopi Che Nah ni.. kopi ni katanya jual kat area Perak je.. tak tahu la nape kat negeri lain kopi ni tak dijual..
Sempat gak la melawat Menara Condong Teluk Intan siap daki tangga sampai tingkat 3. Berpeluh jugak la.. dah la pakai baju kurung. Yelah baru balik kenduri... Tak bawa la baju untuk salin. Ikut orang je..
Senang naik kereta ramai2 ni.. seronok gak.. asyik borak je dalam kereta. Lagipun semua single-mingle lagi.. hehehehe. Tengokla gambar yang sempat disnap guna camera phone. *(Blackberry torch 2- 5mp jer). Jadilah kan, daripada takde langsung. hehehhee


Monday, September 12, 2011

Beyonce - Best thing I never had



What goes around comes back around (hey my baby)
What goes around comes back around (hey my baby)
What goes around comes back around (hey my baby)
What goes around comes back around (hey my baby)

There was a time
I thought, that you did everything right
No lies, no wrong
Boy I, must've been outta my mind
So when I think of the time that I almost loved you
You showed your ass and I, I saw the real you

Thank God you blew it
Thank God I dodged the bullet
I'm so over you
So baby good lookin' out

[Chorus]

I wanted you bad
I'm so through with that
Cuz honestly you turned out to be the best thing I never had
You turned out to be the best thing I never had
And I'm gon' always be the best thing you never had
I bet it sucks to be you right now

So sad, you're hurt
Boo hoo, oh, did you expect me to care?
You don't deserve my tears
I guess that's why they ain't there
To think that there was a time that I almost loved you
You showed your ass and baby yes I saw the real you

Thank God you blew it
Thank God I dodged the bullet
I'm so over you
Baby good lookin' out

[Chorus]

I wanted you bad
I'm so through with that
Cuz honestly you turned out to be the best thing I never had
I said, you turned out to be the best thing I never had
And I'll never be the best thing you never had
Oh baby I bet sucks to be you right now

I know you want me back
It's time to face the facts
That I'm the one that's got away
Lord knows that it would take another place, another time, another world, another life
Thank God I found the good in goodbye

[Chorus]

I used to want you so bad
I'm so through with that
Cuz honestly you turned out to be the best thing I never had
You turned out to be the best thing I never had
And I will always be the, best thing you never had.
Best thing you never had!

I used to want you so bad
I'm so through it that
Cause honestly you turned out to be the best thing I never had
Oh you turned out to be the best thing I never had
Oh I will never be the best thing you never had
Oh baby, I bet it sucks to be you right now

Goes around, comes back around
Goes around, comes back around
Bet it sucks to be you right now
Goes around, comes back around
Bet it sucks to be you right now
Goes around, comes back around
Bet it sucks to be you right now

Thursday, September 8, 2011

Tips asas gembirakan hati yang sedih..




Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Tuesday, September 6, 2011

Cinta oh cinta...

Bila bercinta, semuanya nampak indah, semuanya harum mewangi, semuanya nampak sempurna. Tatkala diuji sedikit mulalah goyah untuk mempertahankan keimanan cinta. Inilah barisan insan-insan bacul yang tidak yakin pada cinta mereka. Hanya pandai berjanji tapi tidak pernah menunaikannya.
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.
Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, “Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. saya turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.

Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Kata Hamka, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair.
Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.

Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.

Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.

Kata Raja Pedang Deir, hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu.

Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta. www.ukhwah.com

shakshaf : Cinta pada bunga, bunga akan layu, cinta pada Allah, itulah cinta yang kekal abadi. Biarlah kita menunggu cinta yang benar-benar ikhlas, yang benar-benar yakin dan yang benar-benar cinta!

Kezaliman terhadap kucing - oleh pecinta kucing..

PETALING JAYA: Hundreds of pet owners returned home after a week-long festive holiday to find that their cats which they had left at an animal boarding facility were abused, missing or dead.

Alarm bells began ringing on Saturday night when Petknode failed to drop off the cats at the owners’ residences at the appointed times.

Repeated calls to the Damansara Damai office went unanswered and the company’s website was abruptly taken down.

When Petknode finally returned some of cats in the wee hours of the morning, the pet owners were shocked to find their pets malnourished and sickly.

Angry messages sped over Twitter and Facebook alerting other owners and animal lovers who rushed to Petknode yesterday morning.

Among them was Emi, a volunteer for NGO Kucing Terbiar Anjing Jalanan (KTAJ).

“When we reached Petknode’s office we saw about 20 cats wandering around outside…

“All of them looked like they were starving so we fed them and that’s when we heard the meowing inside,” she told FMT.

Still unable to reach the Petknode management, frantic pet owners decided to break into the premise.

The sight that greeted them was of about 100 cats and a puppy crammed into cages and on the brink of starvation and dehydration.

“The owners were hysterically screaming and crying while searching for their cats…

“All the cats were depressed, shedding heavily, severely malnourished and stank of faeces.”

“The pet food that the owners had provided to Petknode was unopened which meant that the cats hadn’t been fed for about nine days.

“Some, including kittens, were already dead…” Emy recalled.

Police report


The group brought their cats and the rest of the animals to the Sungai Pelong police station where they lodged a joint police report.

Moments later the owners of the two-year-old Petknode – known only as Yushari and Shahrul – also arrived to lodge a report against the group for trespassing.

“That’s when we found out that more animals were in their bungalow in Saujana Utama,” Emi said.

“The police escorted the two men there for fear that the pet owners would beat them up.”

“According to those who trailed the police car, there were cats roaming around freely in the bungalow grounds. Many were already missing.”

About 200 more cats were found in the bungalow in the same deplorable condition.

The cats were ferried back to the police station in a van where the furious crowd shouted for their arrest.

However the men were questioned and released late yesterday evening.

‘All they wanted was money’

Another KTAJ volunteer, who only wanted to be known as Shah, said that the police had told them that they needed an individual report and not a group one to warrant an arrest.

“But before the men left they threatened us against lodging further reports.

“All they wanted was money because the owners had to pay them in full before Hari Raya.

“I think they suddenly found themselves with 300 cats and no place to house them,” she said.

A few cats had to be sent to the veterinarians for immediate treatment due to their serious condition.

As updates were posted on Twitter and Facebook, panicked owners who were still overseas pleaded with the volunteers to look for their cats.

Throughout the day pictures were uploaded online of the unclaimed cats which saw an outpouring of rage over their pitiful condition and a call for the imprisonment of Petknode’s owners.

By last night over 200 cats were reclaimed their cats while the rest are being temporarily fostered by volunteers.

A total of 13 cats have died.

“I’m speechless… I urge every owner to make an individual police report against Petknode’s owners no matter what the threat.”

“I told the two men that I didn’t understand how they could treat God’s creatures with such cruelty and that they would one day receive their punishment,” said Shah.

Friday, August 26, 2011

Buka Puasa @ Manhattan Fish Market bersama officemate








Persiapan raya...

Checklist persiapan raya:

1) Baju raya yg ditempah: belum ambil lagi. Tapi taylor tu kata dah siap. Tunggu gaji hari ni baru nak amik malam nanti. Lagipun duk satu taman gak.. hehehe

2) Kueh raya: banyak beli. Kat bazar ramadhan 2 jenis (kueh ape tah.. ahhaha). Kerepek 3 jenis: kerepek pisang, kerepek ubi dan cakar ayam (order 2kg dari aida ex-ofismate). Pastu kek lapis khas org Sarawak buat, order dari Lyn ex-ofismate; ada 2 jenis: 1 masam manis, satu lagi prune. erm... buat tu belom lagi.. maybe buat 2 jenis je biskut wajib tahun ni: tart nenas dan chocolate chip.

3) Handbag raya: dah beli. Memang dah lama idam2kan beg Carlo Rino leather tu.. Harga bole tahan la.. tapi dapat diskaun 20% pun rega 400. Ada waranty 2 bulan tak silap..hehe

4) Kasut Raya: belum beli lagi.. rasa pakai kasut keja Primavera tu elok lagi kot.. dah abis banyak kat benda lain.. huhu




Wednesday, August 24, 2011

Iftar @ Tropicana (organized by the company I work)

Seronok sangat berbuka dengan ofismate. Ada banyak sangat menu yang disediakan, nasi beriani kambing, kambing golek, kueh-mueh, steamboat, buah2 tempatan, laksa, ABC, masakan panas (sayur goreng - bole pilih sayur, dan style masak ape), ikan bakar, udang n sotong bakar, sate. Berbaloi la dengan harganya. Tapi bukan aku bayar, bos yang bayar. hehehe