Monday, January 2, 2012

Tahun baru.. azam?

Sempena tahun baru, nak ucapkan selamat tahun baru. semoga lebih bahagia, sukses dalam kerjaya, dalam kehidupan, semoga lebih matang. Apa ye azam tahun baru? Rasa macam banyak yang carry forward dari tahun lepas. hehehe..

1) Nak langsaikan hutang kad kredit dan terus tutup akaun. Huhu. sangat membebankan fikiran hari2..
2) Nak simpan duit, itu pun lepas selesai hutang di atas la.. hopefully.
3) Nak turunkan berat badan ke berat yg ideal.. Kalo bole 10kg la. Insya Allah, org lain bole, takkan kita tak bole. betul tak? Lagipun baru je beli kasut jogging baru Nike lagi tau.. rega RM139, bole tahan.. siap baju t-shirt dan tracksuit lagi. (Macam hangat2 tahi ayam pulak. hahahha)
4) Menjadi hamba Allah yang lebih baik.. dalam erti kata sebenar.. huhu. Mencari ilmu dan mendalami lagi ilmu di majlis ilmu. Insya Allah
5) Kahwin? Erm.. kalau ade jodoh. Kalau tak, carry forward je tahun dpn.. hahaha.. Kita cuma merancang, Allah yang menentukannya.
6) Nak dapatkan professional certificate dalam bidang yg diceburi (CTFL). Dapat recommendation dari manager, tapi harap2 dapat la pergi dan lulus.. Leh apply keja kat mana2 dalam dunia, kira leh jual la cert tu.. hahaha
7) harap leh pergi umrah hujung tahun ni.. Insya Allah.
Itu sahaja buat masa ni.. mungkin akan ditambah dari masa ke semasa..

1 comment:

  1. hye, jalan sini. ada jual vitamin, feel free to visit.
    :))

    ReplyDelete