credit to Potensi Minda blog: http://mindataqwa.blogspot.com/2009/04/petua-meningkatkan-keyakinan-diri.html
Masa tengah blogwalking jumpa la satu blog ni, isi kandungan seperti di bawah....
Macamana saya nak yakinkan diri? Saya selalu berasa kurang yakin dalam melakukan sesuatu. Saya selalu teragak-agak. Bolehkah saya melakukannya?. Inilah pertanyaan yang selalu kita kemukakan bila memperkatakan keyakinan diri.Apa itu keyakinan? Menurut Ranjit Singh Malhi, keyakinan diri adalah kepercayaan yang kukuh terhadap keupayaan, kebolehan dan kemampuan diri sendiri untuk mencapai cita-cita tertentu.
Sebenarnya konsep keyakinan ini telah kita miliki dan menggunakan sepenuhnya semasa kita mula-mula hendak belajar berdiri dan berjalan.Keyakinan diri adalah merupakan sesuatu yang tumbuh dalam diri secara beransur-ansur. Dalam proses belajar berjalan kita bermula dengan terbalikan badan . Apabila kita mula meniarap, seterusnya mula mengesot, merangkak dan seterusnya kita mula berdiri dan berjalan setapak demi setapak dan pada waktu itu kita sering kali tersungkur dan terjatuh. Namun kita tidak pernah berputus asa. Kita terus bangkit, mencuba dan terus mencuba dan akhirnya kita dengan megahya boleh berjalan malah boleh berlari dan melompat.HEBAT!!!
Apakah kita tidak pernah mengambil pelajaran dan iktibar dari sentuhan kejayaan yang telah kita perolehi sejak dari kecil lagi?
Kita selalu mengeluh bahawa :AKU TIDAK YAKIN.
Petua yang ingin dikongsi bagi membina keyakinan diri ialah:.
1) Kenali diri anda seadanya. Perhatikan kekuatan anda dan juga kelemahan anda. Buang mana-mana sikap negatif dan kembangkan kekuatan diri dari masa ke semasa. Jangan terlalu fokuskan kelemahan diri sehingga kita merasakan kita amat lemah.
2)Terima diri kita seadanya tanpa syarat. Jangan kita nmembandingkan diri kita dengan orang lain. Terima diri kita walau apapun. Mana yang tidak boleh diubah misalnya ketinggian atau rupa paras maka kita sedia dan menyayangi diri kita. Kita mungkin boleh ubah dari aspek penampilan diri misalnya dalam berpakaian, cara komunikasi yang meyakinkan , kegemukan badan dan cara kita bersosial.Setiap orang tidak sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Kebanyakkan kita memandang diri sendiri dari perspektif yang negatif.
3) Amalkan bual diri yang positif dengan banyak menyatakan kesyukuran atas limpah kurnia Allah yang tidak terhitung banyaknya. Katakan selalu Aku mesti melakukan . Aku mampu untuk lakukan . Ingat keyakinan tumbuh membesar secara beransur-ansur. Kita perlu buat dan mengalami peristiwa berkenaan dan dari masa ke semasa kita akan pasti meningkatkannya. Katakan Aku ada keupayaan dan kemampuan dan aku pasti boleh lakukan. Aku akan terus belajar dan buat hingga berjaya. Orang lain boleh lakukan, aku juga pasti boleh lakukan.
4) Lebih kerap bergaul dengan rakan-rakan yang berjaya dan hindarkan diri dari orang yang boleh menghancurkan dan sebarkan racun minda pada diri anda. Belajar bagaimana rakan anda boleh berjaya dari aspek perancangan, azam. kegigihan, cara dia bergaul dan apa sahaja yang boleh anda jadikan panduan membina keyakinan diri.
5) Iktiraf ,akui dan hargai setiap kejayaan yang telah anda ciptakan walaupun sekecil mana pun. Hadiahkan diri anda bila capai kejayaan misalnya pernyataan syukur pada Allah, puji pada diri sendiri seadanya, belanja makan pada diri,beli hadiah walaupun kecil pada diri sendiri. yang lebih baik ialah raikan kejayaan anda bersama ahli keluarga dan rakan taulan.
6) Imbas kembali semua kejayaan anda. Dalam keadaan tenang dan santai cuba ingat kembali sebarang kejayaan yang telah anda cipta. Gunakan kekuatan penglihatan dalaman, pendengaran dan dimasukkan pengalaman manis emosi sewaktu berjaya. Dan tambahkan dengan gambaran mental kejayaan yang anda inginkan pada masa hadapan dengan merasakan seolah-olah anda telah pun mengalaminya. Rasakan kegembiraan dan keseronokkan tersebut dalam mengiktirafkan kemampuan dan kebolehan anda. Ulang dan ulang sekerap mungkin supaya ianya akan tersimpan dalam minda bawah sedar untuk dibina satu kepercaayan dan tanggapan yang positif bagi diri anda.untuk sentiasa berada di puncak. ( Saya suka melakukan amalan ini dengar mendengar muzik yang santai
dan relak.)
dan relak.)
7) Elakkan diri daripada hanya mementingkan kesempurnaan. Ingat keyakinan tumbuh secara beransuru-ansur. Anda lakukan perkara yang anda ingin lakukan. Dalam proses tersebut memang ada kekurangan. Ingat selagi anda terus lakukan dan menilai semula amalan anda dan terus lakukan anda akan capai pada kesempurnaan yang anda harapkan.
Ianya seperti menanam sebatang pohon sebelum memetik buahnya.
Ianya seperti menanam sebatang pohon sebelum memetik buahnya.
8)Perbaiki kemahiran komunikasi anda . Belajar dan amalkan komunikasi secara efektif dan amalkan selalu. Jadi pendengar yang baik dan bila ada peluang keluarkan pendapat anda. Dalam mesyuarat, majlis atau berucap di depan orang ramai , cubalah kebolehan komunikasi anda.
9)Bertindaklah dengan keyakinan. Senyum dan bertentang mata dengan orang yang ingin kita berkomunikasi
10) Belajarlah kemahiran yang berkaitan dengan cita-cita dan matlamat anda. Setiap perkara berkaitan memerlukan ILMU untuk dilakukan secara yakin. Ilmu dan amalan secara istiqmah perkara berkenaan akan dapat membina keyakinan diri anda.
11)Jangan sesekali memandang rendah akan kebolehan anda. Pada masa anda gagal dan kurang berkemampuan bukanlah sebagai tanda anda lemah. Anda sebenarnya banyak memerlukan latihan dan maklum balas supaya anda boleh bangkit semula . Ingat lagi proses anda baru belajar berjalan? Berapa kali anda jatuh dan tersungkur?
12) Tetapkan matlamat dan cita-cita anda dengan jelas. Matlamat hendaklah spesifik, realistik dan ada batasan masa untuk anda mencapainya. Dengan adanya matlamat anda dapat menguji dan membina keyakinan diri anda.
13) Tabahkan diri kerana anda tidak pernah gagal sebenarnya yang ada cuma hasil usaha . Sepertimana kata Thomas Edison yang mencuba beribu-ribu kali bahawa katanya saya tidak gagal tetapi saya telah menemui hasil cara-cara yang salah untuk mencipta mentol
Mana-mana idea yang boleh anda terima, bolehlah jadikan panduan , Maaf kalau pendapat ini tidak menepati syarat maksud yang anda inginkan bagi membina keyakinan diri. Saya hanya sekadar berkongsi pengalaman diri saya dalam membina keyakinan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment