Friday, October 29, 2010

New life, new technology and environment

Erm.. pejam celik pejam celik.. dah seminggu aku kerja kat tempat baru iaitu satu company di Jalan Tun Razak. Rasa macam tak percaya yang aku dah mula terima kerja baru ni. Kerja pun tak seseksa, atau seberat dulu. Byk gak benefit kat sini antaranya:
1) elaun untuk kedatangan. Kalau dalam sebulan datang sebelum 9.05 dan takde amik MC or EL, maka bolehla claim elaun tu.. RM100 okkayy.. byk tu, sape nk bg byk cmtu.. jarang dgr ada company mcm ni
2) OT dibayar utk setiap hari yg kita stayback. RM100 gak tu.. sebelum nak kena stayback, kena dpt approval dari superior or manager dulu. takdelah simply je stayback without any request.. mmg syok lah cmtu. tp jarang la depa request suruh stayback, sbb aku tester bukan developer. Tapi masyuk gak tu..
3) Ada provide breakfast setiap hari.. Dgr2 nya management buat cmtu supaya staff tak keluar. hehe
4) hari jumaat pulak bole pakai t-shirt n jeans. Tp t-shirt wajib pakai t-shirt yg disediakan oleh company.. Kira ok la tu.. Takdelah aku nk kena beli baju sendiri ke apa2..
5) Dan yg paling penting, tak perlu susah2 UAT dgn user/client sbb bukan keja tester kt company ni yg buat..

Itu antara benefit bila keja company MNC ni.. hehehe. company ni dah ada 10 cawangan di asia..
antaranya Malaysia, Filipina, Brunei, Indonesia, Singapura, Hong Kong, Taiwan, Thailand, China, Macau dan Vietnam.

That's all for today..


roti yg dimakan waktu pagi.. sedap, ada blueberry lg.. hehehe

yee mee kantonis.. mkn kt level 8 bangunan sama..

Ini semua alat tulis yg aku dpt.. semua ada, pen (merah, biru n hitam), pensel picit, gum UHU, pembaris, stapler, staples (dawai kokot), puncher, pemadam, klip kertas, highlighter dan correcter (utk padam kesilapan dr pen).

ini pun dpt, rak utk dokumen dan juga klip besar...
:D


 

No comments:

Post a Comment