Thursday, December 27, 2012

Slimming oh slimming

Salam,

Hari tu Sabtu lepas aku pergi Dorra Slimming kt Garden, sebelah Mid Valley Megamall tu.. Ni aku dapat voucher groupun (www.groupon.com) yang dibeli kakakku tersayang. Rega dia RM28 je pun.. hehe. Dia kata dia sangat sayang adiknya, dan nak suruh adiknya kurus, maka sebab tu la dia sanggup belikan voucher untuk adiknya ini. heheheh. Best tak ade akak yang sporting macam ni? Bab suruh belanja n kikis duit orang memang aku menang la. terutamanya orang tua n kakak ku.. heheh.. So, aku pun call la Dorra centre yang terdekat iaitu di cawangan Mid Valley dan wat la appointment dengan diorang, Sabtu 2 petang.
Maka pada hari kejadian tu, aku naik komuter kul 12 lepas cuci baju kerja yang berlambak seminggu tak basuh.. hahah.. biasalah hari2 keja kan, bila lagi nk basuh baju ye tak? Then lepas dah sidai baju n kemas2 bilik. Aku pun dihantar ke komuter oleh ayah ku.. (apsal skema sangat ayat aku ni?) hehe.. Then, sampai kat stesen komuter Bangi tu, komuter pun sampai. Berkejar gak la sebab takut tertinggal komuter, kalo nk tunggu next komuter memang lama kot. (based on experience aku tahun lepas la.. dah setahun rupanya tak naik komuter sejak resign kampeni lama). So sampai kat Mid Valley stesen tu dalam kul 1 ptg. Ramai gak la orang kt dalam komuter. Komuter baru sekarang ni canggih tau, siap ade cctv, ade skrin lcd, koc pun makin besar n byk, koc wanita pun ade (pink coach), then kat stesen komuter ade lif dari tmpt keluar komuter tu (untuk kemudahan orang yg tak larat nk naik tangga la kan, or orang yang disabled / yg pakai wheelchair/ tongkat la)..
Sampai kat dorra slimming, aku disuruh isi form.
1) Then tunggu dalam 5 minit, then dia suruh timbang, n ukur tinggi.. Dia tengok aku nya fat percentage gak.. Pastu dia terangkan la ape yang diorang wat kat situ. Katanya diorang target kurangkan lilitan badan, bukan berat badan. Aku diam je. Huhu (tapi mcm pelik gak la takkan sekali satu session bole kecikkan lilitan badan kan? aku musykil di situ)
Dia suruh jawab questionaire, pasal penyakit, ade tak penyakit yang berjangkit, penyakit kulit, penyakit berbahaya macam asma, kencing manis, darah tinggi ke, ape2 yang sewaktu dengannya la.
2) Then consultant tu suruh ukur la lilitan badan terutamanya pinggang ke bawah, peha, betis dan atas pinggang..  Huhu.. memang agak besar la katanya. hadui ai. Dia tanya gak sejarah pemakanan aku, adakah sebab pemakanan or kurang exercise or sebab faktor keturunan. Aku rasa faktor keturunan kot. Sebab kebanyakan pakcik makcik aku pun agak obes gak.. hahah (tak mo ngaku tu, aku mmg dah gemuk start lps abis SPM lama dah). Dia nak offer aku pakej, mula2 rega 7k 10 session.. Giler ke ape? dia tanya aku ade kad kredit ke tak. aku cakap takde. Then dia turun ke 2k, aku cakap tak mampu n gaji tak dpt lagi. Then lepas tu dia offer 500 untuk 5 session. Aku pun teramik gak pakej tu. huhu.. bayar deposit 100. huhu..
3) Aku disuruh pergi ke satu bilik khas untuk start sessi 'bye bye fat'..dia bubuh cecair booster tu, then tonyoh dengan satu alat ni.. then dia suruh aku rasa la kat bahagian peha belakang, dah lembik skit katanya.. sebelum tu macam keras skit.. OK ye la kot.
4) Then lepas tu, dia balut aku dengan plastik yang selalu bungkus makanan tu (transparent tu.) dah macam mumia lak aku masa tu. Haha.. Lepas tu kena pulak g satu bilik lain, ade satu benda macam capsule ke ape. kita kena baring kat dalam tu. Lps tu, dia tutup benda tu nampak kepala je tinggal. Dia set 15 minit timing, n suruh aku tido. Aku rasa panas gk la kat tempat yg dah bubuh cecair booster tu.. huhu.
5) lepas 15 minit, diorang suruh pegi lagi satu bilik lain, then dia buang plastik yang membalut badan aku. huhu.. Aku pun disuruh pakai baju balik. hhuhu.. Malu seh.. dah macam ape je..
6) Then dia pun ukur lilitan badan aku lepas session, kira ade yg kurang 0.1, ade part yang kurang 0.9.. Total cm yang kurang ade la lebih kurang 6.4cm. huhu. tak banyak sangat pun dalam masa satu session lebih kurang sejam lebih..
Huhu.. Next session on 1 Jan ni.. Harap bole la kurus lagi. Aduh.. stress la nk kurus..


chow chin chow....







Thursday, December 20, 2012

Birthday youngest of the year...

Assalamualaikum..
Hari ni baru lepas lunch break dgn mak n abahku tersayang di Gardens Alamanda sempena birthday mak yang ke-62. Hehe. Awet muda betul mak aku.. Padahal muka tak nampak macam umur 62 pun. Tak payah mekap2 ni. Natural beauty tau.. bak kata seorang artis ni, air semayang jer.. hhahhaha.. Hari Isnin lepas lak sambut birthday anak sedara aku Aqil, umur 10 tahun..

Cepat tul masa berlalu. Dulu time dia (akak aku berpantang) baru lahir aku tolong mak aku mandikan budak tu, pakaikan pampers, pastu main2 dengan budak tu.. huhu. Masa umur 20 tahun aku dah dapat anak sedara.. Kira dalam famili aku ade 3 orang la yang menyambut besday bulan 12, iaitu mak aku 20/12/1950, (kalo dalam IC 510101.. cantik kan? Arwah atuk aku lambat g daftar kat balai polis, 2 minggu lps lahir.. tu menurut moyang iaitu mak kepada nenek aku tu la.. )

Ish dah melalut ni.. Apo kono eh jang oi!! hahaha..  Akak aku pun lahir bulan 12 gak iaitu 06 /12/ 1978, Anak dia pulak 14/12/2002. Baru je bersunat budak Aqil ni.. pada 01 haribulan haritu.. Balik je dari bersunat (guna lazer yer sekarang dah canggih) terus pergi makan Mc Donald tu.. Takde pantang-pantang dah sekarang ni.. Budak2 sekarang ni.. bukan boleh dilarang sangat. sekali dengan Afiq yang umur 8 tahun tu gak.. Huhu..

Selain tu, sepupu -sepupu pun ade gak yang sambut besday bulan 12 ni. Iaitu Boy sepupu belah mak, anak kepada adik laki mak aku.. lahir 09/12/1983. Dah besar panjang sangat dia ni.. Kalo dia lalu kat pintu umah siap kena bongkok sebab tak muat kepala dia.. Lebih kurang 6 kaki la dia. Lama dah tak jumpa dia. Selalu kat kenduri umah sedara pun, ayah dia. Seorang lagi, Hafiz, anak kepada adik perempuan bongsu mak aku.. lahir 12/12/1987. Pastu sorang lagi, sepupu sebelah ayah aku, Kak Wa.. So, memang ramai la yang lahir bulan 12 ni.. Sekiannn..

Seafood Spageti.. I yang order. diet la katakan..

Ice lemon tea, air gula diorang asing.. Bagus kan?

Grilled Chicken Chop, untuk mak..

Smileee......... :)

Appetizer, makan garden salad dulu..

Lamb chop masa sampai.. berasap-asap.. semua pandang masa makanan sampai.. ;0

Mak pandang tempat lain la pulak. Ni duk kat buaian.. Feeling Bawang Merah la naik buaian ade bunga2

Pasangan bahagia.. dah 35 tahun kawin. still going strong cewahhhh

Masak sendiri lamb chop.. hehe

Menu lunch set.. 12pm - 3pm sahaja tau..

Tuesday, December 11, 2012

Jangan makan sardin

Assalamualaikum..
 Hai semua.. Apa khabar? hehe.. Aku macam selalu la. Kalo tak banyak kerja, surf internet untuk tambah pengetahuan, tahu perkembangan semasa dalam dan luar negara.. haha. padahal duk surf dan blogwalking pasal baju/ trend terkini.. erm, macam-macam nak update sebenarnya.. Tapi taktau nak letak yang mane dulu..
Mula-mula nak citer pasal sardin la. Tau tak kenapa tulang sardin sangat lembut? Padahal kalo rebus ikan kembung 3 hari 3 malam pun belum tentu lembut tulangnya berbanding dengan sardin dalam tin tu.. Ha.. cuba jawab. hehe. Ni meh nak cite, ade bahan kimia yang diorang letak dalam tin sardin tu supaya tahan lama dan bole dimakan..
Bahan kimia ni sangat berbahaya kepada kita especially yang perempuan la. Ni info aku dapat dari satu blog ni.. Dia citer la kesan akibat makan sardin.. So kepada semua penggemar sardin (terutamanya aku! ehehe). Berenti la makan sardin.. Banyak lagi makanan lain korang boleh makan.. Macam ikan merah ke, ikan pari, ikan kembung, ikan senangin (entah betul ke ejaan ni.. huhu), ikan tenggiri, bawal dan Nemo (eh.. yg ni buat hiasan je kot, nk makan pun tak sampai ati.. sebab kecik sangat..haha).  Sekarang ni pulak trend orang makan durian crepe.. hermmm.. nyummehhh.. Nak buat pun malas, lagipun aku suka makan durian mentah atau makan gulai pucuk ubi masak dengan tempoyak... Meleleh air liur bila terbayangkan gulai tu lagi2 dimasak oleh ibu tersayang.. Aku memang tak pandai masak masakan tradisional.. Ala sementara duk dengan mak (single lagi.. duk dengan mak ayah la. Wat pe duk sorang2 kan.. Bazir duit je bayar sewa rumah.. Mahal lak tu tengah2 bandar metropolitan ni.. hehe )
Bacalah info lebih lanjut tentang sardin kat bawah ye.. Copy paste dari web ni..

http://emjayjb.multiply.com/journal/item/109?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

JANGAN MAKAN SARDIN
Assalamualaikum wbh
Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.
Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.
Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.
Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Ikan yang ditinkan ke dalam tin, sewaktu pemprosesannya ia tidak boleh direbus lama kerana ini akan menjadikan ikan ini hancur.
Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.
Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.
Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaadabenign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.
Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.
Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.
Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.