Monday, June 25, 2012

Cenderahati @ cenderamata?

salam ahad... kabare? waras ngak? hehehe.. bosan jer duk rumah takde wat ape.. dah kemas rumah, basuh kereta kt carwash... hehe. malas basuh sendiri.. belek brg kat bilik. terjumpa macam barang termasuk keychain, cenderahati dan macam2 lagilah..  ade yg dari kawan yg pergi jalan ade yg beli sendiri.. huhu takmo citer byk tengok jer barang kt bawah ni...












Wednesday, June 13, 2012

New handbag..

salam.. hari ahad lepas aku actually nk pegi digi centre sbb nk tukar postpaid ke prepaid. Line digi kt area rumah aku ni memang agak slow.. kadang2, display 'sos' kat handphone. ape guna handphone canggih mcm blackberry tapi line coverage macam siput kan??? tensen ya amat la kan.. nk update facebook status pun failed... bila wat report, ade je alasan digi customer service.. tgh upgrade 4g la, just temporary la konon.  huhu. berbalik pada pokok persoalan utama, tak terniat pun nak beli handbag tahun ni.. last beli handbag pun sblm raya thn lepas.. hehe. tp disebabkan harga handbag kt situ murah daripada biasa, so terbeli la handbag tu. harga asal 499 rm, lps diskaun dpt 199. murahhhhh kan??? hehehe.. ckplah murah yer.. kurang separuh daripada harga asal. leather lagi tu... sape nk bg. carlo rino pun masa thn lps dpt lps diskaun, 400 gak. huhu. alasan tipikal nak sedapkan diri.. okla tu kannn....

Saturday, June 9, 2012

Kenduri Kawin kek Kualo Pilah

Salam semua.. Siang tadi, berdesup kami pergi ke Kuala Pilah dari pukul 11 pagi gerak dari rumah.. 
Tema merah hitam. Masa sampai lebih kurang pukul 12.30 pengantin belum keluar lagi, so sempat la makan nasi minyak dulu. Tuan rumah anak beranak semua pakai baju merah lagi tuww.. Tumbang lembu 3 ekor, tuan rumah tu dengarnya memang bela lembu 50 ekor.. so, tak kesah la setakat nak sembelih 3 ekor lembu kannn.. Rumahnya kat celah ladang kelapa sawit... Meredah ladang sawit la you alllsssssss... Yang paling best ialah ade sepasang pengacara yang becok, siap berpantun lagi.. Mane nak cari kat area kampung ade pengacara majlis macam ni kan? hehehe.. Nikmatilah gambar-gambar yang sempat disnap...























Percutian yang ditaja..


Hai kawan-kawan semua.. Tajuk tu macam gempak jer kan?? Memang gempak pun.. sebabnya ada kawan mak aku dapat point dari membership club mane tah..(tak diberitahu la pulak kan). 
Dikumpul2 point selama setahun dapat la point lebih kurang 300++ so dia pun pilih satu resort kat Kuantan ni.. ada 5 bilik semuanya.. so dia ajak la mak aku sekali dapat 2 bilik.. 
satu bilik untuk dia n anak kedua dia, lagi 3 bilik untuk anak + cucu pertama dia, n sepupu dia anak beranak.. 
Jumaat malam lepas balik kerja, aku pun terus berdesup kereta balik rumah n naik kereta ayah aku, sekali bawak akak aku n anak2 dia juga.. 
Dalam pukul 1 pagi baru sampai sana.. Cari punya cari tengah malam tu kat tepi laut kat Jalan Beserah, Kuantan dan juga bantuan GPS kat Galaxy Tab aku.. 
Akhirnya sampai gak kat resort tu... Memang betul2 tepi laut.. Malam tu terus tido jer la semua dalam bilik.. Tak sempat ronda lagi keliling resort tu.. Duta Village Resort namanya..
Esok hari Sabtu tu, kami berkelah tepi pantai.. Beli nasi lemak kosong, sebab mak aku dah siap masak sambal ikan bilis kat rumah. Antie Lin pulak siap bawak keperluan memasak termasuk heater, kuali kecil, grill kecil dan  gas memasak (portable).. 
Lepas tu, kami pun tanpa berlengah masa terus tukar baju mandi (muslimah suit yer!!) mandi air laut.. 
Rupanya hotel tu ramai gak orang datang buat famili day. 
Ade buat sukaneka macam cari barang kat dalam tepung, lari sambil kepit belon, pakai selipar gergasi berpasangan n last sekali acara tarik tali larrhhh.. Gamat betul suasana kat tepi pantai tu dengan suara-suara mereka..Lepas mandi laut, mandi kat swimming pool la pulak kan.. 
Sampai la tengah hari.. petang acara bebas.. Malam tu pulak pergi Tanjung Lumpur makan ikan bakar.. memang ramai betul orang kat situ.. 
Kami pergi dalam pukul 6, kalau pergi lepas maghrib alamatnya memang takde tempat la.. Nama kedai tu Kaklong Ikan Bakar Petai.. 
Taktau la ape kena mengena Ikan bakar dengan petai.. takde lak petai pun masa order lauk tu.. Pilih lauk fresh kat situ.. Famili aku order ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, dan ketam bakar.. Memang sedappppppp sangat sampai menjilat jari.........!!!!! Tapi tak sempat amik gambar makanan sebab lapar sangatla kan...
Esoknya hari ahad.. Pergi cari nasi lemak area resort, jumpa satu kedai ni jual nasi kerabu, nasi dagang dengan nasi berlauk.. Ade ayam panggang jugak.. Sedapppp.. Lepas tu pergi borong ikan, sotong dan makanan laut segar dari laut.. Murahh giler larh. tak sampai RM50 pun semuanya.. Then tengah hari lepas mandi manda kat swimming pool, berangkat balik ke KL. Macam biasa, sempat la snap2 sikit depan lobby resort tu..



Swimming pool ade 2 bahagian: satu untuk orang dewasa, satu lagi untuk  kanak-kanak.. 

Berenang dengan riang-ria.. 

Cafeteria yang agak meriah dengan belon.. nape tah, aku pun taktau

Penunjuk arah..


Chalet.. 

Dari kiri: aku, Antie Lin, mak, kaklong aku. depan: anak sedara  aku, dila n fatin. Belakang tu: abah aku..

Dah nak balik baru lah sibuk nak amik gambar kan.. hehe

Warga emas.. hehehe.. Mak ayah aku n Antie Lin dengan suaminya

Famili kami.. ada 3 famili semuanya..

Dari pandangan depan..




Aku yang makin sihat membesar bagai johan..

Kakak aku dengan anak-anak nya.. asyik bergaduh  je, budak2 ni.. biasa lah


Friday, June 8, 2012

Garden Wedding

Salam 1Malaysia.. huhu.. Di hari jumaat ni, aku nak post semua gambar di majlis persandingan sekitar bulan 5 yang dah diperam lebih kurang sebulan.
Alasan klise, sebab busy dengan kerja.. hahahaha. bole terima tak alasan ni???
boleh la ye.. actually, ade 3 majlis perkahwinan.
1st dua pupu kawin kat Dewan kelab, kat area Sri Damansara pada 19 Mei. Masa tu kebanyakan saudara sebelah mak aku ade. Yelah mak pengantin tu sepupu mak aku kott.. mesti lah kan.. hahahaha. Siap ade buat video tentang detik2 perkenalan diorang.
Kira kreatif jugak team cameraman diorang tu.. 
Minggu selepas tu, 2 majlis dalam sehari, satu kat club house kat area Bandar Bukit mahkota, kawasan rumah aku..
 Satu lagi tu, tuan rumah Dato tu sebab takmo berebut tempat so dia buat kat Jalan Semarak, dekat2 dengan Dewan Merak Kayangan kalau tak silap.. huhu.. konsep garden wedding.. memang simple but nice..