Sunday, April 22, 2012

Kelas Memasak - Western Food

Salam..... Lama rasanya tak berceloteh kat blog ni.. Macam dah bersawang je kot. Pagi tadi, aku pergi belajar memasak kat Yummie Bakery Bangi dengan mak. Seronok gak, banyak tip2 dapat belajar kat situ. Chef tu peramah je. Kebanyakan yang datang tu, dah register siap2. Aku sebenarnya kena paksa pegi situ, since kawan mak aku tak jadi pergi sebab ada kursus haji. So, sebab dah bagi nama, lagipun mak takde kawan. So, ape salahnya aku temankan mak sambil hilangkan boring duk rumah tak wat ape..
Sampai sana dekat kul 10, tunggu punya tunggu chef tak sampai lagi. Rupanya chef tu ingatkan kelas start kul 11. Huhuhu. Miscommunication la kot. Sbb tuan punya kedai Yummie bakery (ada jual barang buat kek, kuih dan bahan lain) tu tersilap cakap kot. Huhu.. So, last2 datang gak la chef tu dengan tercungap2 sebab kejar masa kot....
So, mula2 start belajar mushroom soup. Rupanya ada 3 jenis mushroom dia gunakan dalam pembuatan mushroom soup ni. Chef Firuz tu dedahkan rahsia, macam kt kedai2 biasa tu, diorang bubuh powder / tepung supaya nampak creamy. Tu la pasal bila sejuk sup tu, nampak macam kanji. So, ini dia guna 'shitake mushroom', 'white button mushroom' dengan 'swiss brown mushroom'. Semua jenis cendawan ni boleh dibeli kat Giant katanya. In fact sepanjang masa demo tu dia asyik cakap Giant je, dengan produk Anchor.
Tadi kami dinner, aku cuba la praktis salah satu dari resepi masakan Chef Firuz tu, namanya 'Asiana seafood pasta top with sliced limed leaves'. Memang sedap masa cuba rasa masakan dia kat kedai pagi tadi. So, balik terus beli bahan2, then cuba la buat. Disebabkan chef tu kata dia tak jumpa daun limau purut, so dia gantikan dengan serai dan bunga kantan. Resepinya (atas permintaan rakan di facebook) seperti di bawah:

Bahan-bahannya:
olive oil (kalau takde, guna sunflower oil pun boleh)
garlic (chopped, 1 tsp)
holland onion (chopped, 1 tsp)
prawn (medium size, 3no's)
crab sticks (thawed, 4 sticks)
cherry tomato (cut 1/2, 3 no's)
Anchor culinary cream (chilled, 180ml)
knorr tom yam pasted (in bottle, 1 1.2 tsp)
salt & pepper (for seasoning, to taste)
linguine (cooked, 180gm/serving)
lime leaves (sliced, 1pcs) ---> boleh guna serai & bunga kantan juga
anchor high melt cheese (grated, evenly coated on top)

Method:
1) Heat a pan with oil, then saute (cook) the garlic & onion till slightly golden brown then add in all seafood. Toss it all till all seafood cooke then add in cut cherry tomato.

2) Place in the Anchor culinary cream together with 'tomyam paste', simmer it for a while & make sure all the paste dissolve in cream, adjust the seasoning with salt and pepper.

3) Once cooked, garnish it with sliced limed leaves & sprinkle of Anchor High melt cheese.

--- Siap, dah boleh dihidangkan utk 3 orang dewasa.
Spageti - my favourite ~ sehingga menjilat jari...

Thursday, April 19, 2012

Job Vacancy (IT related company)

Jawatan kosong di Nexbis.. untuk maklumat lanjut tentang requirement (kelayakan) sila layari http://www.nexbis.com/. Good luck!

1.      Senior/Software Developer (.Net & Java)
2.      Functional Analyst
3.      Solution Architect
4.      Senior Engineer - QA
5.      Senior Manager – Information Security
6.      Executive – Information Security
7.      Engineer - Service Support Management
8.      Engineer - Infrastructure Support Management
9.      Manager – Infrastructure Support Management
10.  Call Centre Agent
11.  Group Communication Director
12.  Manager – Marketing & Public Relations
13.  Senior Executive/Executive - Marketing & Public Relations
14.  Business Development Manager
15.  Account Manager - Regional
16.  Account Executive
17.  Personal Assistant

Wednesday, April 18, 2012

50 Fakta Menarik ,Kisah dan Perinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY

share dari facebook...

50 Fakta Menarik ,Kisah dan Perinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY

ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah,InsyaAllah..


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan,MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS,ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN.REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG .
.
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB .

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39.TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.

Tuesday, April 17, 2012

Jangan hidupkan penghawa dingin sebaik masuk kenderaan.

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser iaitu carcinogen yang dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta.


Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih-lebihan secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasukki tubuh kita.

Thursday, April 12, 2012

Najwa Latif - Kosong **lirik lagu**

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu

Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan

Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar
Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong .. kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong...kosong

kredit to: http://anizyn.blogspot.com/2011/09/najwa-latif-kosong-lirik.html#ixzz1rnKw9pYn

Tuesday, April 3, 2012

Khasiat telur ayam

dipetik dari http://wanitasihat.com/khasiat-telur/ Hari ni WanitaSihat ingin kongsikan pasal khasiat telur. Seringkali kedengaran bahawa jangan makan telur kerana telur mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi, tetapi sejauh manakah kebenaran penyataan ini? Telur ayam adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet manusia di seluruh dunia. Sejak turun-temurun lagi, telur ayam menjadi makanan dan ubat bagi berbilang bangsa di negara kita ini. Telur disediakan untuk hidangan dalam berbagai gaya – separuh masak, tiga suku masak, rebus, goreng, sambal, kari dan sebagainya. Semuanya sedap belaka. Di Malaysia, telur ayam merupakan 28.8% daripada jumlah sumbangan pengeluaran ternakan. Penggunaan (consumption) telur per kapita bagi tahun 1985 ialah 222 biji telur ayam dan 7.5 biji telur itik. Banyak pula penawar atau ubat tradisional bagi berbagai penyakit yang menggunakan telur ayam. Telur ayam kampung amat tinggi permintaannya kerana ia mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi hasil dari pemakanan yang asli dan organik, iaitu bebas dari bahan kimia. Sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10% cangkerang, 30% kuning telur dan 60% albumen (mengikut berat). Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza di antara satu dengan lain, kecuali kandungn kolestrol telur itik adalah tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 mg bagi setiap gram kuning telur. Kandungan telur kaya dengan protein, vitamin dan lemak yang mudah dihadam. Telur juga merupakan punca mineral perlu dan mengandungi kalori yang rendah. Nilai pemakanan telur tidak bergantung kepada warna cangkerangnya. Pernahkah kita terfikir, bagaimana sebiji telur ayam yang kecil itu mampu menghasilkan seekor anak ayam yang sempurna? Anak ayam ini semasa di dalam kulit telurnya tidak mendapat makanan dari luar. Sebaliknya ia memperolehi bahan-bahan makanan yang seimbang dan mencukupi hanya dari dalamnya sahaja. Ini bermakna, bahan-bahan yang terkandung di dalam sebiji telur ayam itu sudah cukup lengkap untuk membentuk seekor anak ayam yang sihat. Apakah yang terkandung di dalam sebiji telur ayam ini sehingga mampu membekalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk hidup di dalam kulitnya selama lebih kurang 21 hari? Secara zahirnya, telur terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian putih (albumin) dan kuning (egg yolk). Bahagian putih ini mengandungi protein-albumin dan tidak mengandungi vitamin larut lemak. Apa yang agak unik ialah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil ‘avidin’, iaitu sejenis bahan antibiotic semulajadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur itu. Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A. Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang. Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting. Di antaranya ialah 67 mg sulfur atau 8% daripada keperluan kita seharian. Jumlah ini bukan mudah untuk kita perolehi dalam lain-lain makanan. Sebiji telur juga mengandungi : 0.7 mg zink 1.2 mg besi 5.5 mg magnesium 16 mg inositol 27 mg kalsium 76 mg potassium 253 mg choline 100 mg fosforus 590 unit vitamin A Selain daripada yang disebutkan di atas, telur juga mengandungi : lecithin, tryptophan, pyridoxine (B6), biotin, asid folik, riboflavin (B2), thiamin (B1), asid pantotenik (B5), selenium, asid amino, methionin cystin. Khasiat mencukupi Telur ayam adalah satu-satunya makanan semulajadi yang sangat berkhasiat dan juga antara sumber protein yang paling baik di muka bumi. Dalam tiga daripada empat kaedah saintifik yang lazim diguna untuk mengukur kualiti protein, telur memperoleh skor yang jauh lebih tinggi daripada sumber-sumber protein lain seperti susu, daging lembu, whey dan soya. Sebab inilah, telur boleh dianggap sebagai makanan yang ideal untuk setiap orang. Sumber-sumber proteinnya mencukupi dan nisbah sumber-sumber galiannya juga telah cukup sempurna untuk tumbesaran. Kita sering mendengar tentang hubungan kolesterol jahat dengan telur. Adalah diakui bahawa kandungan kolesterol di dalam sebiji telur sangat tinggi, iaitu 275 mg. Tubuh badan kita memerlukan kira-kira 800 mg kolesterol sehari. Kebanyakan orang takut memakan telur kerana kolesetrol tetapi sebenarnya choline dan phosphytidylcholine dalam kuning telur membantu mengelak longgokan kolesterol dan lemak dalam hati dan pembuluh darah. Choline juga membentuk metabolite dipanggil betaine yang berfungsi mengurangkan homocystin, salah faktor penyebab serangan sakit jantung. Seseorang yang tidak memakan telur atau daging mungkin akan mengambil kira-kira 200 mg kolesterol sehari. Jika dia mengambil susu skim dan Margerin sayuran, jumlah pengambilan kolesterolnya rendah, iaitu antara 100-150 mg sehari. Jumlah kandungan kolesterol dalam telur belum dapat dibuktikan lagi mudaratnya. Tambahan pula, badan manusia akan membina kolesterol ini lebih kurang 1-2 mg sehari (kira-kira 4-8 biji telur). Semestinya, kolesterol (jika tidak diambil berlebihan) bukanlah bahan yang perlu ditakuti, tetapi sebagai sumber yang perlu untuk pertumbuhan badan dan membantu mengukuhkan lagi sistem ketahanan badan. Makan telur semata-mata tidak akan menyebabkan kita sakit jantung tetapi kemungkinan besarnya adalah disebabkan oleh diet yang tidak seimbang atau tidak ketentuan kandungan dan masanya. Menurut Harvard Medical School Guide to Healthy Eating tidak pernah ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa orang memakan telur dengan banyak mendapat lebih banyak serangan sakit jantung daripada orang yang memakan sedikit telur. Zat-zat makanan seperti vitamin C, niasin, magnesium, zink, kromium, lecithin dan beberapa faktor lain seperti karbohidrat serta senaman yang kerap boleh mengekalkan tahap kolesterol pada kadar yang seimbang dengan menggunakan badan dan mengelakkan daripada penyakit atherosclerosis, di mana pembuluh darah tersumbat dan menimbulkan berbagai kesulitan. Tahap kolesterol dalam darah menjadi tinggi mungkin disebabkan oleh diet yang kebanyakkannya terdiri dari makanan ringan yang telah diproses (refined junk food). Dari beberapa kes klinikal, didapati pesakit-pesakit ‘rheumatoid arthritis’ memerlukan dua biji telur sehari dan kebiasanya, pesakit-pesakit ini tidak suka makan telur. Mereka yang menghidap ‘hypoglecemia’ pula memerlukan lebih banyak telur sebagai pengalas perut. Choline di dalam kuning telur juga diperlukan untuk membentuk ‘neurotransmitter’ Acettylcholine yang sangat mustahak untuk daya ingatan (memory) dan pemikiran (thought) dan melindungi kita daripada nyanyuk termasuk penyakit Alzheimer. Jadi, telur, seperti ikan adalah makanan otak! Oleh kerana phosphatidylcholine bahan asas membran sel dan kebanyakan metabolisma dalam hati berlaku di membran sel, ianya membantu melindungi hati daripada pelbagai jenis toksin. Menurut pengarang buku Eye Care Naturally, Dr. Michael Geiger dari New York, Lutein yang terdapat dalam bahagian dalaman mata (retina) khususnya “macula” melindungi mata daripada kesan buruk high energy blue wavelengths dalam matahari dan lampu rumah. Kandungan sulfur yang tinggi dalam kuning telur juga menyebabkan orang nampak anggun kerana rambut dan kuku mereka yang sihat dan cantik. Satu kajian yang dimuatkan dalam Jurnal Cancer Epidemilogy Biomarkers and Prevention keluaran Januari 2005 tentang kanser payu dara di kalangan orang perempuan Cina yang berhijrah dari Cina ke Hong Kong dan seterusnya di Amerika Syarikat mendapati : Mereka yang memakan banyak sayur dan buah-buahan kurang mendapat kanser payu dara – tiada kejutan tentang fakta ini. Mereka yang memakan banyak telur ayam juga kurang kemungkinan mendapat kanser payu dara. Yang memakan enam biji telur seminggu dibanding dengan mereka yang memakan dua biji telur seminggu didapati merendahkan risiko kanser sebanyak 44%! Tenaga tambahan Bagi pesakit yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, terlebih dahulu harus diuji untuk mengetahui kandungan zink di dalam badan, lebihan kuprum dan spectrum lipid dalam darahnya. Pesakit ini adalah dinasihatkan supaya mengambil diet makanan yang bersesuaian. Orang yang tidak makan telur juga mungkin masih menghadapi masalah kolesterol kerana kolesterol masih boleh terbina dalam arterinya. Oleh itu, makanlah sebiji atau dua biji telur sehari, sebagai sumber makanan yang seimbang dan murah, kecuali mereka yang menghadapi penyakit jantung yang berisiko tinggi. Selangkan 2-3 hari mengikut Menu Pusingan. Bagi mereka yang hanya makan sayur (vegetarian), telur merupakan sumber bagi vitamin B12 yang hanya boleh didapati daripada haiwan sahaja. Bayi yang berumur 6 bulan juga boleh memperoleh dos zat besi dan sulfur daripada telur. Bayi memerlukan bahan-bahan ini kerana kandungan pada susu adalah sedikit. Walau bagaimanapun, terdapat bayi yang kurang 12 bulan mengalami alahan telur. Ibu-ibu boleh berikan sedikit telur sahaja kepada bayi untuk melihat sama ada bayi mempunyai alahan atau tidak. Sekiranya bayi/anak anda ada alahan telur:- Elakkan memakan telur dan makanan yang mengandungi telur (walaupun kandungan telur adalah sedikit tetapi boleh menyebabkan reaksi yang teruk) Baca dengan teliti label makanan dan elakkan yang ada telur Rancang langkah kecemasan sekiranya mengalami reaksi alahan Bawa bersama ubat ‘EpiPen’ ke mana-mana, jika ada Pakaikan gelang yang ada ‘medi alert’ di pergelangan tangan anak Beritahu penjaga atau guru mengenai keadaan kesihatan anak Minta nasihat doctor mengenai reaksi alahan apabila menerima imunisasi MMR (Mumps, Measles, Rubella). Telur tidak boleh disimpan lama atau disimpan di tempat yang panas kerana sulfur yang terkandung di dalamnya akan menjadi rosak dan akhirnya busuk. Kita memerlukan sulfur dan bahan-bahan lain seperti selenium untuk membina kulit, rambut, kuku dan juga membina asid-asid amino dalam sel-sel otak dan untuk membina unsur-unsur garam sulfuric dalam sendi-sendi tulang. Telur boleh dimakan semasa sarapan pagi dalam bentuk separa masak. Jika direbus keras, lechitin akan rosak. Menggoreng telur pula akan meningkatkan kalorinya dan merosakkan lecithin. Walau bagaimanapun, memakan telur masih merupakan satu cara yang baik dan murah untuk kita mendapatkan tenaga tambahan dan keupayaan berfikir. Demikianlah dalil-dalil yang menunjukkan tentang kebaikan telur. Ia merupakan anugerah Allah yang istimewa kepada manusia.