Saturday, July 30, 2011

Ashraf Hafiz Aziz meninggal dunia

-SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT & AMALANNYA DITERIMA ALLAH

Bukti Hadis Pengharaman Tukar Jantina

- Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): “Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.” (Riwayat al-Bukhari).

-Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya): “Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih).

Bukti Nas Al Quran Pengharaman Tukar Jantina

- Allah berfirman yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya aku akan sesatkan mereka dan ku perdayakan mereka dengan angan-angannya serta ku suruh mereka memotong telinga ternak (untuk berhala) dan ku suruh mereka supaya mengubah makhluk Allah. Dan barang siapa mengambil syaitan menjadi wali, selain Allah sesungguhnya dia telah rugi dengan kerugian yang nyata”. (Surah an-Nisaa’ ayat 119).

- Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk”. (Surah at-Tiin ayat 4).

Apa pendapat anda??



Ashraf Hafiz Aziz meninggal dunia
30/07/2011 12:39pm


KUALA TERENGGANU 30 Julai – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya, beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam beliau berkata, doktor mengesahkan anaknya mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ”unstable angina with cardiogenic shock”.

Katanya, Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. – Bernama

Sembilan kali bedah kepala..

Lepas baca kisah budak perempuan ni, aku baru sedar ada orang yang lebih susah daripada kita. huhu. Tapi dia cekal dan tabah menghadapi dugaan hidup. Sama-sama kita renungkan & selamat beramal.. ahaks....:))

Sembilan kali bedah kepala

Oleh KUMARA SABAPATY
ahad@kosmo.com.my


DISEBABKAN daya penglihatan yang lemah, Foong menggunakan video magnifier bagi membesarkan saiz huruf.

--------------------------------------------------------------------------------


SEPERTI remaja lain, Yvonne Foong gembira dapat keluar pada hujung minggu bersama kawan-kawan. Dia juga aktif dalam kumpulan koir bahkan mengikuti kelas tarian balet dan karate.

Bagaimanapun, masalah bermula ketika dia berusia 13 tahun.

“Saya hilang pendengaran dan keseimbangan berjalan hinggakan saya sering terjatuh di sekolah akibat masalah itu,” cerita Foong, anak tunggal dalam keluarganya.

Tiga tahun kemudian, keadaan menjadi lebih buruk. Foong terpaksa ditemani guru atau pelajar lain untuk pulang ke rumah mak ciknya di Subang Jaya kerana kerap terjatuh apabila berjalan.

Jarang ditemui

Pemeriksaan oleh pakar neurologi mendapati Foong mengalami ketumbuhan otak. Dia juga disahkan menghidap penyakit gangguan genetik dikenali sebagai Neurofibromatosis Jenis 2 (NF2).

NF ialah sejenis gangguan genetik yang menyebabkan ketumbuhan tumor di bahagian saraf di samping mengganggu pertumbuhan tisu seperti tulang dan kulit.

Penyakit itu menyebabkan Foong hilang pendengaran, tiada keseimbangan berjalan selain masalah penglihatan.

Dilaporkan, hanya satu daripada 40,000 orang di dunia menghidap penyakit itu. Di Malaysia, cuma dua orang dikesan menghidap NF2 dan salah seorang daripadanya ialah Foong.

Pembedahan pertama bagi membuang ketumbuhan otak melibatkan perbelanjaan sebanyak RM50,000. Mujurlah kos itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan ia dijalankan di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 2002.

Pembedahan kedua dilakukan di hospital yang sama, juga bagi membuang ketumbuhan otak dan di tulang belakang.

Malangnya, ketumbuhan itu muncul lagi di tempat yang sama. Foong menjalani pembedahan ketiga pada tahun 2004 di Pusat Perubatan St. Vincent, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) untuk melakukan implan pendengaran manakala pembedahan keempat bagi membuang ketumbuhan pada badan.

“Pembedahan kesembilan iaitu yang terakhir dijalankan di House Clinic, Los Angeles pada tahun 2010 bagi membuang ketumbuhan otak di kiri ventrikel lateral,” kata Foong, 23, penuntut tahun ketiga Ijazah Sarjana Muda Psikologi di AS.


Ubat

Kematian bapanya akibat masalah paru-paru pada Oktober tahun lalu iaitu sebelum dia menjalani pembedahan terakhir di AS sedikit sebanyak melemahkan semangatnya, namun Foong sedar hidup perlu diteruskan.


FOONG mendengar dan menjawab soalan yang ditaip pada komputer riba.

--------------------------------------------------------------------------------


“Kini, saya masih mengikuti rawatan susulan di Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), AS pada setiap enam bulan.

“Saya juga dipilih menyertai penyelidikan klinikal institut itu khususnya berkaitan pesakit NF2. Mereka turut memantau ketumbuhan otak saya dan menawarkan pembedahan pada bila-bila masa diperlukan,” katanya.

Foong sekarang kembali menjalani kehidupan normal selepas menderita selama 10 tahun akibat penyakit itu. Kos untuk pembedahan dan rawatan dianggarkan mencecah RM1 juta.

Dia juga perlu mengambil sejenis ubat titis berharga RM180 yang ditempah khas menerusi Internet daripada pembekal di New Zealand. Ubat itu berfungsi menyekat dan melambatkan ketumbuhan otak.

“Walaupun hilang pendengaran, saya menggunakan komputer riba jenis Toshiba dan video magnifier untuk membaca manakala papan putih untuk menulis dan berkomunikasi dengan orang di sekeliling,” kata Foong yang kerap dijemput memberi ceramah motivasi.

Dalam ceramahnya, Foong selalu menceritakan kisah susah payah dan kejayaannya menentang penyakit itu sehingga terpaksa melalui sembilan kali pembedahan yang menyakitkan.

Dia juga menjual baju T Polo menerusi blognya, www.yvonnefoong.com, bertujuan mendapatkan dana bagi membantu seorang rakannya yang juga penghidap tumor otak, Syahidah Ishak.

Baru-baru ini, penulis buku I’m Not Sick itu membantu mengumpul dana untuk mangsa tsunami di Jepun.

Selama dua jam ditemu bual Jurnal, penerima anugerah Most Outstanding Youth of the Year iaitu salah satu kategori dalam Dream Malaysia Awards 2005, ‘mendengar’ dan menjawab soalan dengan menaip menggunakan komputer.

Impian Foong kini ialah mencari seorang suami yang sudi berkongsi kasih dan melindungi dirinya.

“Sebagai perempuan, saya ingin mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang baik dan memiliki anak yang ramai. Itulah saat paling indah dalam hidup saya,” katanya.

Motosikal paling panjang di dunia..

credit to kosmo
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Motosikal paling panjang di dunia


COLIN FURZE menunggang sebuah motosikal yang mengandungi 25 tempat duduk di Grantham baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------



GRANTHAM, Britain - Seorang tukang paip, Colin Furze mencipta motosikal paling panjang di dunia dengan mempunyai 25 tempat duduk dan mampu bergerak pada kelajuan 56.3 kilometer sejam, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Furze menghabiskan masa selama sebulan untuk mencipta motosikal itu.

Dia menggunakan rangka sebuah motosikal berkuasa 125cc dan memanjangkannya melalui penggunaan kerangka aluminium.

Furze menunggang motosikal sepanjang 100 meter itu sejauh lebih satu kilometer di landasan Saltby di sini.

Menurut Guinness World of Records, motosikal terpanjang yang pernah direkodkan ialah 14 meter.

Dia akan menghantar rakaman video mengenai motosikal itu selain tandatangan beberapa saksi kepada Guinness World of Records untuk mendapat pengiktirafan sebagai motosikal paling panjang di dunia. - Agensi

Wednesday, July 20, 2011

7 cara rapat hubungan ibubapa dan anak

credit to: http://www.hmetro.com.my/articles/2011071922161920110719221619/Article

RAMAI ibu bapa mengakui mereka sibuk di pejabat sehingga tiada masa untuk bersama anak-anak.

Namun berapa lama masa dihabiskan setiap hari bersama mereka?


Sangat penting untuk mencipta masa berkualiti bersama anak-anak. Ini kerana mereka akan membesar sebagai remaja dan ketika ini sekiranya ibu bapa bapa menjarakkan hubungan, dikhuatiri anak-anak mula menjauhkan diri daripada mereka.

Merapatkan semula hubungan kekeluargaan ini memang sesuatu yang sukar.



Menurut perunding keluarga yang juga pemilik laman pendidikan www.smartparents.com.my, Zaid Mohamad, walau sesibuk mana sekalipun, ibu bapa harus meluangkan masa dengan anak-anak. Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan bagi merapatkan perhubungan antaranya:




•Rancang percutian dalam masa tiga bulan akan datang. Dapatkan pandangan dan persetujuan daripada setiap ahli keluarga. Semak menerusi Internet destinasi yang ingin dituju kemudian minta anak-anak merancang aktiviti bergantung kepada jadual perjalanan menerusi laman sesawang itu.


•Rancang aktiviti keluarga pada hujung minggu. Ia mungkin aktiviti di luar seperti berkelah, menunggang basikal, berjoging, berkebun atau aktiviti dalaman seperti bermain boling, berkaraoke atau menonton wayang bersama keluarga. Apa saja yang dilakukan seharusnya dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.


•Senaraikan beberapa lokasi yang boleh dituju dalam kembara sehari. Pastikan setiap ahli keluarga mengambil bahagian dalam perbincangan untuk menentukan lokasi itu dan aktiviti yang akan dilakukan. Jadikan acara ini sebagai aktiviti bulanan. Ketika dalam perjalanan ambil gambar sebanyak mungkin kemudian kongsi bersama keluarga apabila pulang daripada destinasi nanti. Pastinya semua akan ketawa apabila melihat koleksi gambar yang melucukan ini.


•Sekiranya berhajat melakukan aktiviti perkhemahan, sebaiknya kumpulkan seluruh ahli keluarga yang ingin berkhemah bersama. Bincang lokasi yang ingin dituju kemudian sediakan peralatan perkhemahan seperti khemah, beg tidur, makanan dan keperluan memasak. Rancang aktiviti bersesuaian untuk dewasa dan kanak-kanak supaya masing-masing dapat merasai keseronokannya.


•Perkenalkan malam tayangan gambar di rumah dan pastikan setiap ahli keluarga menyertainya. Pilih filem yang ingin ditonton kemudian beli video cakera padat asli agar memberi pengajaran yang baik kepada anak-anak. Pastikan anda menggunakan cahaya lampu yang malap seperti di panggung wayang kemudian sediakan makanan ringan dan minuman supaya anak-anak dapat menonton dengan selesa.


•Sekiranya tiada jamuan ulang tahun hari lahir dalam masa terdekat, apa salahnya mengadakan jamuan sekadar suka-suka untuk meraikannya bersama keluarga. Anda boleh menjemput rakan anak anda dan menyediakan makanan dan minuman ringkas. Pada masa ini, mereka boleh saling bertukar pendapat sekali gus merapatkan hubungan sesama keluarga.


•Bilakah kali terakhir anda bermain permainan dengan anak-anak? Jika sudah terlalu lama tidak melakukannya apa kata buka kembali Monopoly, congkak, teka silang kata atau bermain kad dan tunjukkan kebolehan anda bermain bersama mereka.

Tetapkan peraturan siapa yang kalah akan diminta menghantar sarapan pagi ke bilik tidur. Apabila ini berlaku suasana pasti menjadi kelam-kabut kerana masing-masing akan menunjukkan bakat dan bermain dengan bersungguh-sungguh. Ketika ini, terserlah keceriaan pada wajah masing-masing, tambah pula apabila ibu menyediakan makanan dan minuman ketika perlawanan berlangsung.

Thursday, July 7, 2011

Kesan memakai kasut tinggi..

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris, kasut tumit tinggi ini akan menyebabkan:

- masalah kesihatan kerana dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya.

- Kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

- Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan

- Jika dipakai bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.

- Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.
Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

- Tekanan terhadap saraf dan tisu kaki yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

- Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

-Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.

Oleh itu, berfikirlah secara rasional sebelum anda menjadi pengamal kasut bertumit tinggi ini kerana ia bakal merosakkan kesihatan anda sedangkan banyak lagi faktor lain yang boleh membuatkan anda kelihatan anggun, cantik & berkeyakinan.

p/s : kaum hawa,fikir sendiri la..kita bukan selamanya muda..ok..sedut sini..

Typo error ??





Tuesday, July 5, 2011

Bestnya video Tomok "Save the Date" ni..

Menitis air mata tengok video Tomok ni.. so touching, rasa terharu dan dihargai kalau dia tujukan dedikasi untuk aku.. hahaha perasan je la..

Toksid dalam Panadol...

Paracetamol toxicity is caused by excessive use or overdose of the analgesic drug paracetamol (called acetaminophen in North America). Mainly causing liver injury, paracetamol toxicity is one of the most common causes of poisoning worldwide. In the United States and the United Kingdom it is the most common cause of acute liver failure.[1][2]

Many individuals with paracetamol toxicity may have no symptoms at all in the first 24 hours following overdose. Others may initially have nonspecific complaints such as vague abdominal pain and nausea. With progressive disease, signs of liver failure may develop; these include low blood sugar, low blood pH, easy bleeding, and hepatic encephalopathy. Some will spontaneously resolve, although untreated cases may result in death.

Damage to the liver, or hepatotoxicity, results not from paracetamol itself, but from one of its metabolites, N-acetyl-p-benzoquinoneimine (NAPQI). NAPQI depletes the liver's natural antioxidant glutathione and directly damages cells in the liver, leading to liver failure. Risk factors for toxicity include excessive chronic alcohol intake, fasting or anorexia nervosa, and the use of certain drugs such as isoniazid.

Treatment is aimed at removing the paracetamol from the body and replacing glutathione. Activated charcoal can be used to decrease absorption of paracetamol if the patient presents for treatment soon after the overdose; the antidote acetylcysteine acts as a precursor for glutathione, helping the body regenerate enough to prevent damage to the liver. A liver transplant is often required if damage to the liver becomes severe. Patients treated early have a good prognosis, whereas patients that develop major liver abnormalities typically have a poor outcome. Efforts to prevent paracetamol overdose include limiting individual sales of the drug and combining paracetamol with methionine, which is converted into glutathione in the liver.

Delayed: Wedding on May 8






Gambar makanan di jamuan CNY

Kahwin Paksa??

Charlene kahwin paksa


PUTERA Albert kelihatan tenang manakala Puteri Charlene menitiskan air mata di hari perkahwinan mereka di Monaco, kelmarin. MONACO: Puteri Monaco yang baru, Puteri Charlene, dikatakan tiga kali cuba melarikan diri kembali ke negaranya di Afrika Selatan kerana menolak ‘perkahwinan yang diatur’ dengan Putera Albert.

Kali pertama Puteri Charlene (atau nama sebenarnya Chalene Wittstock) 33, cuba melarikan diri ketika berada di Paris pada Mei lalu untuk mencuba baju pengantinnya.


Menurut sumber, beliau melarikan diri dan bersembunyi di kedutaan negaranya yang terletak Paris. Dakwaan terbabit disiarkan akhbar Perancis, Le Journal du Dimanche, ternyata agak mengejutkan kerana Charlene tetap meneruskan perkahwinannya pada Ahad lalu.


Akhbar itu turut melaporkan, cubaan kedua Charlene dibuat pada bulan sama ketika Grand Prix Formula Satu Monaco berlangsung.


Menurut akhbar itu lagi, pihak berkuasa istana merampas pasport Charlene ketika beliau dalam perjalanan ke lapangan terbang Nice untuk menggunakan perkhidmatan helikopter ke Paris.


Dia kemudian dipujuk untuk meneruskan perkahwinannya.



Akhbar Le Journal du Dimanche melaporkan, beberapa sumber mengesahkan bahawa persetujuan dicapai di antara bakal suami dan isteri itu. Namun begitu, Charlene dikatakan menangis teresak-esak sambil diperhatikan dengan tenang oleh suaminyanya yang berusia 53 tahun itu.


Sumber berkata, istana Monaco berharap, perkahwinan yang gilang gemilang itu - dihadiri oleh ramai orang terkenal dan kerabat diraja Eropah - akan menenggelamkan laporan mengenai anak luar nikah Albert.


Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan diraja itu menjadi bahan ketawa kerana menggunakan ciri-ciri yang keterlaluan, seperti kek perkahwinan terlalu tinggi sehingga lebih tinggi daripada pengantin, serta lantai tarian yang dilengkapi cermin. - DM