Sunday, February 27, 2011

Seharian berjimba di KLCC..

Salam 1 Malaysia..
Semalam aku berasa sangat seronok... hee... dapat keluar dari sangkar. Berjalan2 dari pagi. pukul 10 pagi dah sampai KLCC makan dgn kawan chatting.. (kira blind date la).. hee.. dia bdk sarawak. so, lepas tu tengok wayang citer 'I am number four'.. citer aksi.. byk lawan2.. layannnnnnnnn jer.. Dia pun ok je. x amik kesempatan. mkn ngan wayang orang belanja.. hehe..
Then dalam pukul 1 camtu, Rena ngan Hafiz (ex- ofismate masa keja xybase thn lps) datang KLCC jumpa lak.. erm, mcm2 urusan. Pastu kami pegi tengok wayang lagi.. citer 'The Mechanic'. ini pun citer aksi gak.. hehe.. AKu just beli skin care 'Estee Lauder'..dapat free beg.. sbb beli produk dengan harga RM300.. Erm, melayang la duit aku... huhu.... ada gak hajat di hati nk beli kasut tapi entahla.. malas la pulak...

Friday, February 11, 2011

Mana satu anda pilih..

Assalamualaikum..
Salam 1Malaysia.. Mesti suspen tajuk ni kan?
Actually ni sebab minggu depan kita akan meraikan Maulidur Rasul pada hari Selasa 15 Febuari dan juga Valentine Day pada hari Isnin 14 Febuari.
So, mana satu akan kita lebihkan atau raikan Valentine Day atau Maulidur Rasul??
Bukan nak berlagak alim.
Tapi dengarnya Valentine day ni hanya untuk orang kafir.
Lebih baik raikan Maulidur Rasul, iaitu hari kelahiran Nabi Muhamad S.A.W.
Tapi macam mana nak raikan Maulidur Rasul?
Bole refer kat wikipedia tentang maulidur rasul ni...
Haram meraikan Hari Kasih Sayang ni..

Wallahualam.

Untuk rujukan kawan2, ini URL yang sy dapat dari google tentang sambutan hari valentine.


Ini petikan dari wikipedia.. maksud Hari Valentine..

Monday, February 7, 2011

Nickname aku

Salam 1Malaysia,
Baru dapat idea nak tulis pasal nickname sbb ada blogger ni tulis pasal nick name dia (http://saatakukaupilih.blogspot.com/) So, ini lah ceritanya.. cewah

Masa kecik, sebelum sekolah dulu famili panggil Nana / Diana.. Takde ape yg special la. Tp menurut kata mak aku, nama Diana diambil sempena nama Puteri Diana yang famous kat London masa tu dia pun baru deliver Prince William cuma awal 2 minggu dari aku lahir..

Pastu, masa sekolah, dari darjah 1 sampai Form 5, schoolmate panggil Yus or Yusni.. kadang-kadang ada yang agak nakal panggil Yusni Jaafar.. ada gak orang panggil Yusni Hamid, tapi takde pulak yang panggil dengan nama Deanna Yusof.. hehe..biasala budak-budak masa tu ikut sedap mulut je kan... huhu.


Bila masuk matrix lak. kat ITTAR langkawi, kawan-kawan pakat panggil D (Dee).. ada gak yang panggil Mek D (or Mc D?) hehe.. terima je orang panggil. Entah camne diorang dpt idea nk panggil dgn name tu..

So, lps tu kat UKM masa amik degree lak.. orang panggil Yus la pulak, tapi ada gak yang panggil Seni.. tak paham la nape depa panggil 'Seni' nak kata aku pandai Pendidikan Seni takde pulak.. So, lastly paling banyak orang panggil Yus @ Yusni la.. sampai la sekarang kat ofis @ tempat keja..



Wednesday, February 2, 2011

Mencari ketenangan jiwa..

Salam 1Malaysia, saya ada satu artikel untuk dikongsi bersama, diambil dari Harian Metro online. Hehe.. untuk diri sendiri juga. Insya-Allah akan dijadikan pedoman dan panduan dalam menjalani hidup seharian.

Petikan Harian Metro seperti di bawah:

BETAPA mahalnya harga ketenangan jiwa. Banyak yang mengorbankan apa saja untuk mendapatkannya. Namun, ramai yang salah cara. Lihat saja orang sanggup menghabiskan berjam-jam tenggelam di tempat hiburan meneguk minuman keras.
Ada yang menghabiskan wang yang banyak bagi mendapatkan pil penenang, namun ketenangan yang dicari tidak kunjung tiba. Ba�nyak perkara yang membuat seseorang berasa tertekan, kecewa dan kacau.
Pada peringkat ini, mereka yang menderita kerap melakukan tindakan di luar akal fikiran manusia. Namun, Islam memberikan ubat dan penawar merawat ketena�ngan.

Berikut adalah langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa:

Membaca dan mende�ngarkan al-Quran

Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh: “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.” Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.

Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.

Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.


Menyayangi orang miskin

Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.

Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan: “Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”

Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan. Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.

Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.


Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas

Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.

Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.

Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.


Menjaga silaturahim

Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubu�ngan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.

Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjang�kan umur dan mendatangkan rezeki.

Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.


Banyak mengucapkan la hawla wa la quwwata illa billah

Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.

Kuatnya hubungan kita de�ngan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.


Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit

Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.

Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.

Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.


Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah

Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.

Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.


Tidak meminta kepada orang lain

‘Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah’ adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.

Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.

Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.


■ Menjauhi hutang

Dalam sebuah hadis, Rasulul�lah dengan tegas mengatakan: “Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!” Sahabat berta�nya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu! Sabdanya: Kerana hutang.” Begitulah kenyataan�nya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.

Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan: “Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”


■ Selalu berfikir positif

Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.

Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif.

Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.

Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?

Tuesday, February 1, 2011

Happy chinese new year to all Chinese friends

May the upcoming year will bring luck, prosporious year to all of you...


Kalau ikut tahun cina, aku lahir tahun anjing.. Huhu. Tengok dari sudut positif, anjing adalah binatang yang setia. Di bawah ni adalah petikan dari satu website tentang karekter orang yang lahir tahun anjing..


THE DOG CHILD

This child will be friendly, happy and well-balanced. Cheerful and harmonious, he expects little of others and can accept his parents and friends as they are. Open, confident and loyal, he will perceive other people's viewpoints with amazing clarity while still maintaining his own convictions and dignity. He will never allow himself to be bullied and in all probability will put up a hefty fight with the neighborhood tyrant and win the respect of his peers.

Sensible and fairly consistent, the Dog will get his schoolwork done without too much trouble. He will be reasonable when asked to help around the house and will be protective toward younger family members.

Playful and outgoing, he will insist on a certain degree of independence. But the faithful Dog will never stray too far from home. This child will be known and liked for his sense of humor, warmth and candid ways. When offended, the Dog child can turn rebellious, mean and hypercritical. His anger flares and subsides relatively quickly and he will return to his normal equilibrium. He will not keep a grudge for long and can forget and forgive readily.

When he is negative, the Dog is pugnacious, argumentative, caustic and unbendingly opinionated. He is only liberal and fair-minded if not pushed too far. When he feels he has been taken undue advantage of, the Dog will retaliate bitterly and without any compassion. Once he starts to fight, the Dog will not be open to discussion or negotiations anymore. It is better never to challenge this tolerant child to the point of no return. The unassuming Dog can erupt like a volcano.

If the Dog child is rejected or unappreciated, he could be lethargic, insensitive, cynical or plain indifferent to the wishes of his parents. Compliment and encourage him and this child will reciprocate lavishly. Basically, he is cooperative, so there should be no need to cajole or threaten him in any way. Efficient and diplomatic, the Dog will exhibit a lack of prejudice, or at least he will make it a point never to show it. He is inclined to avoid scenes rather than create them.

It will be safe to give him responsibilities or take him into your confidence even at an early age. The trustworthy Dog will not like to be accused of having a loose tongue. He will guard a secret like a sacred trust.

To sum it up, the Dog will always defend what is his. He will have a high sense of values and to him home and family will come first.