Thursday, January 17, 2013

Giveaway contest

Salam

First time nak join giveaway contest ni. Taktau nak tulis ape sebenarnya.. Huhu.. Teringin nak mencuba, tapi poket ku dah koyak.. hahaha. biasalah tengah bulan ni kan. Lagi2 orang yang keja makan gaji macam aku ni. Aku pun taktau la kenapa la muka aku sekarang susah sangat nak licin; takde jerawat or parut-parut yang mencanak kan.. Hadui. Masalah negara betul kalau dipikirkan.. Malu pun ade. Bila bulan mengambang je, mesti ade jerawat naik. Eh, jerawat boleh naik ke? Bukan tumbuh ek? *ape je ar cik senah oiiiiii* hahahah. Harap la sangat semoga aku berjaya memenangi contest ni.. Sebab aku terpikir nak makan sesuatu. Sama ade vitamin C (tapi aku tiap hari gak la mkn buah eg, oren, epal, anggur, kiwi, pisang kaki dll), kolagen ke, or ape2 vitamin yang seumpama dengannya..




http://cik-misi.blogspot.com/2012/12/giveaway-felinna-beauty-by-cikmisi.html

Thursday, December 27, 2012

Slimming oh slimming

Salam,

Hari tu Sabtu lepas aku pergi Dorra Slimming kt Garden, sebelah Mid Valley Megamall tu.. Ni aku dapat voucher groupun (www.groupon.com) yang dibeli kakakku tersayang. Rega dia RM28 je pun.. hehe. Dia kata dia sangat sayang adiknya, dan nak suruh adiknya kurus, maka sebab tu la dia sanggup belikan voucher untuk adiknya ini. heheheh. Best tak ade akak yang sporting macam ni? Bab suruh belanja n kikis duit orang memang aku menang la. terutamanya orang tua n kakak ku.. heheh.. So, aku pun call la Dorra centre yang terdekat iaitu di cawangan Mid Valley dan wat la appointment dengan diorang, Sabtu 2 petang.
Maka pada hari kejadian tu, aku naik komuter kul 12 lepas cuci baju kerja yang berlambak seminggu tak basuh.. hahah.. biasalah hari2 keja kan, bila lagi nk basuh baju ye tak? Then lepas dah sidai baju n kemas2 bilik. Aku pun dihantar ke komuter oleh ayah ku.. (apsal skema sangat ayat aku ni?) hehe.. Then, sampai kat stesen komuter Bangi tu, komuter pun sampai. Berkejar gak la sebab takut tertinggal komuter, kalo nk tunggu next komuter memang lama kot. (based on experience aku tahun lepas la.. dah setahun rupanya tak naik komuter sejak resign kampeni lama). So sampai kat Mid Valley stesen tu dalam kul 1 ptg. Ramai gak la orang kt dalam komuter. Komuter baru sekarang ni canggih tau, siap ade cctv, ade skrin lcd, koc pun makin besar n byk, koc wanita pun ade (pink coach), then kat stesen komuter ade lif dari tmpt keluar komuter tu (untuk kemudahan orang yg tak larat nk naik tangga la kan, or orang yang disabled / yg pakai wheelchair/ tongkat la)..
Sampai kat dorra slimming, aku disuruh isi form.
1) Then tunggu dalam 5 minit, then dia suruh timbang, n ukur tinggi.. Dia tengok aku nya fat percentage gak.. Pastu dia terangkan la ape yang diorang wat kat situ. Katanya diorang target kurangkan lilitan badan, bukan berat badan. Aku diam je. Huhu (tapi mcm pelik gak la takkan sekali satu session bole kecikkan lilitan badan kan? aku musykil di situ)
Dia suruh jawab questionaire, pasal penyakit, ade tak penyakit yang berjangkit, penyakit kulit, penyakit berbahaya macam asma, kencing manis, darah tinggi ke, ape2 yang sewaktu dengannya la.
2) Then consultant tu suruh ukur la lilitan badan terutamanya pinggang ke bawah, peha, betis dan atas pinggang..  Huhu.. memang agak besar la katanya. hadui ai. Dia tanya gak sejarah pemakanan aku, adakah sebab pemakanan or kurang exercise or sebab faktor keturunan. Aku rasa faktor keturunan kot. Sebab kebanyakan pakcik makcik aku pun agak obes gak.. hahah (tak mo ngaku tu, aku mmg dah gemuk start lps abis SPM lama dah). Dia nak offer aku pakej, mula2 rega 7k 10 session.. Giler ke ape? dia tanya aku ade kad kredit ke tak. aku cakap takde. Then dia turun ke 2k, aku cakap tak mampu n gaji tak dpt lagi. Then lepas tu dia offer 500 untuk 5 session. Aku pun teramik gak pakej tu. huhu.. bayar deposit 100. huhu..
3) Aku disuruh pergi ke satu bilik khas untuk start sessi 'bye bye fat'..dia bubuh cecair booster tu, then tonyoh dengan satu alat ni.. then dia suruh aku rasa la kat bahagian peha belakang, dah lembik skit katanya.. sebelum tu macam keras skit.. OK ye la kot.
4) Then lepas tu, dia balut aku dengan plastik yang selalu bungkus makanan tu (transparent tu.) dah macam mumia lak aku masa tu. Haha.. Lepas tu kena pulak g satu bilik lain, ade satu benda macam capsule ke ape. kita kena baring kat dalam tu. Lps tu, dia tutup benda tu nampak kepala je tinggal. Dia set 15 minit timing, n suruh aku tido. Aku rasa panas gk la kat tempat yg dah bubuh cecair booster tu.. huhu.
5) lepas 15 minit, diorang suruh pegi lagi satu bilik lain, then dia buang plastik yang membalut badan aku. huhu.. Aku pun disuruh pakai baju balik. hhuhu.. Malu seh.. dah macam ape je..
6) Then dia pun ukur lilitan badan aku lepas session, kira ade yg kurang 0.1, ade part yang kurang 0.9.. Total cm yang kurang ade la lebih kurang 6.4cm. huhu. tak banyak sangat pun dalam masa satu session lebih kurang sejam lebih..
Huhu.. Next session on 1 Jan ni.. Harap bole la kurus lagi. Aduh.. stress la nk kurus..


chow chin chow....







Thursday, December 20, 2012

Birthday youngest of the year...

Assalamualaikum..
Hari ni baru lepas lunch break dgn mak n abahku tersayang di Gardens Alamanda sempena birthday mak yang ke-62. Hehe. Awet muda betul mak aku.. Padahal muka tak nampak macam umur 62 pun. Tak payah mekap2 ni. Natural beauty tau.. bak kata seorang artis ni, air semayang jer.. hhahhaha.. Hari Isnin lepas lak sambut birthday anak sedara aku Aqil, umur 10 tahun..

Cepat tul masa berlalu. Dulu time dia (akak aku berpantang) baru lahir aku tolong mak aku mandikan budak tu, pakaikan pampers, pastu main2 dengan budak tu.. huhu. Masa umur 20 tahun aku dah dapat anak sedara.. Kira dalam famili aku ade 3 orang la yang menyambut besday bulan 12, iaitu mak aku 20/12/1950, (kalo dalam IC 510101.. cantik kan? Arwah atuk aku lambat g daftar kat balai polis, 2 minggu lps lahir.. tu menurut moyang iaitu mak kepada nenek aku tu la.. )

Ish dah melalut ni.. Apo kono eh jang oi!! hahaha..  Akak aku pun lahir bulan 12 gak iaitu 06 /12/ 1978, Anak dia pulak 14/12/2002. Baru je bersunat budak Aqil ni.. pada 01 haribulan haritu.. Balik je dari bersunat (guna lazer yer sekarang dah canggih) terus pergi makan Mc Donald tu.. Takde pantang-pantang dah sekarang ni.. Budak2 sekarang ni.. bukan boleh dilarang sangat. sekali dengan Afiq yang umur 8 tahun tu gak.. Huhu..

Selain tu, sepupu -sepupu pun ade gak yang sambut besday bulan 12 ni. Iaitu Boy sepupu belah mak, anak kepada adik laki mak aku.. lahir 09/12/1983. Dah besar panjang sangat dia ni.. Kalo dia lalu kat pintu umah siap kena bongkok sebab tak muat kepala dia.. Lebih kurang 6 kaki la dia. Lama dah tak jumpa dia. Selalu kat kenduri umah sedara pun, ayah dia. Seorang lagi, Hafiz, anak kepada adik perempuan bongsu mak aku.. lahir 12/12/1987. Pastu sorang lagi, sepupu sebelah ayah aku, Kak Wa.. So, memang ramai la yang lahir bulan 12 ni.. Sekiannn..

Seafood Spageti.. I yang order. diet la katakan..

Ice lemon tea, air gula diorang asing.. Bagus kan?

Grilled Chicken Chop, untuk mak..

Smileee......... :)

Appetizer, makan garden salad dulu..

Lamb chop masa sampai.. berasap-asap.. semua pandang masa makanan sampai.. ;0

Mak pandang tempat lain la pulak. Ni duk kat buaian.. Feeling Bawang Merah la naik buaian ade bunga2

Pasangan bahagia.. dah 35 tahun kawin. still going strong cewahhhh

Masak sendiri lamb chop.. hehe

Menu lunch set.. 12pm - 3pm sahaja tau..