Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Birthday youngest of the year...

Assalamualaikum..
Hari ni baru lepas lunch break dgn mak n abahku tersayang di Gardens Alamanda sempena birthday mak yang ke-62. Hehe. Awet muda betul mak aku.. Padahal muka tak nampak macam umur 62 pun. Tak payah mekap2 ni. Natural beauty tau.. bak kata seorang artis ni, air semayang jer.. hhahhaha.. Hari Isnin lepas lak sambut birthday anak sedara aku Aqil, umur 10 tahun..

Cepat tul masa berlalu. Dulu time dia (akak aku berpantang) baru lahir aku tolong mak aku mandikan budak tu, pakaikan pampers, pastu main2 dengan budak tu.. huhu. Masa umur 20 tahun aku dah dapat anak sedara.. Kira dalam famili aku ade 3 orang la yang menyambut besday bulan 12, iaitu mak aku 20/12/1950, (kalo dalam IC 510101.. cantik kan? Arwah atuk aku lambat g daftar kat balai polis, 2 minggu lps lahir.. tu menurut moyang iaitu mak kepada nenek aku tu la.. )

Ish dah melalut ni.. Apo kono eh jang oi!! hahaha..  Akak aku pun lahir bulan 12 gak iaitu 06 /12/ 1978, Anak dia pulak 14/12/2002. Baru je bersunat budak Aqil ni.. pada 01 haribulan haritu.. Balik je dari bersunat (guna lazer yer sekarang dah canggih) terus pergi makan Mc Donald tu.. Takde pantang-pantang dah sekarang ni.. Budak2 sekarang ni.. bukan boleh dilarang sangat. sekali dengan Afiq yang umur 8 tahun tu gak.. Huhu..

Selain tu, sepupu -sepupu pun ade gak yang sambut besday bulan 12 ni. Iaitu Boy sepupu belah mak, anak kepada adik laki mak aku.. lahir 09/12/1983. Dah besar panjang sangat dia ni.. Kalo dia lalu kat pintu umah siap kena bongkok sebab tak muat kepala dia.. Lebih kurang 6 kaki la dia. Lama dah tak jumpa dia. Selalu kat kenduri umah sedara pun, ayah dia. Seorang lagi, Hafiz, anak kepada adik perempuan bongsu mak aku.. lahir 12/12/1987. Pastu sorang lagi, sepupu sebelah ayah aku, Kak Wa.. So, memang ramai la yang lahir bulan 12 ni.. Sekiannn..

Seafood Spageti.. I yang order. diet la katakan..

Ice lemon tea, air gula diorang asing.. Bagus kan?

Grilled Chicken Chop, untuk mak..

Smileee......... :)

Appetizer, makan garden salad dulu..

Lamb chop masa sampai.. berasap-asap.. semua pandang masa makanan sampai.. ;0

Mak pandang tempat lain la pulak. Ni duk kat buaian.. Feeling Bawang Merah la naik buaian ade bunga2

Pasangan bahagia.. dah 35 tahun kawin. still going strong cewahhhh

Masak sendiri lamb chop.. hehe

Menu lunch set.. 12pm - 3pm sahaja tau..

Monday, July 9, 2012

Hari Jadi

Assalamualaikum. Haloo semua.. :) Hari ni aku berasa gembira + sedih + macam tak percaya pun ada. Sebab hari ni hari aku dilahirkan dan bertambah umur menjadi 3 series.. huhu..
Gembira sebab semua duk wish aku kat bbm, skype and facebook. Awal2 pukul 12 mlm td lagi dah wish.. Dapat gak present dari sister tersayang. Baju kurung polka dot, warna kuning, background hitam sepasang siap tudung.. hehehe
Sedih sebab ape ek.. (biarlah rahsia). Syhhhhh...
 Macam tak percaya sebab dah 30 tahun rupanya aku hidup di dunia yang fana ini.. Cewahhhh.. Berfalsampah la pulak kan?? Ko adooo? *gaya Azwan Ali*.
 Lawak tul ar dia tu, sengal + poyo pun ade.. Camnelah dia bole bertahan sampai Top 6, aku pun taktau..
Maybe sebab adenya dia kat Masterchef Selebrity tu, ranking rancangan tu melonjak naik..
Berbalik pasal birthday ni.. Erm, aku ade la wat research sikit pasal tiup lilin masa besday ni.. Erm.. tepuk dada tanya lah iman yer.. Kang kata lebih2 kang, orang kata aku berlagak alim lak.. Actually aku ni masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Semoga dengan bertambahnya umur akan mematangkan aku, membuat aku lebih rasional (bukan emosional), lebih terbuka, lebih memahami, lebih percaya diri (self confidence), lebih la segala2 nya.. Tapi ade tapi tu.. kalau bole nak kurangkan berat badan.. haish.. Isu ni tak pernah abis.. Bosan kotttt... huhu.. Erm, biarlah badan berisi, asalkan sihat sudeyyyyyyy.. Hahahha terlebih sudah.. Ini di bawah ade petikan artikel dari satu web (http://www.ustaznoramin.com/2011/04/haram-sambut-hari-lahir-dengan-meniup.html)

Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi....setengah orang cakap tak boleh...kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu "Allah selamatkan kamu"?

Jawapannya

Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.

Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu
“selamat hari jadi”?

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”


Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.

Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.