Friday, October 19, 2012

Family Treat

 
Salam,
Malam tadi kami bertiga (aku dan mak ayah) berhajat sangat nak makan kat Secret Recipe, Bdr Seri Putra since mak aku teringin nak makan kat situ. Dan juga sempena meraikan kejayaan aku kerana lulus ISTQB exam akhirnya. (ISTQB - International Software Testing Qualification Board). Kira sekarang aku certified tester larhhh..
Mak aku nak order Mee Kari, ayah aku order Grill Chicken with rice (kalau tak silap), aku pulak order menu baru iaitu Crisp Chicken.. Interior kat sini cantik gak la.. ade wallpaper muka-muka yang sungguh ceria sebab dapat makan Secret Recipe kot? Agak lama gak tunggu makanan tu sampai, aku sempat lagi duk update status kat facebook cakap aku kat 'secret recipe' padahal orang pun tak heran kot.. haahhaha.. bosan punya pasal. taktau nak wat ape lagi.. malam tadi ramai gak la famili yang makan situ, termasuk famili aku. tapi kebanyakannya yang ade anak kecik.. rasa macam kat playground pun ade.. semua budak2 tak bole duduk diam, pastu dengan suara bising, dan lari sana-sini.. padahal kedai tu takdelah besar mane pun.. huhu.
Komen aku pasal menu baru tu, crisp chicken.. agak garing di tepi, tapi bahagian tengah tu so-so jer la.. Ade letak mayonise atasnya. pastu budak waitress tu bagi chilli sauce maybe sebab dia tengok aku macam tak caya jer ape yang ade depan mataku.. Kira nak bagi sedap la ayam tu kot.. hahaha
Sekian bebelan ku pagi Jumaat ni. Semoga diberkati
 
Wallpaper & kerusi merah

Ice lemon tea

Gambar lagi cantik dari rupa sebenar..

menu salad

menu baru, chicken crisp

curry mee.. gambar tak clear, sebab mak aku dah lapar dah.hehe

chicken grilled

Wednesday, October 17, 2012

Bunga & Buah

Salam..
Bunga & buah ni dah lama patutnya nak post dalam blog ni. Masa bulan lepas ayahku kena operate (gall bladder) So ramai gak la orang bagi hadiah, ex-officemate dia kat Rohde & Schwarz bhd dulu, dia baru berenti tahun lepas..
Sebelum ni dia pencen army officer.. Pastu kakak aku pun bagi gak bunga & buah yang cantik.. Then satu lagi dari Chairman (ke chairwoman ek?) KPJ: Datin Paduka sape tah.. lupa nama.. dia ni duk satu taman dgn kitorang kat Bandar Bukit Mahkota.. ramai datuk datin duk area rumah aku tu.. kebanyakannya dah pencen gak la..
Ade orang singapura pun beli kat situ gak.. hahaha.. Ezani masterchef pun duk area tu.. Satu jalan lagi dengan umah aku. Tapi dia memang bz, takpernah duk lekat kat umah.. Memanjang je ade program. Kena wat appointment dulu kot kalo nak jumpa,even duk satu taman.. hahaha.
Melalut dah aku ni.. Geng surau taman kami pun ade gak datang melawat.. Diorang prihatin gak la.. Ayah aku aktif, main tenis pun yer, pastu AJK Keselamatan kat taman aku.. Kalau ade ape2 kes psl aduan pasal guard kt taman tu, mesti sampai kat bapak aku dulu..
 Kutip duit yuran untuk bagi kat security company, memang kena tebal muka la nak pergi kat semua rumah.. huhuhu.. Tugas kena buatlah, walaupun takde gaji, suka & rela la katakan.. huhu. Nak wat camne.. Demi keselamatan taman.. huhu

Sebelah kiri, datuk Mat Jin, tengah tu taktau sape.. yang belah kanan tu wife dia Datin Sal, geng taichi mak aku, pakai seluar putih

Belah kiri, geng ayah aku..

Belah kiri: inilah ayah Doktor Ezani Masterchef (musim 1); cikgu Monoto, panggil Haji Mono jer.. ceria je orangnya..


Nurse yang sporting dan sabar melayan ayahku.. hehe


Bunga cantik.. semerbak jer bau kat rumah tu..







Shawl style

 
Salam semua.. Tengok Jiji (http://saatakukaupilih.blogspot.com) duk update blog pasal shawl, duk teringat la aku selalu gak wat experimen pakai tudung shawl ni.. Lilit-lilit janji siap.. haaha...
Kadang pakai hentam jer.. Belajar gak kt youtube la, blog orang semua. tapi tak reti gak nak follow sangat. hahahaha..
Abaikan la mukaku yang comot dan penuh dengan parut tu yer.
Kebanyakan tempat aku amik gambar, masa dalam kereta bapakku, yela dah bosan duk dalam kereta lama sangat. Biasa melaram pun time nak g kenduri kawin jer..(tolong jangan muntah tengok muka ku yang banyak giler ni, actually byk lagi dalam simpanan.. ni kira paling elok dah..hahaha.. bluwekkk)
Time g kerja, pakai tudung instant jer.. hahaha.. Takpe. Kalo pasal muka tu, aku dalam proses nak hilangkan bekas parut jerawat ni. Tapi takkan semua automatik jer kan. perlukan masa.. Tunggu yer.. hahaha
 
 


kakak aku.. muka mmg lain. sbb dia ikut muka mak, aku ikut muka ayah kot (ke opah belah ayah)