Monday, December 13, 2010

Kisah Pendayung Sampan

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang
lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang
begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam
agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu
tekun Professor itu membuat kajian.

Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian
digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya
Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan
itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam
hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor
itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah
pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur
pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?

" Tanya Professor itu. "Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung
sampan itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung
sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan
kepalanya.

Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu
geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam
ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu
lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?"
Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya
menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan
75 peratus dari usia kamu.

Malang sungguh nasibkamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu
dihabiskan dengan mendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek
dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba
saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan
terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula
pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu
menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100
peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke
pantai.

Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin
kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu
perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu
rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak
ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang
diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah
ilmu yang dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha
sempurna adalah kemenangan sempurna...
Gambar hiasan: pendayung sampan dan professor..

Sunday, December 12, 2010

Aktiviti hari minggu..

Hari ni dan semalam adalah hari yang paling sibuk.. tak lekat kat rumah pun.. huhu.. Penat sungguh. Semalam, pagi sempat menyihatkan badan di gim kat Fitness First, Avanue K opposite KLCC. Pastu, lps mandi dan tukar baju.. (mestilah, dah berpeluh xkan pegi shopping lak kan? harus semua org tak suka lalu dkt aku.. sbb bau peluh.. )
Okla, back to the main point, lps excercise tu semua, aku pegi Ampang Point, mkn kt Delifrance, dan akak aku lak tempah baju kt Butik Citra. Iszal, tuan punya butik tu baru blk dr pegi haji.. Botak la kepala dia, nmpk bersih je muka... hehe..
Then, pegi lak Pavilion.. aku ikut kakak aku nk belikan baju anak dia sempena birthday dia ke-8 pada 14 Disember ni.. Beli kat Guess lagi u all.. hehe.
Hari ni pulak, pagi2 dah kuar then pegi umah kakak aku kat Flora Damansara, dia bwk g umah abg ipar dia kt Kota Damansara sbb adik ipar kakak aku, iaitu biras aku / adik bungsu abg ipar aku 'bertunang (tarikh cantik 12/12/2010). Lps abis  majlis tu, aku tukar baju then pegi ikut kakak aku utk Casting for Baby Gap. Ramai betul org beratur utk amik gmbr anak diorg. Melayu, Cina, India, mixed pun ada.. Masa smpi tu no giliran baru 112, tapi no giliran Iskey (anak sedara aku) lak 146. Bayangkanlah mcm2 kerenak budak2 nak ambil gambar.. Huhu. Sempat la aku beli ais krim Haigen Daize *tak tau la betul ke x ejaan tu*. ehehehe.
 Bawah ni antara gambar yg smpt aku / anak buah aku snap utk Majlis Tunang & Baby Gap Casting.

Aku dan anak sedara yg bongsu setakat ni. Arrezqy, panggil Iskey..

Kakak aku n anaknya. baru 2 thn lebih.


Inilah dia Syafinaz @ Naz, adik ipar kakak aku..
Bakal mak mertua dia suap coklat bijirin *ape tah namanya*


Naz disuap oleh bakal kakak ipar.

 Giliran mak aku lak suapkan..

Bersama keluarga sebelah rombongan lelaki..


Budak2 tu semua anak sedara bakal pengantin. Aku menumpang sekaki. Hehehe


















tudung style...









Antara style tudung yg pernah aku gayakan.... byk lg gmbr. hehe. amik dr phone je.. bajet lawa.. tkpela, kena ada self confident.. betul tak?