Monday, January 2, 2012

Trip to Kuala Terengganu (25-28Disember 2011)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah lama rasanya tak update blog ni. Busy dengan kerja dan sebab takde menda nak update. huhu. Seronok juga dapat berjalan2 ke negeri orang sebab lepas cuti raya, baru la ni dapat pergi bercuti kat hotel. Tepi laut lagi tu.. ahaha. sponsor by parent.. ape lagi memang enjoy la. Cuma masa tu tak dibenarkan dekat dengan laut sebab ade ombak besar, dan air pasang. Bukan Ombak Rindu ya.. No no no.. kebetulan lak masa tu tengah hot dgn movie "Ombak Rindu". Berbalik pada citer trip ke sana, perjalanan ke sana memang rasa macam lama betul nak sampai. Puas la tido masa kat highway.. hahaha.. mmg habit la kalo duk kereta lama2 mesti nk tido. Kalo membaca takut pening kepala. Nak dgr radio, takleh dapat frekuensi. huhu..

Makanan kat sane memang murah2 la.. kat KT Waterfront, macam western food masa malam pertama (eh.. lain macam lak). heehe. Kira2 ingatkan dalam 60 hinggit,tapi rupanya baru 40 je.. hahaha.. pastu malam berikutnya makan lauk macam "Siakap 3 rasa, sup ekor, sayur kangkung belacan, telur dadar" baru je 40 ringgit gak.. hahahha

Pastu siang lak pergi jalan2 kat Pasar Kedai Payang, macam macam ade dijual dari makanan, baju, periuk belanga, pinggan mangkuk, rempah.. semua ada... hehehe.. Pokok pangkalnya, bawak je duit ke sana.. Huhu. harga bole tahan murah la. Beli gak la sepasang kain utk buat baju, 2 baju kaftan. Emas pun murah gak kat sane, RM170/gram. nasib baik la belum gaji. kalo tak memang abis la kot duit bawak gi sane.. huhu
Oklah dah ngantuk la pulak.. nati sambung balik ar. ye.. daaa

Thursday, December 22, 2011

Sikap wanita yang lelaki suka..

Kredit kepada kawan facebook. Peringatan dan pedoman utk diri sendiri juga. :)

Sikap wanita yang disukai Lelaki :-

1. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
...
2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai

Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna..

Wednesday, December 21, 2011

PESAN IBU PADA ANAK PEREMPUANNYA.

PESAN IBU PADA ANAK PEREMPUANNYA.

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim As...haibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

1st & 2nd : berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

3rd & 4th : memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

5th & 6th : memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

7th & 8th : menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

9th & 10th : jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

1.Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

2.Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.


Dedikasi khas pada Syahirah Mohd Ariff