As Salam
Anneyoung haseyo (selamat pagi)
Gunaydin (selamat pagi)
Utk 116 bahasa bagi selamat pagi rujuk di sini selamat-pagi-dalam-116-bahasa
Dah lama rasanya tak update blog ni.. Dah bersawang, bukan setakat dah bersawang.. Dah ada labah buat sarang dah pun.. hahhahahahaha
Oklah saya nak bercerita trip ke Turki.. wink wink.. memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.. banyak pahit manis.. Kami pergi dengan trip Andalusia.. berlepas dari Malaysia 18 Julai 2015, hari raya kedua 2 Syawal. Seronok sangat pergi jalan2 time raya.. ahhahaha
Note: Seorang kena byr RM 4980, include hotels (6 hotel di 6 bandar berbeza antaranya Bursa, Kusadasi, Pamukkale, Capadocia, Ankara, Bolu dan Istanbul), tour bus, makan (restoran, hotel dll) dan return ticket Turkish Airlines.
Antara pengalaman yang tak dapat dilupakan:
1) masa mula2 kat Airport KLIA, adala satu famili ni hampir2 tak jadi pergi sama dengan group kami, kononnya pasport mereka 'hilang'. Passport kan penting, kalo tak ada pasport tak boleh check-in dan tak bole ikut sekali pergi Turki la... huhuhu.. duit dah bayar complete dah.. beg baju semua dah ready dengan duit saku.. takkan tak jadi pulak kan? Masa tu dah pukul 8-9 malam.. Flight sepatutnya pukul 11 malam. Akhirnya ada staf Andalusia datang bawak pasport family tu dalam pukul 9 (5 orang, 2 parents 3 anak).. Fuhh leganya.. Masing2 dah cuak takut tak jadi group kami pergi.. hahaha..
So dah check in, time to board the flight.. 10 jam perjalanan dari KLIA ke Istanbul airport. Memang lama la.. makan tido makan tido.. tak sampai2 lagi. kaki dah bengkak.. mata tak la lelap.. tengok movie pun boring. haha.. nervous sbb lama dah tak naik flight lama2.. Last naik flight dulu ke South Korea thn lps bulan 1, winter season... So, sampai kt Istanbul dah pagi pukul 5 pagi waktu tempatan (Istanbul). Kat sana 3.30 pagi dah subuh..
Day 1
Mum and dad |
with my mum |
Selimut Turkish Airlines |
Ruang cabin dalam Turkish Airlines |
Day 2
Biasalah lepas dah touch down tu dalam pukul 5.30 pagi waktu tempatan (waktu Malaysia dalam pukul 10.30 pagi), kena la pergi Imigresen.. lama tu
beratur lebih sejam kot sebab tak tengok jam. (agak2 je).. ramai tourist melawat Turki rupanya.. ada yang
dari Arab Saudi, Korea, China, Malaysia, Indonesia, US, UK dll.. Dah la
kami tak cukup tidur.. Letih gak la beratur.. Kaunter kat Turki tak banyak yang buka.. Tp tak ada pulak orang (foreigner / tourist) complaint pun.. Elok je mereka beratur.. Tengok la betapa sesak dan panasnya (boleh bayangkan betapa ramainya umat manusia melawat Turki)
Lepas dah beratur tu baru dapat giliran, masa ni belom Claim baggage lagi.. just ada hand carry luggage.. huhu.. lepas tu baru la ambil beg2 besar dan berkumpul.. Masing- masing mula la cari toilet.. sebab toilet kat dalam flight tak selesa (tak ada air untuk istinjak).. hahah..
Then lepas tu baru la kami berjumpa dengan tour guide local dari Turki namanya Burak
bukan Barrack Obama ya.. hahaha. orangnya ensem tapi nak kawin bln depan (melepas la aku.. wekkkkkkkk)
Umur baru nak masuk 32 tahun.. (muda lagi). Peramah dan kelakar gak orangnya.. OK la kan. Tau sejarah tempat2 menarik di Turki. Memang tak ingat la kalo nk cerita semua. Kalau sy jadi dia la...
Takdelah boring masa dalam bas sebab ada saja benda dia nk cerita sepjg perjalanan unless dia tido. hahaha.. Common sense la kan..
Hari ke2, tak sempat nk berehat kami dah dibawa ke 3 tempat
1.) - Hagia Sophia (untuk maklumat lebih lanjut check website ni: https://en.wikipedia.org/wiki/Hagia_Sophia). Dipendekkan cerita, dulu Hagia Sophia ni adalah gereja, kemudian ditukar kepada masjid.. Sekarang dah jadi museum sejak tahun 1935.
2) - Blue Mosque @ Sultan Ahmed Mosque (berdepan dengan Hagia Sophia) . Burak ada cerita kenapa dipanggil blue mosque tapi tah nape tak ingat.. haha. Untuk rujukan sila baca di website (tq uncle google)
dalam Blue Mosque.. minta tolong budak dalam trip Andalusia amikkan gambar. Siapa yang tak tutup aurat, akan diberi kain biru (mcm kt belakang tu) untuk tutup aurat either kepala or kaki |
credit to google.. cantik kan interior masjid ni. |
3) Topkaki Palace (Topkaki Palace)
Gate of Salutation |
Stone marker of Holy Banner (Muhammad S.A.W) |
Salah satu tempat yang kami tak sempat masuk, sebab ramai sangat beratur dan masa tak mengizinkan. |
Ceiling |
Main entrance to the Audience Chamber, with the small fountain of Suleiman I to the right, and the large gifts window to the left |
Gambar penuh |
Happy family |